Monday, June 13, 2011

Sandiwara di Pagi ISNIN

Pukul 4.30 pagi. Sudah menjadi rutin harian si ibu untuk bangun mengejutkan kami. Sambil sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur, suara ibu sekali sekala sayup-sayup kedengaran meminta anak bujang trang tang nya ini bangkit dari tidur yang lena.  

"Oooo bujanggg... suda-suda la tido tu. p bangung solat Subuh.... Hari ni da nak kerja kan"....

Hari ini Isnin 13 Jun. Segala-galanya bakal bermula. Ibarat sang pendekar bersiap sedia menghunus pedang menuju ke destinasi pertempuran, begitulah juga diri ini. Mandi, solat dan berkemas sudah pasti. Kini segala peralatan, buku RPH, fail-fail, beg laptop even buku dan pen merah hitam sudah tersiap sedia diatur ke dalam bonet  kereta.

Namun apa kan daya. Lengkap sahaja tidak cukup. Segalanya tampak tidak bermakna andainya 'semangat'nya tidak ada. Jasad ingin pergi, tapi dalam hati mahu sahaja masuk ke dalam rumah kembali. Low, lentur, stress, dan langsung tidak ada mood. Ini semua kesan letusan tsunami percutian yang memerangkap ke dalam diri selama dua minggu lalu. 

Ingin saja untuk kembali menyambung keindahan cuti ini.  Best. Kalau ikutkan pagi ini boleh saja aku sambung tidur sesuka suki ku. Bangkit tidur mahu saja  merayau keluar dengan kawan-kawan. Balik rumah lak sambung nonton rancangan faveret sampai bersengkang mata. Ohhooo, indahnya percutian lalu. Kekeke...

Namun aku alpa. Yang indah tidak selamanya ada. Lumrah roda kehidupan dunia. Saya amat tertarik dengan kata-kata hikmah yang ditulis oleh rakan sahabat guru saya dalam Facebooknya semalam yang berbunyi.

 "Syukurlah dapat menikmati cuti. Itulah gunanya cuti. Sebagai caj tenaga baru. Semangat baru. Motivasi baru. Harapan baru. Impian baru. Kalau sama saja...bosan hidup ini..." (",)

Ya yaaaa... Aku bersemangat kembali. Rupanya ada tugas penting untuk insan lain selain melayan karenah minta puji diri ini. Dah memang aku sendiri yang memilih untuk kerjaya ini. So tunaikan kewajipan dan amanah ini dengan sebaik-baiknya.  

Gen2Merah meluncur laju ke sekolah. Sambil menikmati alunan zikir-zikir MP3, gambaran suasana sekolah mula terbayang di benak? Apa khabarnya dengan kelas pemulihan aku hari ini ya.? Entah berhabuk entah berterabur tu. Lama dah tak menjenguk kelas usang itu. kekeke.(",)


Apa agaknya khabar murid Linus tegar aku si Arven tu ya? Dah kena potong ke rambut dan kuku dia yang panjang itu? Masih kusut masai ke baju sekolah murid-murid Pemulihan lain yang lusuh dan kasut yang tidak berikat kemas itu? Dorang ada mengulangkaji A B C ke juga di rumah cuti-cuti lalu ya? Hmm, Tak sabar rasanya nak terjap @ serkap dorang-dorang ni ek.. Tungguuu kamuuuuu.. Kekekekeke (",)

Setengah jam mengelamun, akhirnya Gen2Merah melabuhkan diri jua ke perkarangan sekolah. Indahnya Batu Payong. Dua minggu ditinggalkan. Seperti menggamit kerinduan. Ternyata kehadiran kami guru-guru dan murid-murid di sambut dengan hujan renyai-renyai di awal pagi seakan-akan memberi gambaran:--

"Selamat datang ke SK Batu Payong." 


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

26 comments:

  1. cikgu..
    inilah kata2 semangat yang terbaik..

    kak ayu rajin gak motivated diri sendiri agar rasa fresh selalu..
    hehehe.. boring gak kan kalau kerja asyik tempat y sama...
    citarasa rinduan- rumah... hehehe

    ReplyDelete
  2. bila lihat sekolah Gen2Merah, saya rasa mcm masih punya kekurangan...

