G2M Superfriends

Monday, January 23, 2012

Memang pun aku tak ENSEM

'Muchas, muchas gracias mi amigos!.... ngeeee~

Bila tengok kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina ini, teringat plak saya dengan seorang kawan lama yang berbangsa cina ni. 

Namanya kawan tu Yong. Nama panjangnya saya dah tak berapa ingat dah. Yong adalah ketua rumah kami semasa kitaorang menuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) dulu. 

Rumah di kampus kami terdiri daripada warga 1 Malaysia. Ada Melayu, Cina, India dan suku bumiputera Sabah. Tapi masing-masing berlainan bilik lah. Cina dengan kawan cinanya, begitu juga saya yang sebilik dengan rakan melayu dari semenanjung.

Yong ni orangnya straight sikit. Lurus bendul dan jujur orangnya. Kadang-kadang tegas juga yang bikin menyampah. Hehehe. Sesuai dengan wataknya sebagai seorang ketua dalam rumah secara tidak rasmi. Kalau nak bercakap dengan dia kena straight to the point. Tak boleh nak main-main bergurau. Sebab dia mudah percaya dengan kata-kata. Orang jujur lah katakan.

Suatu hari selepas pulang dari kuliah, kami pun lepak-lepak lah di ruang tamu rumah. Sambil-sambil tu Yong ada mengajukan satu soalan cepumas kepada saya. (",)
............................................................................

Yong: You ni dil, napa you tak mahu cari Girlfren di kampus ni?

Saya: Ooo, Bukan aku tak mahu, tapi aku sedar dirilah yang aku ni bukannya hensem pun. Mana ada pempuan mau... (",)

Yong: Yaaa tau pun kau tu tak ensem. Kalau kau sudah sedar diri kau tu tak hensem, ko carilah perempuan yang tak cantik.. 

wakakakakakakaka.  
.........................................................

Hehe. Hampeh punya Yong. Tak bagi semangat langsung... ekekeke. Kot ye pun aku ni tak ensem, janganlah cakap terus terang. Tambah kecik ati aku tau.. Hahahaha

Yong yongg... Sepatutnya Yong kena cakap macam ni.. 

v
v

"Dil, jangan lah ko merendah diri yaaa. Kau sebenarnya hensem apaaa. Cuma kau saja yang tak sedar selama ni".
aahahahaha....

wekkkkkkk. (",)

Inilah antara barisan housemate aku dulu semasa mandi manda di laut.  Saya yang berbaju merah kena cencored tu. Malu nak tayang muka sebab saya memang tak ensem masa tu. Ekekeke..
Yong yang kena bulat tu. Entah apa sudah perkembangannya kini. Happy Chiness New Year buat Yong sekeluarga.



Sunday, January 22, 2012

PENCURI ada di mana-mana

Semalam saya tertarik dengan sebuah post yang dihebahkan oleh admin Facebook MyTawau mengenai kes kecurian sebuah kereta yang dilaporkan telah hilang dibawa lari di tapak cuci kereta. Harap sesiapa yang mempunyai info mengenai kereta DMAX Flat Number ST2195M yang telah hilang ini agar dapat memberi kerjasama dengan melaporkannya kepada pihak polis berhampiran.


" Pencuri tersebut orangnya gemuk, berambut pendek. Sebelum dicuri, kereta itu sedang ingin dicuci. Tiba-tiba seseorang datang masuk ke dalam kereta tersebut."

Bos Carwash: Kenapa encik? Kereta dah nak di cuci dah ni.

Pencuri: Maaf boss, saya mahu cepat.

...........................................................................................................
............................................................

Pesanan untuk diri sendiri dan semua sahabat. Penjenayah itu ada di mana-mana. Mereka sentiasa mengintai peluang untuk merampas hak kita tanpa kita sedari. Berbagai taktik dan bermacam helah licik telah pun berjaya dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Beberapa amaran telahpun dikeluarkan oleh pihak polis sebelum ini mengenai keselamatan yang perlu diambil oleh kita semua sebagai langkah berjaga-jaga. Moga panduan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.

