G2M Superfriends

Tuesday, March 20, 2012

Hanya MENULIS

Kadang-kadang saya terfikir. Apa sebenarnya niat saya untuk menulis di blog usang sebegini. Menulis selalunya lahir daripada curahan rasa isi hati dan perasaan. Suka duka untuk berkongsi idea, pengalaman dan kisah hidup untuk tatapan bersama. Hanya sekadar ingin mempamer perjalanan hidup agar boleh membawa motivasi untuk diri sendiri untuk masa akan datang.

Namun kadang-kadang ianya seperti tidak membawa manfaat kepada orang lain. Mohon maaf seandainya penulisan selama ini bersifat riak, menunjuk-nunjuk, atau suka melebih-lebihkan diri sendiri. Terima kasih atas teguran, sapaan, dan komen-komen yang bisa membangkitkan saya dari tidur yang lena. Saya akui saya sendiri pun banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki.

Mungkin sudah tiba masanya untuk saya berehat sementara bagi bermuhasabah diri sendiri.  


Terima kasih buat semua rakan-rakan alam maya. (",)

Monday, March 19, 2012

Kembali ke PERJUANGAN

Pagi Isnin.....

Tiada yang paling menarik di pagi hari ini melainkan semangat untuk kembali semua ke perkarangan sekolah dengan lembaran kerja yang lebih baharu dan lebih bersemangat. 


Hidup memerlukan pengorbananan. 
Pengorbanan memerlukan perjuangan. 
Perjuangan memerlukan ketabahan. 
Ketabahan memerlukan keyakinan. 
Keyakinan menentukan kejayaan. 
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Friday, March 16, 2012

KEHIDUPAN kita hari ini

Hari ini, masyarakat telah terperangkap dengan sistem pembangunan yang menjadikan seseorang individu itu mementingkan kewangan, kebendaan, kebebasan, dan keseronokan.


Hari ini kita hidup dalam masyarakat yang menilai orang pada luaran, membuat andaian pada penampilan berdasarkan apa yang kita pakai. Masyarakat hari ini tidak lagi melihat 'nilai rohaniah' seperti integriti dan kejujuran.

Kehidupan kita hari ini merupakan kehidupan yang bercorak materialisme. Di mana cara hidup pada hari ini lebih bercorak kepada kehidupan yang lebih membazir dan mementingkan diri sendiri daripada hidup bermasyarakat yang berlestari. 

Etika kehidupan masyarakat pada hari ini sudah mulai susut. Segala kejayaan tamadun manusia diukur dengan wang ringgit dan kebendaan yang dimiliki. Hari ini kebanyakan orang berkejar-kejar untuk memperolehi keuntungan, kekayaan dan kemewahan daripada tuntutan nilai-nilai keagamaan.

Hari ini orang lebih menyanjung orang kaya yang sombong daripada orang miskin yang berbudi bahasa.

Thursday, March 15, 2012

MENGUBAH apa yang boleh DIUBAH



“Hoi!” jerkah Cikgu Mamat.

Syafiq tersentak.

“Apa yang kamu termenung melangut tengok ke luar tu? Kamu nak balik tidur ya?” Cikgu Mamat mengherdik dari depan.

Pen marker dibaling tepat mengena dahi Syafiq!

Murid-murid lain ketawa.

Lucu melihat Syafiq yang mukanya kemerah-merahan menahan malu. Biar pun ini bukan kali pertama beliau disergah sebegitu, masalah pergaduhan antara ibu dan ayahnya di rumah amat merungsingkan diri. Syafiq sering termenung. Dan sekali lagi, menungannya mengundang malu.

“Kalau kamu tidak berminat hendak belajar, ambil beg kamu ini dan balik ke rumah. Peluk bantal busuk. Jangan serabutkan kelas ini!” sindir Cikgu Mamat.

