G2M Superfriends

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #18 | THE EYES

Wordless Wednesday

~ She says she doesn't care, 
but her eyes tell a different story~


Tuesday, February 28, 2012

TIDUR itu sungguh nikmat

Siapa tak suka dengan tidur? Selain makan dan makan, hobi saya yang paling seronok, nyaman dan penuh kenikmatan adalah tidur tidur dan tidurr.. Ekeke. Ya, tidur itu sungguh indah bila kena pada tempat dan waktunya terutamanya di hujung minggu. Namun tidur itu biarlah berpada. Tidak melebihi dan tidak juga kurang. Asalkan mengikut landasan yang telah digariskan dalam Islam. 

Sebenarnya banyak tidur akan mematikan hati, memenatkan tubuh badan, membazir waktu dan serta membuat kita sentiasa lupa dan malas semalasnya. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat

Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di kala pagi atau petang hari (selepas waktu Asar). Bahkan tidur pada kedua-dua waktu tersebut lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. 

Di antara tidur yang sangat dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat penting. Cuba lihat, meskipun kebanyakan para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk beribadah, mereka tidak ingin untuk tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. 

Kerana pada waktu seawal itu dibukakan pintu hari seluas-luasnya, saat diturunkan dan dibahagikan rezeki dan barakah buat mereka yang rajin berusaha. 

p/s: Makanya, tidur pada waktu itu hendaknya jika benar-benar sangat terpaksa dan tidak tahan. ehehehe ~

Salam pagi yang ceria.. (",)

Sumber info: Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah


Sunday, February 26, 2012

MAJLIS PERSARAAN Cikgu Rasiah Atak

Majlis Persaraan Cikgu Rasiah bt Atak
________________________________________________


"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
- by Brothers lyrics-

Hari Jumaat bersamaan 24hb Februari yang lalu, telah berlangsungnya sebuah Majlis Persaraan buat seorang cikgu yang amat dikasihi oleh seluruh warga kerja SK Batu Payong. Cikgu Rasiah binti Atak, merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang telah berkhidmat selama 40 tahun dalam dunia pendidikan. 

Pengalaman dan kematangan beliau sepanjang berkihdmat dalam dunia pendidikan telah memberi banyak sumbangan dan jasa dalam menaikkan nama  sekolah ini. Bayangan kehilangannya bakal dirasai buat teman-teman dan anak-anak didiknya.

Sepanjang empat puluh tahun mencurahkan bakti, kini tibalah masa yang dinantikan untuk ucapan terakhir kepada dunia pendidikan. Dengan senyuman dan air mata perpisahan, cikgu Rasiah telah meninggalkan memori yang paling indah di detik pengakhiran dalam perkhidmat beliau di sekolah ini.

Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala komitmen dan jasa yang ditaburkan oleh cikgu Rasiah selama ini. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.

  
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Terima dengan redha perpisahan ini

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi 
Di Atas Jalinan Yang Suci
   
Hanya kenangan yang menjadi ingatan
Hanya ingatan yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin kita miliki memori lalu

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Kita Bertemu dan Tetap Pergi Jua

Salam perpisahan buat cikgu Rasiah. Semoga ukhuwah persahabatan ini akan kekal dalam jalinan sepanjang hayat.

KLIK BAWAH 
untuk entri lama majlis persaraan guru-guru SKBPT:


Friday, February 24, 2012

Menyelami JIWA PELAJAR

Saya terbaca dalam satu forum yang dimuatkan majalah pendidikan. Diskusi yang berkaitan mengapa sesetengah murid tidak menyukai seseorang guru semasa bersekolah. Sesetengah responden yang menyatakan kurangnya hormat seorang murid kepada seseorang guru adalah disebabkan sikap guru itu sendiri yang tidak adil dalam memberi layanan kepada murid-murid di kelas. 

Menurut perbincangan tersebut, segelintir guru yang memberi layanan yang bermuka-muka dan kurang memberi perhatian kepada murid-murid belakang yang kurang cerdik, kurang menarik, selekeh dan sebagainya telah menyebabkan mereka terasa tersisih akhirnya mereka kurang berminat untuk belajar. 

Memang ada benarnya pernyataan ini. Sebagai seorang ibu atau bapa kepada murid-murid di sekolah, guru bukan sekadar mengenali nama sahaja tetapi harus menjiwai hati, memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkahlaku yang merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan muridnya mengikut tahap umur masing-masing tanpa mengira status dan latar belakang setiap mereka.

Guru adalah sahabat kepada murid. Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan murid-muridnya, tetapi apa yang disukai oleh pelajar ialah guru yang mempunyai unsur kecindan (jenaka) serta sentiasa mendekati dan menyelami segala permasalahan mereka.  



Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #17 | LITTLE KID

Wordless Wednesday


Sometimes I wish 
I could just be a little kid again (",)


Tuesday, February 21, 2012

SENYUM laaa (",)

SENYUM adalah perhiasan dunia
SENYUM adalah bahasa dunia 
SENYUM itu satu sedekah
kerana SENYUMAN mu itu lebih berharga.... (",)


"Cikguuu ni, pagi-pagi tersenyum sorang-sorang plak... hihihi.." Beberapa murid tiba-tiba mengejutkan lamunan indah saya. (",) 

"hehehehe... lebih baik cikgu senyum sorang-sorang, daripada nak marah sorang-sorang.. ahaha". (",)

Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan. Bila kita SENYUM pada orang, semua orang itu akan SENYUM balik pada kita. 

Senyum laaa (",)


Saturday, February 18, 2012

HUJAN PAGI dinihari

Masuk hari kedua bumi Tawau dilimpahi rahmat hujan yang turun sejak semalam. Syukur alhamdulillah. Semoga ianya memberi rahmat untuk semua di permulaan pagi nan indah.. Selamat Pagi Semua.



Selepas ketawa pasti menyusul tangisan
Selepas panas membara pasti menjelma hujan.
Sungguh indah kitaran kehidupan yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Friday, February 17, 2012

MEMORI JALAN KAKI ke sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Maha Suci Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kehidupan ini umpama roda. Terkadang kita berada di atas, terkadang kita berada di bawah. Kerana roda itu sifatnya sentiasa berputar, berputar dan terus berputar. Begitulah hidup kita sebagai manusia. Sentiasa ada pasang surutnya.

Pagi ini bumi Tawau masih dibasahi dengan hujan semalaman. Saat ingin memulakan enjin kereta untuk menuju ke destinasi kerja, terpandang akan  saya beberapa kelibat murid-murid sekolah yang bergerak berjalan kaki ke sekolah menggunakan payung. Ada sesetengah yang ditemani oleh ibu yang sentiasa setia mendampingi.
....................................


Tiba-tiba fikiran saya menerawang jauh mengenangkan zaman saya sekolah Menengah Rendah dulu. Seperti juga mereka, dulu saya bergerak ke sekolah pun hanya menggunakan alternatif berjalan kaki. Kasian. Terpaksa tahan hati merempuh hujan dan panas sepanjang perjalanan demi untuk menuntut ilmu.

Bila namanya jiwa remaja akil baligh, mestilah dulu corak kehidupan saya masa tu penuh dengan keluh kesah. Bergerak dari rumah dengan pakaian yang bersih, sampai ke sekolah dengan keringat yang membasahi. Bila hujan turun, lumpur  pula ditempuhi sepanjang perjalanan. 

Mengeluh bila tibanya cuaca sebegini. Bawa jaket dan kasut yang dilitupi plastik agar tidak kotor dicalati lumpur. Malu, segan dan rendah diri semuanya menjadi satu bila tiba di pintu pagar sekolah. Terasa diri ini masa tu pelajar-pelajar perempuan pun tak hingin nak pandang.. wakakaka. Selekeh je samacam (",).

Bohonglah kalau saya tak cemburu melihat rakan-rakan yang datang ke sekolah dengan gaya 'Macho' dan 'Ayu' nya menaiki kenderaan mak bapak sendiri mahupun bas sekolah sewa. Pernah sekali saya menyalahkan mak ayah kerana tidak menyewakan bas sekolah untuk saya macam rakan-rakan yang lain. Hahaha lucuu ..

Apa leh buat. Mak ayah kurang berkemampuan nakkk. Nak buat macam mana. Hadapi saja semuanya  dengan senyuman... ekekeke.. Tima kasi pada mak dan arwah ayah kami atas segala asuhan, bimbingan dan didikan selama ini (",).

Kenangan yang penuh dengan tangisan, senyuman dan air mata kesedihan. Bersyukur dengan apa yang saya perolehi kini. Percayalah, percaturan hidup yang ditentukan oleh Allah s.w.t memang adil untuk hamba-hambanya yang tabah dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki hidup. (",)

Thursday, February 16, 2012

Saya bukan CIKGU TARIAN

Sesuatu yang buat saya tidak keruan setiap kali Perkemahan Unit Beruniform adalah aktiviti persembahan untuk "Malam Kebudayaan". Masa tu lah adanya pembahagian tugas buat semua guru-guru pengiring untuk membimbing murid-murid dengan pelbagai aktivii yang menarik.

Bagi diri saya, bagilah apa-apa tugasan pun, asalkan tidak untuk mengajar budak-budak untuk persembahan MENARI. ehehehe. (",)


Tahukan, menari itu perlukan gerak badan yang lembut gemalai, lentok sana, lentik sini. Alahaiiiii.... dan saya bukanlah lelaki dalam kategori jenis pandai nak melentik-melentok macam tu. Kekok dan kaku semacam. Budak-budak pun boleh bingung tengok apa yang saya ajar. wakakaka.... (",)
..................................................