~ Biarpun meninggalkan kereta sebentar cuma, adalah baiknya kita Kunci pintu dan tutup cermin rapat-rapat. Penting.~

~Pasanglah alat keselamatan tambahan seperti mengunci stereng dan clutch~

~Sentiasa mematikan enjin. nanti tak pasal-pasal kereta kena kebas di bawa lari.~

~Jangan simpan barang berharga dalam kereta yang senang dilihat. (Laptop, kamera digital, handphone, wallet mahupun wang kertas).~

~Jangan mudah percayai orang yang tidak dikenali~

Biasanya anda akan menghantar kenderaan ke bengkel untuk servis/ membaikpulih, ataupun menghantar ke carwash untuk dicuci. Dalam hal ini adalah lebih baiknya diri kita saja yang memantau kerja mereka sepanjang hari. Risau kalau-kalau orang lain yang tidak dikenali datang mengambil kereta kita. Ada juga kes pemilik bengkel yang tidak amanah dengan membuat kunci pendua atau menggantikan part-part dalam kereta kita.

Hati-hati. Sentiasa berwaspada (",)

Friday, January 20, 2012

AIR ooo AIR.

Lesu lesi jadinya Jumaat ini. Sepanjang hari bekalan air terputus. Tangki biru pun dah mula kering kontang. Nak tumpang mandi rumah kawan, rumah jiran, rumah pakcik dan makcik pun hadapi masalah yang sama. Pokok pangkalnya masing-masing mencuba untuk pertahankan sebaldi air yang ada. alalaala.. Nak hidup punya pasal kan.. ekekee (",)

Setakat mati karan, berpeluh berpanas takda masalah punya. Tapi bila bekalan air terputus, kelemasan dalam kerimasan jadinya. Merungut sajalah sepanjang hari.

Tak dapat nak mandi, nak minum, nak basuh, nak cuci, nak gosok, nak berus, dan paling penting tak boleh nak makan banyak-banyak. Kang 'tercirit', terpaksa lah pakai tisu tandas @ batu untuk mengelap. Istinjak kan.. hehehe (",)

Pokok pangkalnya segala aktiviti dalam rumah kena catu, kena tahan. Lemas owh dalam keadaan darurat macam ni. Dari sinilah baru kita faham betapa beertinya sebuah bilik mandi dan tandas. 

Bak kata sahabat saya 'Pok Amai Amai'-----> 

"Tiba-tiba terasa ingin mahu menari dalam Hujan, sambil ada lagu latar 'I wanna Dance With Somebody"


Yeeehhaa (",)


KEDAMAIAN dan KESEMPURNAAN diri


Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dalam pagi Jumaat yang ceria.

Semoga kehidupan saya dan anda pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Semoga kita semua sentiasa dikekalkan kesihatan diri dan kesejahteraan yang sempurna. Moga-moga tiada kekurangan dan kekangan yang bisa membantutkan usaha kita untuk kekal lebih maju dengan impian dan cita-cita harapan.

Selang beberapa hari ini saya sentiasa ligat berfikir bagaimana harus untuk membawa pembaharuan diri ke arah  matlamat yang saya harapkan selama ini. 

KEkecewaan+ KEgagalan, + KEmurungan + KEtidakstabilan dan bermacam-macam jenis 'KE' negatif yang sentiasa bersangkar dalam jiwa sanubari akhir-akhir ini.

Insyaallah. Doakan sahaja yang terbaik untuk diri ini agar kekal dengan komitmen dan semangat yang jitu ke arah titik tujuan yang diharapkan kelak.

Terima kasih buat semua. (",)

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #15 | SAHABAT

~ Sahabat ~


A relationship is not how long we been together..
Not How much we give or take..
Not how many times we talk
Its all about how we value each other

Tuesday, January 17, 2012

TULANG RUSUK


"Yaa Allah, 

Jika dia bukan pemilik tulang rusuk ku,
Usah biarkan aku merindui kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hati ini di hatinya.

Kikislah pesonanya dari pelupuk mata ini..
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan..

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni."

Cewaahhhh... ahaha.. Ayat ini bukan gua yang taip yo. 'Petikan ayat' sebenarnya dipetik dari Info Muslim. Memang kena betul 'timing' nya... ekekeke (",)

Fan PAGES Gen2Merah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.