Cikgu Mamat amat tersinggung dengan sikap Syafiq. Perbuatannya melabuhkan pandangan ke luar tingkap amat  mencabar dirinya. Puas segala persiapan dilakukan untuk mengemaskan proses mengajar, anak muridnya yang satu itu tidak memberi perhatian. Lebih berminat dengan pemandangan luar bilik darjah. Rama-rama terbang? Kucing bergaduh? Siput babi? Entah apa yang si Syafiq perhati.

Kekecewaan Cikgu Mamat itu memang berasas.

Bukan sedikit masa yang diperuntukkannya untuk menyiapkan bahan mengajar.

Sekurang-kurangnya berilah perhatian. Masakan ia permintaan yang terlalu sulit untuk ditunaikan.

Namun kekecewaan Cikgu Mamat itu mungkin boleh dirawat bukan pada mengubah Syafiq, tetapi mengubah apa yang paling boleh diubah, yakni diri Cikgu Mamat sendiri. Syafiq perlu dibantu mengubah dirinya, namun Cikgu Mamat perlu membantu Cikgu Mamat mengubah Cikgu Mamat.

Bagaimana?.................

Untuk info bacaan selanjutnya sila [KLIK SINI]

Sumber copy : SaifulIslam.com dalam entri "Baginda Menyantuni Murid Yang Hilang Motivasi Diri"

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday #20 | an ELEPHANT

Wordless Wednesday

"BATU GAJAH"



di Batu Payong, Tawau Sabah
Sumber foto: Cikgu Ahmad Faizal dan cikgu Ruslinah Idzsang

Tuesday, March 13, 2012

Oh CUTI

Memang bersemangat betul diri ini menjelang cuti sekolah hari Jumaat lalu. Fail-fail dan alat-alat tulis telah siap sedia dimuatkan dalam bonet kereta. Kononnya cuti-cuti ni nak ambil kesempatan untuk siapkan tugasan, kerja-kerja sekolah dan segala Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Konon-kononnya laaaa.... (",)

Bertuahnya, bila masuk keempat hari cuti persekolahan ni, segala-galanya langsung tak tersentuh pun lagi. Hahahaha... Memang takda kekuatan lah untuk menyelak segala kerja-kerja ni... alahai... Memang dah namanya dasar pemalas bila duduk di rumah ni... Hihi

Abis bangun makan, 
abis makan tido, 
abis tido jalan, 
abis jalan tengok TV... 
Hehehehehe (",)

Yaa, kalau cuti buat-buat lah cara cuti kan. Santai-santai gitu. Hehehehe.. Nanti dekat-dekat nak buka sekolah baru lah kelam kabut nak siapkan segala-galanya. Hahahaha..

p/s: Cuti seminggu ni dok kat umah ja.. Malas nak jalan-jalan. Nak save bajet la konon... Ngeee~

Monday, March 12, 2012

Hadiah daripada cik Jannah

Sepanjang dua tahun lebih saya berkecimpung dalam dunia alam maya blogging, rasanya inilah pertama kali saya mendapat hadiah daripada rakan blogger. Serious. Bila dah namnaya pertama kali, pastilah ia kenangan yang paling indah. Betul tak? Ngeee~..

Terima kasih banyak-banyak buat sahabat blog saya, cik Jannah atas kesudian mengirimkan saya hadiah yang menarik. Alhamdulillah, saya menang dalam peraduan yang dianjurkan oleh beliau iaitu meneka gambar. Hehehe. Simple je soalan dia. [KLIK SINI]. Dua orang pemenang bertuah dalam teka-teki tu adalah saya sendiri dan rakan saya Kancil8349..

*****
Sebenarnya, ada sedikit cerita ketika saya ingin menebus hadiah parcel ini di Pejabat Pos. Dipendekkan kisah ketika sampai di sana, staff kaunter yang berkenaan telah meminta kad pengenalan saya. Malangnya, ada sedikit salah faham kerana nama saya dalam I/C tidak sama dengan nama saya yang tertulis dalam bungkusan tersebut. Bila nama dah bercanggah, automatik saya tidak boleh untuk menebus parcel tersebut. Huhuhu.