Dipendekkan cerita, menjelang sebelum tibanya persembahan malam kebudayaan tu, semua guru pengiring dapatlah tugasan untuk membimbing setiap kumpulan. Tema untuk malam tu adalah 'Kebudayaan Malaysia'. Antaranya seperti koir, tarian, dikir barat, lakonan dan sebagainya. Dan kumpulan saya sungguh bertuah kerana dapat persembahan 'tarian'. Adeiii (",)...

"Cikguuu, apa kita nak buat ni. Nak menari macam mana??" tegur seorang murid.

"Eh, nak menari yaa? Takpa, relaxxxx.. malam ni kamu rehat duduk-duduk dulu. Mesti kamu penat kan sejak siang tadi." :P Hahaha, padahal kepala saya dah ligat berfikir macam mana lah nak ajar step ni. 

Bingung jap. Memang failed la nak ajar menari ni. Mundar mandir sana sini minta tunjuk ajar guru-guru lain. Tapi semua busy dengan tugasan masing-masing. Memang masa sejam yang diperuntukkan untuk aktiviti kumpulan tu berlalu macam tu je. Saat kumpulan lain sedang bersuka ria dengan latihan persembahan mereka, budak-budak kumpulan ini masih duduk terlopong menganga. Kesian lak. 

Sabar ya adik-adik. Ngeee (",)

Esok paginya saya sempat pulang ke rumah jap. Dengan mata yang masih membengkak a.k.a mengantuk, cuba untuk buka Youtube untuk cari video-video tarian-tarian Malaysia ni. Malangnya line intenet slow. Video Youtube tak dapat nak loading. Hati semakin risau. Kesian plak budak-budak  tu nanti. Macam manalah dorang nak persembahkan tarian untuk malam tu tanpa persiapan apa-apa... ahaha (",)

Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran, petang harinya mujurlah datang seorang rakan guru perempuan. Last-last minit macam tu, beliau dapat juga bimbing mereka serba sedikit dua step untuk menari. Yaa, asalkan ada. Janji enjoyyyy. Terima kasih buat rakan guru saya, cikgu Sauzanih Sulaiman. Tanpa bimbingannya, tak tahu lah apa nasib budak-budak ni di atas pentas malam malam tu. :P.. ehe

Jom saksikan persembahan tarian Boria daripada Kumpulan 3. Simple tapi menarik.  Siap berpayung-payung gitu. Ekekeke (",)



Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #16 | SUKAN


~ SUKAN ~


Kejohanan Sukan dan Balapan MSS Daerah Tawau. 
Pada 15-18 Februari 2012.
(Rabu - Sabtu)
Kompleks Sukan Tawau

~ Selamat Maju Jaya ~

Tuesday, February 14, 2012

Perkemahan Tunas Kadet Remaja (TKRS) Daerah Tawau 2012



Perkemahan Tunas Kadet Remaja (TKRS) peringkat Daerah Tawau. Sepatutnya saya dah publish tentang aktiviti perkemahan ini dua tiga hari yang lepas. Disebabkan kekangan masa dan kebuntuan idea, saya tangguhkan sehingga ke pagi hari ini. 

Selamat pagi yang ceria buat semua. (",)

Perkemahan Unit Beruniform yang mengambil masa tiga hari dua malam ini sememangnya telah mendidik para peserta untuk berjaya diri dengan matlamat yang diharapkan:-

@ Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
@ Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
@ Menghayati erti batasan kehidupan.
@ Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
@ Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
@ Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

Segala pengisian aktiviti sepanjang perkemahan ini berlangsung sememangnya telah melatih semua peserta perkemahan untuk lebih berdikari bagi mengukuhkan konsep kendiri yang positif ke arah menyemai semangat muhibbah dan setia kawan sesama mereka.

COGAN KATA TKRS/ KRS

" Ilmu, Iman, Amal "

Tujuh Gunung, Tujuh Laut, Tujuh Rimba, kami seberangi. Semoga kita semua bakal berjumpa lagi dalam siri perkemahan yang akan datang. 

Tenang-tenang air laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.


"TEPUK TEPUK TERIMA KASIH" (",)


Monday, February 13, 2012

Aku BUKAN SEBAIK yang kamu sangka

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera salam di pagi Isnin...

Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya dapat bangun di pagi Subuh ini dengan penuh kesempurnaan dengan sebuah senyuman yang ceria. Bestnya dapat senyum-senyum di hadapan cermin. Semoga keceriaan ini akan sentiasa diteruskan untuk di pagi hari-hari yang mendatang. Terima kasih atas anugerah Allah swt kepada kita.