Lima hari menghilang tanpa entri terbaru. Hehehe. Terasa rindu plak nak menghambur kata-kata di sini. (",)

Apa pun saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi datang menjenguk dan bertandang ke sini walapun post-postnya udah usang dimamah hari. Ekekeke.. Thanx yaa.. Tak sabar nak terjah korang semua..

Ekceli bila tibanya awal tahun saya percaya rata-rata kakitangan baik penjawat awam mahupun pekerja swasta akan melalui saat-saat kesibukan sana sini. Itu memamg lumrah kan. Persiapan awal memang perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk memudahkan pengurusan di kemudian hari. Alhamdulillah, satu persatu urusan saya dapat diselesaikan sebaiknya. Boleh fokus untuk blog plak. Ekekeke (",)

Sometimes jika saya tidak aktif dalam blog ini, saya juga suka berkongsi cerita dalam Fan Page Gen2Merah

Jika ada kesudian, boleh lah LIKE Fan Page Gen2Merah di tepi blog ini ye. Tak paksa pun. Sekadar untuk lebih merapatkan lagi ukhuwah silaturrahim sesama kita. Berkongsi ilmu itu lebih baik daripada menyimpannya. Ngeee~



Terima kasih sekali lagi buat semua followers dan pengomen setia Gen2Merah. Tanpa korang apalah sangat dengan blog ni. Ehehehe. Thanx so much ya..

Thursday, January 12, 2012

Kami mahu PULANG

Jam hampir menunjukkan pukul 3 petang. Namun masih kelihatan beberapa kerat orang murid yang masih duduk di pondok luar pagar sekolah yang setia menanti ketibaan kenderaan mereka untuk pulang. Setiap kali  jika saya pulang lewat, acapkali jugalah ada murid-murid datang berjumpa.

" sikguuu, kami nak tumpang balik rumah.. kami tertinggal bas sekolah lagi".

Dulu masa mula-mula posting di sini, saya ingatkan murid-murid ni  hanya saja-saja je nak ikut tumpang balik sebab nak merasai naik kereta cikgu yang mewah ini.. ekekeke.. (cewah kononnn). 

Yaa, rupa-rupanya saya tersilap.

Pernah sekali semasa pulang lewat dari sekolah, saya terserempak dengan sekumpulan pelajar-pelajar saya di pertengahan jalan yang hanya pulang dengan berjalan kaki. Ya, jarak dalam 7 batu jauhnya. Bila saya sapa, rupanya mereka tertinggal @ memang sengaja ditinggalkan oleh pengusaha bas sekolah mereka.

Kes murid ditinggalkan oleh bas tumpangan mereka bukan hanya sekali dua di sekolah ini. Murid lewat sikit, konfom akan kena tinggal. Hanya kerana gelagat kanak-kanak yang lazimnya leka bermain, sedar tak sedar rakan-rakan mereka yang lain sudah pun pulang menaiki bas sekolah mereka. Kasihan :'(

Yang tergamaknya, bila dah jalan tak terlintas pula kepala hotak pemandu bas sekolah ini untuk datang mengambil kembali pelajar-pelajar yang ditinggal ini. Tinggallah murid-murid kecil ini terkapai-kapai untuk mencari jalan untuk pulang ke rumah sendirian. Apatah lagi jika murid malang itu adalah murid tahun 1 yang masih belum kenal erti  persekitaran mahupun murid perempuan yang pastinya merisaukan ibu bapa mereka. 

Nasib baik banyak guru-guru yang prihatin menghantar mereka pulang.

Sepatutnya pengusaha-pengusaha bas sekolah ini perlu bertanggungjawab atas soal keselamatan murid-murid yang diamanahkan oleh ibu bapa murid tersebut. Mereka telah dibayar bulanan sebagai kepercayaan untuk mengambil dan menghantar pulang murid-murid tumpangan mereka dengan selamat.

Soal keselamatan dan kebajikan murid di kawasan persekitaran sekolah  adalah di bawah tanggungjawab guru-guru. Namun bila dah keluar dari kawasan perkarangan sekolah, tugas dan amanah tersebut akan diambil alih sepenuhnya oleh pengawal keselamatan mahupun pengusaha bas sekolah  yang telah diamanahkan.


Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #14 | THE NOTE

SAMSUNG Galaxy Note


Pandai beli,
Guna tak reti. 
(",) xoxo

Tuesday, January 10, 2012

Murid dan CUTI SEKOLAH


Pada suatu pagi yang ceria, cikgu Zuhaidah bertanya kepada anak-anak murid Pra Sekolahnya yang comel mengenai destinasi percutian mereka bersama keluarga semasa musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Murni, pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi ke mana ?

Murni : Saya nak balik kampung atuk saya di Semporna.

Cikgu : Kamu Siti?

Siti : Saya dan keluarga akan mendaki Gunung Kinabalu.

Cikgu : Kamu Ali?

Ali : Saya teringin nak pergi 'Bulan' la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ali.

Cikgu : Ali, kalau nak pergi ke bulan kena jadi angkasawan dulu ya. 

Ok, kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam pun menjawab…

Adam : Saya nak pergi ke 'Matahari'

Cikgu : Adam… matahari kan panas mana ada manusia pergi sana….

Adam : Saya akan pergi malam cikgu…. 

Hehehe (",)

p/s: Watak dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. ekekeke

Monday, January 9, 2012

Perhimpunan 901


Salam buat semua. Hari ini '901' atau lebih jelas dengan nama panjangnya '9 Januari'. 


Pagi tadi ketika ribuan penyokong pembangkang berarak meraikan 'demo 901' di hadapan mahkamah jalan Duta Kuala Lumpur, sekolah-sekolah seluruh negara juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sesi perhimpunan sekolah yang lazimnya diadakan pada setiap hari Isnin. ekekeke. Yaa, hari Isnin kan 'morning prayer' untuk semua para pekerja. Hari permulaan yang penuh semangat dan keceriaan untuk bekerja. xoxo (",)

Alhamdulillah, perhimpunan sekolah hari ini adalah yang pertama kali diadakan untuk musim baru persekolahan sesi 2012. Cuaca yang baik, seceria senyuman kesemua warga sekolah SKBPT. 

Agenda perhimpunan sulung kali ini dihiasi dengan acara perlantikan para pengawas dan ketua-ketua darjah setiap kelas. Turut menghiasi majlis  adalah sesi perkenalan dengan dua orang guru yang baru berpindah ke sekolah ini.

Selamat datang ke SKBPT ye cikgu. Mohon maafla, tak berapa nak ingat nama dua orang cikgu baru ni. ekekeke. Maklumlah masih baru, lagipun kalau terserempak hanya sempat menggelar mereka 'kakak' @ 'cikgu'. 

Okkey lettewww kan.. (",)

Apa pun, semoga kita semua warga sekolah menjadi satu pasukan yang bersemangat untuk menjayakan Visi dan Misi sekolah. (",)



Friday, January 6, 2012

Gen2Merah BLOG PILIHAN TERBAIK HasrulHassan 2012

Saya masih ingat masa mula-mula menjinakkan diri dalam penulisan blog pada awal tahun 2010 dulu. Tiada langsung pembaca apatah lagi pengunjung setia. Sebab dulu saya hanya syiok sendiri menulis diari sorang-sorang. Hehehe (",)

Itu sebab entri mengarut saya mula-mula dulu langsung sunyi sepi sebab tiada pengunjung yang sudi nak komen entri-entri saya. Wkwkwkw (",) 

KLIK SINI untuk sejarah Gen2Merah

Alhamdulillah, bila dah selalu komited untuk belajar menulis setiap masa di sini, kawan-kawan alam maya pun makin ramai. Syiok plak hidup dalam komuniti blogger ni. Terasa macam hidup dalam dunia maya yang sukar dibayangkan. Hahaha (",). Terima kasih buat sahabat-sahabat alam maya yang sudi jadi peneman..

Alhamdulillah, blog merapu kini naik setapak lagi. Gen2Merah pun dah mula mendapat tempat di mana-mana carian. Hehehe. Perasan sebentar. :P.

