ABOUT ME (G2M)


KENALI SAYA- Gen2Merah (G2M)


Somewhere- Di sesuatu tempat yang tidak dapat ditentukan....

Anywhere- Di mana dan ke mana sahaja....

Tajuk sebenarnya dipetik tajuk lagu terbaru kumpulan Cromok - (the Somewhere Anywehere). Bermaksud walau di mana kita berada, hadapi semua cabaran dan dugaan dengan senyuman. Insya Allah semuanya akan baik-baisaja. Senyummm (",).. mmmm
..............................................................................................................

Kenapa guna nick name Gen2Merah dan url link [www.gen2merah.blogspot.com]

Mulanya blog ini dicipta hasil daripada minat saya dalam pengubahsuaian kereta Gen 2 berwarna merah hati ini. Segala cerita mengenai ubahsuai dan masalah kereta merah ini akan saya ceritakan satu persatu dalam blog ini. Maka muncullah idea link ini dinamakan gen2merah.blogspot.com dengan nick name Gen2Merah.


Namun hari demi hari, bulan berganti bintang, blog ini semakin meningkat naik dengan kunjungan, komen-komen membina dan following daripada blogger-blogger lain dari serata negara.

Akhirnya blog ini mula dipelbagaikan konsepnya kepada isu yang lebih luas seperti cerita suasana persekolahan, diari harian, kenangan zaman dulu-dulu, peritiwa yang berlaku di daerah Tawau, serta macam-macam lagi kisah suka dan duka. Kepelbagaian cerita ini sesuai dengan hubungan mesra dan kunjung mengunjung dengan bloggers yang pelbagai ragam, jantina dan kerjaya.

Apa pun, url link dan nick name Gen2merah akan tetap diteruskan sungguhpun pemilik blog bakal bertukar kepada kereta lain kelak.
....................................................................................

Sejarah penubuhan blog Gen2Merah 

Mula berblog sebenarnya adalah pada tahun 2008. Namun masa itu hanya sekadar suka-suka untuk mengupload gambar-gamba kenangan semasa menuntut bersama rakan-rakan di Institut Perguruan Tawau.

Masa itu masih menggunakan nama url madilpiero.blospot.com. Tiada widget, tiada followers, tiada chatbox, malah langsung tidak tahu menahu tentang istilah blogwalking, segmen, giveaway, nuffnang dan lain-lain itu. Pokoknya tiada cerita, tiada apa-apa yang boleh dikembangkan masa itu melainkan gambar-gambar bisu semata-mata. Hehehe

Bagaimanapun blog ini mula terhenti selama setahun lamanya pada tahun 2009 ekoran faktor kesibukan dan tiada jaringan internet untuk meneruskannya.

Pada bulan Mac 2010, 'The Renaissance' atau kelahiran semula blog ini. Bermula daripada zero, saya mula perlahan-lahan belajar untuk membina semula empayar blog yang pernah roboh setahun sebelumnya.. Ekekeke. Payah juga sebenarnya nak mula, sebab segala penulisan main hantam kromo saja.

Terima kasih buat sifu-sifu awal yang pernah mendidik saya tentang istilah widget, HTML, template dan lain-lain. Thanx so much buat sifu---->

1. Apijah Sulaiman- Blog dah not found. Tak dapat jejak kembali

2. Jalifah @ Jelo- Warna Kehidupan

3. Mohd ashrafi- Satu Permulaan

Tanpa bantuan mereka ini, siapa lah saya untuk terus berkarya dan menjadi seorang penulis di sini. Konon-kononnya lah ... ekekeke
.............................................................................................

Konsep Penulisan

Tulisan merapu dlam blog ini adalah hasil daripada idea kepala hotak aku sendiri yang kadang-kadang bikin aku sendiri nak gelak bila baca sorang-sorang. Wakakaka.. Hobi, keboringan, serta meluangkan masa yang ada merupakan sumber idea untuk saya menulis apa saja yang terlintas di fikiran bila-bila masa dan di mana saja.

Mula-mula blogging dulu, banyak sumber tulisan yang saya main copy and paste daripada sumber berita akhbar dan web info lain. Ada juga sumber-sumber tulisan di blog ini yang share daripada entri-entri sahabat lain dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Namun saya tetap memberi kredit link kepada si penulis asal.

Foto-foto yang diselitkan dalam setipa entri di sini adalah hasil daripada tangkapan imej melalui kamera murahan saya. Sama juga sometimes gambar adalah hasil daripada carian uncle google image.

Jika ada mana-mana penulisan yang sama ia hanyalah kebetulan yang tidak disengajakan. Insya Allah boleh infom saya melalui emel jika anda ingin meminta saya mengubahsuainya. Saya akan membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

Hubungi saya:

mydilpiero@gmail.com

madilpiero@yahoo.com
........................................................................................................................

Kenangan terindah Gen2Merah

Dalam menulis, sebenarnya pahit dan manis adalah dua perasaan yang perlu ditelan. Kecil hati bila menulis tiada orang yang nak baca. Kecewa bila menulis tiada siapa yang nak bagi respon @ komen. Terguris bila menulis ada orang lain yang tegur. Patah hati bila menulis ada yang mengkritik @ mengutuk.


Apa pun itu semua asam garam dalam dunia blogging. Seperti prinsip gen2Merah-----> hadapi semuanya dengan senyuman kan. Heeee~

Yang pahit mesti ada kemanisannya. Terima kasih buat blogger-blogger yang pernah menghargai atau mempromote blog saya di alam maya ini. Terima kasih daun keladi buat semua.


**********************************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Great'Teacher'Gen2Merah

Daisypath Anniversary tickers