Cik Jannaaahhh.... Awat letak nama saya kat situ Gen2Merah... ahahaha. Kalau tak silap saya dah letak nama betul saya sekali dengan alamat dalam emel tu. Hihihi. Bersungguh-sungguh saya merayu kat pegawai tu yang nama Gen2Merah tu adalah nama samaran saya. Tapi pegawai yang bertugas enggan mengambil risiko. Dia meminta saya untuk merujuk ke dalam. 

Alhamdulillah, mujurlah kebetulan saya ada seorang kawan yang bertugas di Pejabat Pos ini. Dengan kerjasama dan jaminan yang ditunjukkan, akhirnya saya berjaya menebus parcel tersebut. Yeahhh. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak buat sahabat saya merangkap pegawai di situ, Cik Sabrina Abas

Juga terima kasih buat pengirim hadiah ini cik Jannah. ehehehe. 

Saya dah terima.. So sweet.. Tengkiw tengkiww...

Ini adalah hadiah yang dimaksudkan. Jom kita buka...

v
v
v
v


v
v
v
v
v

v
v
v
v
v

v
v
v
v
v

Friday, March 9, 2012

Sesuatu yang BAIK


Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. 

P/S: Ini bukan iklan sabun cuci BOOM ye... hehehe..

Sekadar untuk renungan bersama di pagi Jumaat ini.. Salam ceria buat semua. Hadapi kesulitan hari ini dengan senyuman (",)

Thursday, March 8, 2012

Selepas HUJAN

Alangkah indahnya alam selepas Hujan. 

Aliran air membentuk kelopak-kelopak yang bercorakan indah
Dedaunan hijau kebasahan melihatkan kesegaran alam maya
Tujuh warna pelangi yang indah muncul menceriakan suasana
Burung-burung berkicauan menghidupkan suasana damai dan ceria

Sungguh indah putaran alam yang ditentukan oleh Ilahi



Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday #19 | A SPECIAL CHILD

Wordless Wednesday

A Special Child
Who's taught us many things
Most of all real Love



Tuesday, March 6, 2012

Ikhlaskan diri

Bayangkan situasi seperti ini. Mungkin ia pernah dialami oleh kita termasuk diri saya sendiri.. Ngeee~

Andaikata seseorang pekerja telah diperhatikan oleh majikannya, pasti dia akan melaksanakan tugasnya dengan penuh teliti dan berhati-hati supaya tiada kesalahan yang akan membuatkan dia ditegur apatah lagi dipecat. 

Tetapi bagaimana pula dengan pemerhatian daripada Yang Maha Mengawasi, Maha Mencipta, Maha Mengetahui segala yang zahir dan batin. Berhati-hatikah kita di sepanjang pemerhatian-Atau lupakah kita pada hari perhitungan untuk amalan-amalan buruk kita?

Oleh itu buat diri saya terutamanya, marilah sama-sama perbaharui niat. Ikhlaskan diri ketika bekerja. Bukan hanya mengharapkan pujian dan anugerah keduniaan. Kerana sebesar mana sekalipun amalan itu, jika tidak diniatkan kerana Allah, sia-sialah ia ibarat debu-debu yang berterbangan.

“Beribadahlah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, maka, sesungguhnya Dia melihat kamu.”

Alangkah indahnya kan hidup ini jika semuanya diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, March 5, 2012

Ketika Subuh

~ Subuh Dinihari ~

Waktu Subuh adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk  segera bangun di awal pagi. Mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan.

Kekuatan jasad untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk. Malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Allah swt

Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.

-Isma Jordan-

Alhamdulillah. Pagi Isnin dapat sampai ke sekolah dalam kegelapan dengan litupan hujan yang membasahi bumi.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, March 2, 2012

HADIAH terbaik

Hadiah Terbaik


Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Semoga urusan kita dipermudahkan di hari Jumaat ini.

(",)


Thursday, March 1, 2012

Tentang WAKTU

Tentang Waktu

                                                       
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah swt.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

- al-Islam -

-REBUTLAH 5 WAKTU SEBELUM DATANGNYA 5 WAKTU-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...