.....................

gen2merah.blogspot.com | Blog Pilihan 2012


Terbaru Gen2Merah menjadi pilihan terbaik seorang blogger terkenal masa kini iaitu HasrulHassan.com. Memang terkejut juga, kerana bagi saya ianya satu kebanggaan dan penghargaan bila blog menjadi perhatian lebih-lebih lagi yang menghargai itu datangnya daripada seorang blogger femes emes

KLIK SINI untuk link ke entri gen2merah.blogspot.com | Blog Pilihan 2012'

Terima kasih banyak-banyak buat bro Hasrul Hassan atas penghargaan ini. Insya Allah saya akan cuba rajin-rajinkan diri untuk menerjah blog hebat tersebut setiap masa. Heeee

Sebelum ini blog Gen2Merah juga pernah mencuit pilihan blogger-blogger terkenal seperti di bawah ini.

Ben Ashaari- Blog pilihan


Terima kasih banyak-banyak buat semua. Salam persahabatan dan salam ukhuwah antara kita

Yours truly,

Thursday, January 5, 2012

GURU sentiasa jadi perhatian



Minggu awal persekolahan ini sedang berlangsungnya Program Transisi untuk murid-murid Tahun 1 sebagai pendedahan awal kepada anak-anak ini untuk menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah

Turut sama hadir sudah tentunya ibu bapa yang menemani anak-anak  kesayangan mereka sejak awal pagi. Anak-anak yang dibelai penuh kasih sayang, sudah pastinya ingin mengharapkan didikan dan bimbingan yang terbaik daripada guru-guru di sekolah.

Bila perhatikan gelagat ibu bapa ni, teringat plak saya dengan luahan guru-guru yang semakin popular kebelakangan ini. (",)

"Ibubapa sekarang tak sama macam dulu. Anak kena jentik sikit ibu bapa dah melenting salahkan guru".

Hehehe. Yaa, itu sudah semestinya. Bagi saya, ibu bapa zaman sekarang jauh lebih matang berbanding ibu bapa kita zaman dulu. Dahulu apalah sangat, ibu bapa rata-ratanya terdiri daripada 'masyarakat kampung' yang hanya mengiyakan apa saja perlakuan guru terhadap anak-anak mereka. Ajar, didik, bimbing dan denda sajalah anak-anak mereka jika nakal,  asalkan jangan kasi mati cukuplah.. :D

Tetapi zaman sekarang jauh lebih berbeza. Ibu bapa kini rata-rata lahir daripada masyarakat yang serba moden dan lebih berfikiran matang. Bukan yang hanya menjawat jawatan profesional, malah mereka yang bekerjaya sebagai nelayan sekalipun  boleh 'melenting' jika anak-anak mereka tidak diajar dengan betul oleh guru-guru mereka. 

Seorang guru sendiri pun, pasti akan panas telinga jika anak-anak mereka didenda oleh guru lain tanpa alasan yang munasabah.

Itulah cabaran pendidikan masa kini. Guru-guru kena bersiap sedia bukan hanya dari segi jasmaniah, malah rohani dan intelek juga perlu diasah sebaiknya agar bersedia menghadapi cabaran alam persekolahan yang seringkali dianggap 'mudah' oleh mereka-mereka yang memandang remeh kerjaya pendidik ini. (",)

Maaflah, saya ni pun apa kurangnya. Buat post 'nasihat' sana sini, padahal diri sendiri pun bukan sesempurna mana. Ekekee. Masih banyak kelemahan. Ya, saya masih guru yang masih belajar nak jadi cikgu yang sebaiknya. Mohon maaf andai ada yang terkurang ya. (",)


Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday #13 | BARU

Segalanya baru...


Istimewanya hari pertama musim persekolahan. 
Pagi ini murid-murid kenakan pakaian sekolah yang paling cantik, paling bersih, paling kemas dan tampak putih berseri dengan senyuman yang meleret-leret (",)


Tuesday, January 3, 2012

PENSIL dan PEMADAM


PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya, awak selalu tercedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di sisi untuk membetulkan segala kesilapan saya. Setiap kali awak memadam, selagi itu lah awak semakin mengecil dan kehilangan sebilangan dari diri awak.

