G2M Superfriends

Friday, May 25, 2012

DUGAAN HIDUP kaya dan miskin


Hidup ini akan sentiasa diuji Sama ada kita suka atau tidak. Tidak ada manusia yang tidak terlepas dengan ujian dan dugaan kehidupan yang penuh warna-warni.

Allah swt menguji si kaya dengan kekayaannya, apakah ia bersyukur dengan membelanjakan harta kekayaan itu pada tempat-tempat yang diredhai Allah, ataupun sebaliknya ia menghabiskan pada jalan-jalan yang menyesatkan.

Allah swt menguji si miskin, adakah ia sanggup bersabar atas kemiskinannya dan redha terhadap takdir Allah swt. ataupun sebaliknya melalukan kemungkaran dengan mencari hasil duit dengan cara yang tidak betul.

Allah swt menjadikan seseorang itu kaya atau miskin tentulah ada hikmatnya. 

Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.

Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. 

Sama-sama kita fikirkan. Salam Hari Jumaat buat semua (",)

Thursday, May 24, 2012

Kawan SEPERMAINAN

Dia la kawan sepermainan masa zaman kecil dulu. Dia jugalah teman membesar bersama. Tapi entah mengapa sejak akhir-akhir ini seakan ada jarak dan jurang antara kami. 

Sebenarnya masuk kali ini, dah hampir 7 kali kami terserempak di mana-mana. Setiap kali itu juga lah sapaan saya tidak berbalas, teguran saya tidak bersambut. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja si kawan ini selalu memaling muka jika terlihat kelibat saya. (",)

Lucu plak rasanya. Entah apa dendam kesumatnya sehingga jadi macam tu. Dia marah ke? Marah pasal apa? Dia merajuk ke? Merajuk pasal pa plak. Hahaha. Atau mungkin juga dia terdengar berita bukan-bukan pasal saya kawan-kawan lain. Aish, tergamak juga orang yang suka mengadu domba melaga-lagakan orang ni kan..

Lantak dialah. Janji dia puas hati dengan dunia dia, dan saya gembira dengan cara hidup sedia ada. Buat pa nak kusutkan fikiran. Saya pun banyak kerja lain nak buat. Yang penting saya dah cuba yang terbaik untuk menegur dan berbaik-baik. Kalau takda respon pa leh buat kan.

Betol tak.. hehe (",)


Kawan itu indah jika saling memahami dan maaf memaafi sesama (",)

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday #21 | KAD UCAPAN HARI GURU

On Wednesday, you'll tell the story


Kad Ucapan Hari Guru (",)


Tuesday, May 22, 2012

HUJAN RAHMAT di sana-sini


Seperti juga pagi semalam, awal pagi ini kelihatan rintik-rintik hujan yang tenang menggambarkan betapa rahmat Allah SWT untuk semua hamba-hamba Nya di serata muka bumi.

Rasullullah SAW ada berpesan kepada umatnya bahawa apabila hujan turun ke bumi, setiap doa daripada umatnya adalah mustajab.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah hujan ini bermanfaat buat kami. Amin


Monday, May 21, 2012

Seukir SENYUMAN

Assalamualaikum WBT Salam sejahtera buat semua..


Bersyukur kerana pada hari ini kita masih dapat menikmati kesegaran udara di kediaman mahu pun di tempat kerja. Ketika entri ini ditulis, segelumit kemalasan masih bersarang di dalam diri rentetan rehat yang panjang di hujung minggu.

Ya, sebuah senyuman perlu diukirkan sepanjang hari agar Isnin ini sebuah permulaan yang baik bagi kita semua untuk menghadapi cabaran hari-hari yang seterusnya. 

Selamat bekerja buat semua.


Saturday, May 19, 2012

Salam Takziah buat Lulu Caldina

Entri ini ditujukan khas buat sahabat alam blogging Lulu Caldina. 

Selang beberapa hari kebelakangan ini, blog Lulu Pages seakan suram dengan berita terkini dan kisah menarik. Malah kelibat dan bayangan Lulu Caldina yang sentiasa rajin 'ping' kan entri-entri menarik beliau ke dalam Facebook juga seakan tidak kelihatan. 

Sehinggalah saya mendapat tahu berita sedih ini pada hari Khamis yang lalu bersamaan 17hb April 2012.

