G2M Superfriends

Monday, September 10, 2012

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR 2012


Tiada dorongan yang paling berharga dalam diri selain daripada sokongan dan restu daripada ibu bapa mahupun doa harapan daripada guru-guru yang mengajar. 

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat ini merupakan satu medan  kepada murid-murid tahun 6 sebagai persediaan menghadapi UPSR 2012 yang bakal berlangsung pada 11 hingga 13 September ini. Semoga doa restu dan harapan guru-guru dan ibu bapa akan memberi dorongan perangsang kepada anak-anak didik ini untuk lebih cemerlang dalam perjuangan ini.

Semoga berjaya dalam peperiksaan UPSR 2012.

KLIK SINI untuk gambar-gambar yang menarik

Ilmu itu pelita hati,
Wajib dituntut setiap  hari,
Wahai teman marilah berjanji,
Tuntutlah ilmu hingga ke mati.

Membeli roti di kedai Hajar,
Ambil sekeping disapukan kaya,
Kalau kita rajin belajar,
Sudah tentu akan berjaya.

HADAPI DENGAN SENYUMAN

37 comments:

dee said...

selamattttttttttttttttttttt :P

sal ya said...

esok dah start periksa adik2 kita ni.

IntaNBerliaN said...

tingat sy zaman sek dulu... g sek buat solat hajat.. mmg nak exam berdebar2lah jwbnya...

pe2 pun good luck utk semua adik2 yg bakal ambik exam upsr :-)

Cikgu Ma said...

adik bongsu pun amik upsr tahun ni...harap2 dia dapat buat yg terbaik...

xamthone plus said...

subhanallah,,,,teruskan adik2 kecil ku,,,

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam.Semoga semua anak2 murid berjaya dlm exam PMR ya.Aminn

Rapunzeel Cikilolo said...

good luck!

Knor said...

inyaallah,mudah-mudahn mereka berjaya..

p/s terima kasih komen n3 hari ni..terpaksa delete,ada masaalah teknikal..

Kakzakie said...

Semua murid tahun 6 akan menduduki UPSR esok. Ibu-bapa-guru semua turut merasakan debarannya.

rieda_ffya said...

semoga anak-anak murid cikgu selamat menempuh UPSR dengan baik dan jayanya,,

KY said...

semoga mereka semua berjaya dengan cemerlang aamiin

MamaEma said...

muga anak-anak murid sekolah cikgu tenang hati dan dapat menjawab soalan dengan mudah...

Rai said...

semoga mereka semua cemerlang.. teringat zaman sekolah dulu.. setiap pagi sebelum mula pelajaran kami baca yassin dan bila nak dekat upsr ada solat hajat mcm ni..

JunAina said...

Cikgu...akak Jumaat minggu lepas hadiri majlis solat hajat untuk anak yg akan menghadapi UPSR esok. Alhamdulillah kerjasama ibu-bapa dan guru2 sangat baik.

JunAina said...

Cikgu...akak Jumaat minggu lepas hadiri majlis solat hajat untuk anak yg akan menghadapi UPSR esok. Alhamdulillah kerjasama ibu-bapa dan guru2 sangat baik.

ieda said...

semoga pelajar2 ini akan lebih cemerlang diiringi doa cikgu2 dan kami semua .. ;)

NUR said...

Selamat berjaya..

LiYa HaNiF :: said...

semoga mereka dapat menjawab soalan dengan mudah... ^_~

Nisa Greennnpanda said...

gud luck utk diorg yg bakal amik UPSR.. hehe..

salam dil.. tue la, lame xjenguk sni gak..hehehe... salam aidilfitri.. XD

ieja amieja said...

semoga dipermudahkan semasa menjawab soalan semasa exam nnt..

Dkna Abza said...

good luck tuk adik2 semua..biasanya kalau exam maka ayah yang paling risau..

sekejap jer masa berlalu, macam baru jer lepas amek exam upsr..

dwaty said...

semoga berjaya...

aimaniman said...

anak didik yg periksa cikgu yang seram sejuk kan... doa cikgu x pernah putus..

jom baca entri yg busuk.org sekat

mmg org malaysia ni mudah menggelabah ke dengan hanya baca tajuk?

Harap2 anak2 murid kita cool dan baca keseluruhan cerita bukan takat tajuk jer...

Rain said...

selamat mengharungi upsr dengan jayanya semua pelajar yang mengambilnya di malaysia!

sebelum peperiksaan masa untuk berusaha bersungguh-sungguh.

tenang ketika menjawab soalan dengan berdoa penuh harap pada Allah. selepas menjawab kita bertawakal.

apa pun keputusannya kita sudah buat yang terbaik. redha dengan segalanya.

semoga ibu bapa beri sokongan padu

Iffah Afeefah said...

patut solat utk sy skali

nk upsr la katekan haha

etuza said...

6hb sept malam jumaat kami jg ada solat hajat dan bacaan yassin. Anak ke 5 etuza ambil upsr semoga berjaya ya GM

whitecappuccino said...

semoga berjaya semua ya..

3no gr33ny said...

semoga semuanya berjaya =)

cimöt said...

selamat maju jaya yaaa adik2...

Atiqah Wadiah said...

semoga b'jaya kpd calon2 yg m'duduki UPSR :)

faridah nazurah said...

teringat zaman masa nak amik UPSR dlu. punyalah takut nak masuk dewan tu. dah tu asyik berpeluh2 walaupun dok bwh kipas. haha

Masz Sidek said...

selamat berjaya untuk budak2 yg ambil upsr hari ni... jawab soalan tu baik2 yer.. :D

Marya Yusof said...

As salam,

Hola Cikgu! Sebagai cikgu mesti berdebar2 bila anak2 didik nak amik exam kan... Semoga berjalan lancar semuanya... Harini hari ke-3 periksa kan... cikgu jaga exam kat mana? :)

Puan Kutu said...

selamat hendaknya anak2 murid cikgu dan semua calon2 upsr..:)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah..selesai sudah
=)
done

Ain Dzaya said...

gudlak adik2 semua ^^


Ain Dzaya:Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...