PEMADAM : Takpe, saya langsung tidak kisah pun tentangnya. Kerana saya memang diperbuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu saya pasti akan hilang, namun jauh dari sudut hati, saya tetap berbangga dengan kerja saya ni. Jadi jangan la risau sebab saya tak mahu tengok awak bersedih...

Sumber copy paste: Jom Berdakwah di FB

Moral of the story: 

Watak 'Pemadam' di atas boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita, atau mungkin juga guru-guru kita. Kenangilah jasa-jasa dan  pengorbanan mereka.

Monday, January 2, 2012

Banyaklah ko punya AZAM


Hari ini masuk hari kedua untuk tahun 2012. Tapi situasinya tetap sama saja dengan hari dan tahun sebelumnya. Saat yang sama, minit yang sama, juga suasana seharian yang sama. Langsung tiada aura dan perbezaannya. Mendatar ja. Yang berubah pun hanyalah sekadar nombor dan angkanya. (umr sy meningkat 1 angka lagi.. uhuk uhuk)

"Di sini jugalah kita duduk termenung, dan di sana jugalah kita dengan perangai berkarat kita sebelumnya." 

Lihatlah macam saya. Semalam saya berazam penuh semangat untuk kembali ke sekolah dengan azam yang baru. Tapi pagi tadi saya 'keasyikan tidur' sehinggakan saya terlepas untuk hadir dalam mesyuarat awal tahun sekolah. Wakakaka. Abislaa (",). 

Konon-kononnya tahun ni nak jaga pemakanan. Tapi melantak juga 3 pinggan nasik sebentar tadi. ekekeke.(",). Itu namanya azam-azam 'taek kucing'. Ini baru masuk hari kedua. Esok-esok entah macam mana agaknya... xoxo (",)

Sepatutnya sebagai seorang Muslim, perubahan itu patutnya dah lama kita mulakan sejak Awal 1 Muharram lagi. Saat itulah kita membuat penghijraan diri ke arah yang lebih baik dengan usaha dan komitmen yang jitu. Bukan hanya laung-laungkan azam 'yang hangat-hangat taek ayam' menjelang tibanya musim yang baru. (",)

Lagi satu, untuk perubahan yang sempurna, perlunya kita lawan dua musuh utama dalam diri. Musuh itulah sikap MALAS dan NAFSU yang sentiasa mendorong kita ke arah kemusnahan diri. Memang payah sebenarnya kan. Insya Allah dengan jihad dan semangat, segalanya akan pasti dipermudahkan. (",)

Gen2Merah: Sejak dari dulu lagi sikap 'malas' sudah jadi sebatian yang melekat dalam diri... alalala.. (",)



Sunday, January 1, 2012

Gen2Merah 2012


1.1.2012. Di saat mereka semua bergembira meraikan kedatangan tahun baru 2012 dengan azam baru dan dentuman mercun sana sini, saya masih duduk terlopong sambil membuka kembali entri-entri lama Gen2Merah yang pernah saya nukilkan sejak tahun 2010 sehinggalah ke hari ini.

Buka, baca dan tutup entri-entri lama ini, baru saya sedar betapa banyak kelemahan dan kegagalan dalam berkongsi tentang sesuatu. Saya akui saya sendiri pun memang malu nak baca satu persatu penulisan lama ini. Bila dah matang tentang sesuatu perkara, barulah kita terfikir mana yang perlu dikongsi, dan mana yang perlu kita simpan sebagai kenangan untuk diri sendiri. Tak perlu lah nak dedahkan apa saja hal yang remeh temeh.

Saya memohon maaf andai ada penulisan-penulisan selama ini yang pernah menyinggung kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang pernah kena tempiasnya. InsyaAllah persediaan 2012 akan lebih berhati-hati dalam menulis. Segala nukilan tentang gossip, cacian atau apa saja yang kurang entri yang kurang berfaedah akan di delete satu persatu dari laman usang ini. Insya Allah (",)

Terima kasih kepada mereka yang sudi menegur dan saling ingat memperingati sesama kita. Saya mengaku sejujurnya yang saya memang tak pandai nak menulis. Terima kasey daun keladi (",)

Selamat tahun Baru 2012... "Saya tak sabar nak datang sekolah..... lalala"

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...