Salam Takziah atas pemergian ayahanda tercinta Lulu. Banyakkan bersabar dengan ujian ini. Ya, saya sendiri pun pernah melalui kisah yang sama semasa pemergian arwah ayah saya 12 tahun yang lalu. Insya Allah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalikya. Allah swt lebih menyayangi hamba-hamba Nya. 

Marilah kita sama-sama doakan semoga roh arwah di tempatkan bersama-sama orang yang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.

Friday, May 18, 2012

HADIAH Hari Guru

Hadiah itu suatu penghargaan yang indah. Tiada orang yang tak suka dengan pemberian hadiah. Rupa fizikal hadiah itu tidak penting, melainkan nilai keikhlasan yang tersirat disebaliknya. (",)

Sempena Hari Guru 2012, saya dengan berbesar hati ingin merakamkan banyak-banyak terima kasih buat sahabat-sahabat guru serta murid-murid anak didik saya yang sudi menghadiahkan hadiah yang bagi saya amat besar nilainya untuk dikenang sepanjang zaman. Terima kasih banyak-banyak.


Hadiah tak lah banyak mana, tapi sudah cukup membuatkan saya tersenyum simpul sepanjang hari. Terima kasih semua atas ucapan, pemberian, dan doa-doa kesejahteraan daripada kalian semua. Semoga kita akan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.

Thursday, May 17, 2012

Majlis Sambutan Hari Guru SK Batu Payong 2012

'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'


Riang Ria Warna Warni
Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat
SK Batu Payong
2012

-Padang Sekolah-



Agenda:

1. Nyanyian lagu Negaraku, sabah Tanahairku
2. Nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia'
3. Ucapan Hari Guru daripada Wakil Pelajar tahun 6
4. Ikrar Guru yang diketuai oleh Guru Besar
5. Acara senamrobik oleh guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan

6. Acara Sukaneka
- Isi air dalam botol
- Tiup Tepung
- Cari bola sambil mata tertutup
- Pecah belon lawan
(Kumpulan Merah)
(Kumpulan Biru)
(Kumpulan Kuning)
(Kumpulan Oren)

7. Acara Bertukar Hadiah antara guru-guru

8. Jamuan makan tengahari.

Majlis yang sederhana tapi meriah. Itulah gambaran Hari Guru 2012 yang dijayakan di sekolah saya semalam. Tinggalkan dahulu tekanan kerja sekolah yang berlambak. Pagi 16 Mei semalam guru-guru, staf sokongan dan murid-murid bersama-sama mengukir senyuman untuk menjayakan aktiviti-aktiviti sukaneka yang menarik untuk hiburan bersama.




























Lebih banyak gambar sukaneka [DI SINI], [DI SINI]

Dapat di rumput bilang-bilang
Menghisap bunga dengan mayang
Hati cemas menjadi hilang
Perut lapar menjadi kenyang

Terima kasih warga pendidik SK Batu Payong. Sesungguhnya 16 Mei ini lah wadah untuk semua guru-guru mengembalikan semangat dan karisma yang tinggi di samping menjalinkan ikatan ukhuwah silaturrahim dengan lebih erat sesama kita.

Moga kita berjumpa lagi Hari Guru tahun hadapan.

p/s: Sambutan Hari Guru 2011 di sini----> [KLIK

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Guru dalam didikannya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diamnya ada bijaksana.

Berbangga dan berbahagialah kita menjadi seorang guru.

Salam Hari Guru 2012

'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'


Tuesday, May 15, 2012

TUKAR-TUKAR HADIAH sempena Hari Guru

Bagi saya, bukan mudah rasanya untuk memberikan hadiah kepada seseorang yang berlainan jantina ni. Lebih-lebih lagi orang yang kita nak hadiahkan itu merupakan seorang yang berpengaruh, dihormati dan lebih veteren daripada saya. Itulah situasi yang saya alami semalam ketika seharian pusing bandar  hanya untuk mencari sebuah hadiah yang sesuai. Pusing sana, naik sini akhirnya hadiah yang dicari-cari langsung tak terbeli.. Hehehe. Bingung. 

Memang betul la saya ni bukan seorang lelaki yang romantik.. Hihi

Insya Allah selepas persekolahan kelak, saya akan kembali semula ke bandar untuk mendapatkan hadiah yang telah saya fikirkan sejak semalaman. Terima kasih atas pandangan daripada rakan-rakan dalam status Facebook saya semalam.