    Tapi saya solute dgn G2M kerana mengajar pemulihan...

    ReplyDelete
  3. selamat pagi cikgu!

    rindu pulak mau ucap selamat pagi dengan cikgu.. kenangan oh kenangan...

    ReplyDelete
  4. cayob----> terima kasih wahai sahabat ku.. (",)

    ReplyDelete
  5. Citarasa Rinduan ---> hehe. Terima kasih kak ayu. Terharu juga baca kisah akak yang tabah menjaga suami tercinta dengan komitmen lain kepada restoran Citarasa Rinduan..

    ReplyDelete
  6. Tinta Emas---> iya cikgu. Sekolah kami memang banyak kekurangannya. Dah namanya sekolah pinggir bandar.. apa pun semangat guru2 nya tetap ada.. hehe
    Salam ceria juga buat cikgu Tinta Emas

    ReplyDelete
  7. Lisa Ali ---> iya selamat Pagi murid. Boleh duduk.. kekekeke.. biasalah tu kan. kenangan mengajar kita erti kesyukuran... pasni anak2 kita plak yang datang ke sekola.. hehe

    ReplyDelete
  8. teruskan usaan menjadi cikgu yang berjaya satu hari nanti. Insya Allah berkat keikhlasana nda

    ReplyDelete
  9. cikgu, ruzz datang jenguk n follow cikgu dah..

    :: agak sentap bila tengok bebudak pergi sekolah..nak balik zaman sekolahhh.. belaja kat U xbest!!! semua buat sendiri. :(

    ReplyDelete
  10. Isteri Encek Bard----> mekasih ya atas berkat doa dan kata2 semangat itu. insya Allah...

    ReplyDelete
  11. Ruzzezanie----> saya pun dah rasa semua pengalaman sekolah, masuk U, masuk maktab. Kini kembali masuk sekolah semula. semuanya dengan suasana dan pengalaman yang berbeza.. hehe
    Ruzz, selamat belajar di U ek..

    ReplyDelete
  12. muhamad hanif ----> selamat pagi juga... dipersilakan duduk.. hehe

    ReplyDelete
  13. welcome back...best no jadi cikgu ni bleh dpt cuti panjang...dulu kecik2 bila cikgu tanya apa cita2 sha, sha ckp nak jadi cikgu..tapi sekarang rasanya cikgu dgn sha mmg jauhla...tak sabar nak layan kerenah budak2 zaman lani

    ReplyDelete
  14. selamat bertugas kembali cikgu...

    uwaaa... rindu mo p sekolahhhh..

    cikgu, karangan saya tadi dapat berapa cikgu?

    ReplyDelete
  15. Golden Rose ---> kadang2 yang kita cita2 kan tu yang x dapat kan. semua dah rezeki masing2..
    betul, nak layan karenah budak2 sekarang ni memang payah... banyak bersabar

    ReplyDelete
  16. Mawar Berduri----> hmmm, karangan awak okey, tanda wacana pun okey, cuma terlebih patah perkataan je... cikgu bagi 95% je.. oke lah ya.. kekeke (",)

    ReplyDelete
  17. lepas cuti sekolah, murid dtg dgn semangat baru :P

    ReplyDelete
  18. NOOR FATIN---> ya, itulah yang kita harap2 kan... (",)

    ReplyDelete
  19. teruskan usaha menjadi seorang pendidik yang berjaya satu hari nanti. Insya Allah berkat keikhlasanan anda

    ReplyDelete
  20. Amy Syaquena----> tima kasih banyak2 ya kak Amy. semoga kebahagiaan juga buat kak amy sekeluarga..

    ReplyDelete
  21. erk tajuk sudah mengemparkan..tak menahan

    ReplyDelete
  22. xtahu lak sal virus ni..thnx for the info..

    yup! sy pun suke mkn nasi kerabu~

    ReplyDelete
  23. emieysandra---> nasi kerabu memang sedap kan.. nyumm

    ReplyDelete