G2M Superfriends

Friday, September 7, 2012

Fenomena PUTING BELIUNG

Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. 
-Wikipedia -


Fenomena Puting Beliung yang berpusar di atas laut beberapa kali berlaku di pemandangan sekolah kami (SK Batu Payong terletak berhadapan dengan laut). Pada hari Selasa lalu selepas sahaja berlakunya hujan ribut, telah terjadinya fenomena Puting Beliung di atas laut yang memukau pandangan mata. Fenomena ini telah disedari oleh beberapa orang murid semasa waktu rehat sekolah. 

Kesempatan yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk mengambil beberapa imej menggunakan kamera HP. Oleh kerana jarak yang jauh, maka imej yang dipaparkan agak kurang jelas. Apa yang penting saya dapat berkongsi fenomena yang jarang-jarang di lihat di negara kita. 

Jaraknya yang jauh sehingga imej yang dipaparkan tidak jelas. Namun fenomena ini tidak mendatangkan bahaya kepada warga sekolah mahupun penduduk kampung di sekitarnya kerana pusaran berlaku di tengah-tengah laut.

Kelibat beberapa orang murid yang cuba melihat fenomena ini dengan lebih dekat sebelum disuraikan oleh guru-guru.
Paparan anak panah menunjukkan imej yang lebih jelas tetapi sedikit kabur. (",)
Subhanallah. Allah Maha Besar. 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orangorang yang berakal.
- Ali Imran 3: 190 -

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”                                                                                                               
- Ali ‘Imran 3: 191 -


HADAPI DENGAN SENYUMAN

32 comments:

lynn kamarul said...

subhanallah.... yg ni kiranya puting beiung kecil je kan cikgu

dee said...

uuuuuuuuu......

sk tepi laut?

:: Mrs.Eady :: said...

SubhanAllah ~

the malay male said...

Subhanallah, nasib baik x naik ke darat

ieda said...

subhanallahhh semakin banyak kejadian alam yg allah nak tunjukkan .. semoga kita sentiasa mendambakan diri ke jalan yg diredhai allah ..

Rapunzeel Cikilolo said...

memang selalu jadi kat tepi laut pun. subhanallah

Aien Alien said...

subhanallah.

nampak2...sekolah dekat tepi laut ya? malam tadi hujan angin ribut dekat kawasan rumah...sekarang cuaca agak menakutkan sikit.

fiza said...

Subhanallah.

Masz Sidek said...

walaupun nampak kecil... tp bila berlaku kat kawasan penempatan mesti kesannya besar...

Mayang ABDUL RAZAK said...

subhanallah .. seram lak menengoknyer..

[sutera kasih] said...

Subhanallah...xpenah lg tgk fenomena cmni depan mata..

selamat hari raya cikgu :)

[PCL] said...

'Anak' puting beliung selalu je sy nmpk..hehe, kat tepi jlnraya bila kenderaan besar berselisih.. :)

anitadiana said...

pernah tengok juga cikgu..nasib baik tak ada apa-apa yg berlaku...kat bebudak tu..

Iffah Afeefah said...

teringin nk duk tepi laut

best

Mak Wardah said...

Cikgu, bestnya sekolah cikgu tepi laut. Unik kejadian tu...thanks for sharing

MamaEma said...

SUBHANALLAH.. anak-anak murid teruja nak tgk..tp tentu ada perasan cemas dihati

aizamia3 said...

peluang yang jarang orang lain dapat saksikan..

Knor said...

sunhanallah..menakutkan,di sana sering terjadi fenomena puting beliung..tanda2 akhir zaman..kah?

Papa Mifz said...

PM pernah saksikan puting beliung kat atas laut semasa pergi bercuti ke Langkawi bbrp tahun dulu...

IntaNBerliaN said...

selalu tgk dlm tv tu mcm menakutkan je.. bertuah ckgu dpt tgk puting beliung ni dpn mata.. pasti akn timbul keinsafan dlm diri kita kan..

KY said...

subhanallah.....tapi Alhamdulillah, tak ada apa2 yg tidak diingini berlaku

TF said...

subhanallah...takut tengok..moga dilindungi

♥ Nana BamBam ♥ said...

Allahu rabbi . . masya'Allah . .semoga terselamatlah dari bencana alam. amin.

sal ya said...

subhanallah...

Dkna Abza said...

dulu dkna pernah tengok puting beliung nie..memang takot sangat dengan kuasa Allah..

aimaniman said...

oooo tentu macam2 pemandangan cantik dan fenomena alam dapat dilihat kan,.. untungnya sekolah tepi laut,.. tapi seram juga sebab puting beliung ni x membahayakan nyawa ker...

Puan Kutu said...

Subhanallah..seram juga ye bila terjadi fenomeno puting beliung cmni

Omu Rice said...

subhanallah...menakotkan...angin kuat...

Rain said...

allahu akbar! kerdilnya manusia sebagai hambaNya..

ch000tz axoera ヅ said...

Subhanalllah....

Ain Dzaya said...

ain ta pernah tgok puting beliung depan mata ..subhanallah


Ain Dzaya:Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

chemay said...

dulu ad dengar cakap.
malaysia terselamat dari puting beliung ni.
tapi sekarang.
dah banyak pulak fenomena ni berlaku kann.
astaghfirullahalazim
:'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...