Esok 16hb Mei merupakan Sambutan Hari Guru yang bakal diraihkan di semua sekolah serata negara. Salah satu aktiviti tradisi yang bakal memeriahkan sambutan ini adalah sesi tukar-tukar hadiah antara guru. Cabut-cabut undi, akhirnya saya mendapat nama seorang cikgu yang bagi saya memang seorang yang hebat di sekolah. Hehehe

Selain aktiviti tukar-tukar hadiah, acara sukaneka juga bakal memeriahkan sambutan Hari Guru esok. 


Ya, anjur sendiri sambut sendiri. ehehehe. Itulah namanya Sambutan Hari Guru. Sambutan yang meriah untuk menghargai diri sendiri. Tak perlu rasanya untuk meraih simpati mengharapkan orang lain menghargai kita. Hanya guru yang memahami situasi seseorang guru. Inilah masanya guru-guru untuk menghargai sesama sendiri.

Saturday, May 12, 2012

Senyum pagi Sabtu #1

Harga Sebentuk Cincin


Di sebuah kedai emas, seorang wanita tiba-tiba terkentut ketika cuba menonggeng melihat sebentuk cincin yang dipamerkan. Dia tersipu-sipu malu lalu melihat sekeliling dan perasan ada promoter di belakangnya...

Promoter tu pun bertanya la "Boleh saya bantu cik?"

Wanita tu menganggap promoter itu tak perasan la yang dia kentut tadi, lalu dia pun bertanya "Berapa harga sebentuk cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

hehehe.... Senyum. 

*Lawak ni saya petik dari status FB rakan. Mohon maaf kerana ada perkataan yang kurang sedap untuk didengar. Selamat pagi sabtu yang ceria buat semua..

Friday, May 11, 2012

KEDEKUT Ilmu


Pernahkah anda berjumpa seseorang yang sangat kedekut ilmu? Mintak tolong ajarkan itu kena bayar, mintak ajarkan ini kena belanja makan. Paling pilu bila dia langsung buat tak tau dengan pertanyaan kita. Alasannya, ilmu yang ada pada dia bukan senang nak dapat. Dia dulupun kena keluar modal beratus-ratus ringgit. Juga perlu habiskan masa bertahun-tahun untuk belajar sendiri sehinggalah dapat menghasilkan formula yang terbaik. 

Adakah anda akan berkira juga seperti ini?

Saya pernah saksikan sebuah pertunjukkan dalam siaran TV tempatan. Bagaimana kehebatan seseorang hamba Allah yang mampu menghafal beratus nombor secara rawak hanya dalam beberapa minit saja. Bila pengacara mengajukan soalan bgaimana dia boleh ada daya ingatan macam tu, dia cuma memberikan satu tips simple saja. Selebihnya jika ingin mengetahui kebolehannya dengan lebih lanjut, dia meminta bayaran berbaloi untuk formula akal yang telah dia usahakan selama ini.

Mengapa ya perlu ada sifat kedekut untuk berkongsi kejayaan? Sebab tak suka lihat orang lain berjaya ya? Tidak mahu kawan-kawan lain lebih dari kita? Ke hanya suka diri sendiri saja yang kembang idung kena puji melambung dari orang lain

"ILMU KITA DATANGNYA DARI ALLAH.  TIADA HAK KITA UNTUK MENYIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI. MAKA SELAYAKNYA BERKONGSI JIKA IANYA PATUT MEMBAWA KEBAIKKAN PADA ORANG LAIN".

Thursday, May 10, 2012

Kekok

Kekoknya rasa untuk menulis sesuatu di sini. Apabila sudah lebih sebulan tinggalkan alam blogging, nak cuba 'log in' blogspot ni pun seakan akan kurang bermaya hendaknya. Hanya mampu duduk depan skrin dan surfing baca entri lama satu persatu. Nak menjana post baru memang tak terdaya rasanya.. alahaiii..

Dari semalam buntu idea, bingung dan kosong. Kalau dah punyai idea pun, nak menaipnya tu tiba-tiba jadi malas. Hehehhee.. Adakah ini petanda saya sudah tidak boleh menulis sesuatu yang menarik untuk dikongsikan? 

Insya Allah, saya akan cuba gagahkan diri untuk menulis dan terus menulis. Semangat lama harus dikembalikan. Ya, saya gembira dapat menjadi salah seorang komuniti di alam blogging ini. Punyai ramai sahabat penulis yang sentiasa menyokong dan memberi inspirasi sesama kita.

Terima Kasih semua.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...