Mukaddimah di pagi hari ini, saya ingin mengajak semua rakan-rakan untuk merenungi kata-kata di bawah ini..

"Aku bukan sebaik yang kamu sangka. Mungkin aku lain dari dunia maya. Jangan terlalu memandang tinggi kerana aku juga manusia biasa. 
Adakala buat kesilapan. Jadi untuk digelar sumber inspirasi amatlah tidak layak. Aku menulis bukan kerna populariti semata. Aku bukan tulis sebab nak duit. Aku tulis dari hati untuk perkongsian kita bersama."

Petikan entri "Sumber inspirasi" daripada penulis BUTA+PEKAK+BISU=CINTA (gula-gulapelangi.blogspot.com).

Yaa akhir-akhir ini saya memang suka membaca blog seorang sahabat ini. Dialah Iffah Afeefah. Rasanya beliau memang tidak asing lagi di kalangan kita. Seorang yang rajin menulis blog dan peramah untuk bertegur sapa dengan semua. Seorang bakal cikgu yang mempunyai potensi yang besar untuk berjaya dalam bidang penulisan. 

Bagi saya entri dia memang hebat. Penulisan yang simple, bersahaja tetapi penuh dengan isian yang padat dan mendalam maksudnya. Tak heran semalaman saya addict nak baca satu persatu entri beliau. Banyak ilham yang saya perolehi untuk memperbaiki mutu penulisan di blog saya kelak. Hehe (",)

p/s: Terima kasih cikgu Iffah Afeefah atas semangat dan dorongan yang diberikan ketika saya semakin down untuk menulis akhir-akhir ini..



Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 2012M / 1433H

Salam Maulidur Rasul 2012M / 1433H
kepada semua Muslimin dan Muslimat

"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"



Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar 
Nabi Muhammad s.a.w

"Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad"

Saturday, February 4, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang MSSZBST kali ke-12


Pada awal Februari yang lepas (1-2hb) telah berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang MSSZBST kali ke-12 peringkat zon sekolah-sekolah Bandar Selatan. Untuk makluman bersama, sebanyak 53 buah sekolah rendah Daerah Tawau sebenarnya dibahagikan kepada 5 zon utama iaitu Zon Sebatik, Zon Kalabakan, Zon Merotai, Zon Balung, Zon Bandar Utara, dan Zon Bandar Selatan. 

Sekolah tempat saya mengajar (SK Batu Payong) termasuk dalam senarai 14 buah sekolah di Zon Bandar Selatan

Kejohanan sukan antara sekolah ini di adakan di Kompleks Sukan Tawau. Saya sendiri telah dilantik sebagai guru ganti untuk jawatan pengadil balapan. Tugas tu macam biasalah, terpaksa berdiri berpanas di tengah-tengah padang untuk mengatur dan menyusun peserta-peserta yang bertanding. Kepanasan dan kerimasannya hanya diri sendiri yang tahu. xoxo (",) 

Berdiri sepanjang hari di bawah terik mentari, seolah teringin juga nak pakai payung macam cikgu-cikgu pempuan tu. Tapi apa leh buat. Ego lelaki kena jaga yo.. ekekekeke. Tak klass la pakai-pakai payung ni. Heeee.. Hitam legam juga la akhirnya kulit ni... ekeke (",)

Insya Allah jika tiada aral melintang, minggu hadapan pula saya akan membawa murid-murid untuk program Perkemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) plak. Memang minggu-minggu yang sibuk untuk awal tahun ni. Untuk kebaikan murid-murid juga kan.

Semoga segalanya dipermudahkan.

Friday, February 3, 2012

Antara TUGAS dan HOBI

Suatu hari di hari Jumaat..

Udah lama saya menyepikan diri seketika dari dunia blog. Antara tugas harian dan hobi, terpaksa selesaikan dahulu mana-mana yang menjadi keutamaan. Alhamdulillah, segala urusan tampak berjalan dengan lancar. Cuma kesibukannya masih terasa sehingga kini. (",)

Yaa, saya memang rindu untuk menulis, membaca, blogwalking, mengomen, memuji, juga menyindir dan mengutuk sana sini. ekekeke. Asam garam dunia penulisan. Memang banyak pengalaman pahit dan manisnya. Rindu nak kembali aktif semula dalam dunia penulisan blog ini..

Kepada pembaca dan pengomen setia saya bawah ini, thanks coz sudi menjadi sahabat saya di alam maya ini. Semoga ukhuwah kita sentiasa terjalin ya. Bila  dah lama tak menjenguk-jenguk mereka semua ini, harap-harap masih ada yang sudi untuk bertandang kembali ke blog sini.. Hehehe



Insya Allah lepas ini akan aktif semula untuk berkongsi pengalaman dan cerita melalui liku-liku kehidupan seharian. 
All the best (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...