G2M Superfriends

Saturday, June 2, 2012

"Pay You First"



Saya tertarik dengan entri seorang sahabat mengenai perancangan kewangan  yang dtulis oleh sahabat anitadiana (http://duniaanita74.blogspot.com/) dalam entri yang bertajuk "Seminar Bijak Mengurus Wang~Puspanita: De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya". [KLIK SINI].

Antara bijak kewangan yang diterangkan dalam entri itu ialah "Pay You First".

Apa itu  "Pay You First" ?? Ya, konsep ini adalah konsep perancangan kewangan peribadi yang bagi saya amat efisyen. Selalunya bila kita ingin bajet sesebuah perbelanjaan pendapatan bulanan, wajib untuk kita bayar segala hutang piutang dan bil-bil bulanan terlebih dahulu kan. Selebihnya bolehlah kita buat simpanan untuk tabungan atau beli apa sahaja kehendak yang kita nak.

Tapi dengan  "Pay You First" , duit gaji kita akan bayar dahulu untuk diri sendiri sebelum kita bayar benda-benda lain. Maksudnya, sebelum buat pembayaran dan perbelanjaan lain, tabungan untuk diri kita utamakan dahulu. Tak kira lah berapa jumlah pun, asalkan kita mampu untuk disiplinkan diri untuk buat simpanan terlebih dahulu.

Dalam kata lain, "Pay You First" adalah salah satu kaedah untuk mendisiplinkan diri dengan menyimpan dan menabung dengan cara yang baik.

G2M----> Bulan depan saya nak cuba. Jommm. (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

28 comments:

Ayuni said...

erm, ok jugak...sye x tau sgt sbb sye x de gaji.....

Iffah Afeefah said...

cikgu dil kalau berjaya gtau sy k

hahaha

Adylia Qarissa said...

maksudnya kita 'tarik' awal2 untuk simpanan kita sebelum setel bil api air tepon??

~Sweet Honesty~ said...

aikk cikgu..baru nak cuba ke?? hihi

pena rozie said...

nak cuba jgk la....

Aien Alien said...

petang bang... :D


nak cuba jugaklah...tapi bulan depan, bulan ni dah tolak itu ini..ngeee

tunz said...

tq for sharing

aizamia3 said...

hehehe.. ai tak cuba-cuba lagi..

delarocha said...

tips yg menarik..boleh cuba nnt

maszull said...

assalamualaikum cikgu dil...memang menarik n nak cuba la tips mcm ni...:)

anisalya said...

akak dah start bulan ni. kena konsisten. nak tgk jugak berjaya atau tak. hehehe...

ahsfantasy24 said...

jom sama2 cuba
bayar diri sendiri dahulu ;D

etuza said...

jom berjuang untuk berjimat cermat..
GenM..bagus entry ya..

cinnamon.com said...

setuju..

p/s sebenarnya n3 ayam panggang tu terpublish..lama dah tu..dlm resepi

IntaNBerliaN said...

slmt mencuba cikgu :-)

Nur-nba said...

Terima kasih atas ucapan yg diberi..

Selamat mencuba..

AmirFX said...

Nak try gak ler nanti...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

saya takde gaji tp saya ada tabung... sy kn surirumah.. bila nak basuh pakaian tu dlm poket suar asben mesti tertinggal duit.. x kira la syiling ke duit kertas ke. duit2 tu semua masuk tabung. :D

MulutPayau said...

ok jugak tu..akak pun nak cuba jugaklah..harap2 berjaya..

Cikgu Ma said...

semangat nak buat saving ni...buat saving tuk kawen ke cikgu...hehe

Zul n Azizi Boarding Pets said...

Assalamualaikum Gen2Merah..

Wah best entri ni...memotivatisakan untuk diri kita sendiri kan...Kami sokong sepenuhnya...bayar untuk diri kita sendiri terlebih dahulu dari kita membayar hutang piutang....Yang senang nanti diri kita bukan orang lain kan...hu3

BTW, kami singgah baca & follow blog Gen2Merah...Jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni tau...TQ :-0

www.mylovely-cats.blogspot.com

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

penah gak nk buat byr utang dulu..tp x bolehla sbb duit jd negatif cemano haha

MamaEma said...

INSYAALLAH,nak try cara ni..

anitadiana said...

betul tu cikgu..sama-sama lah kita cuba bulan ne nanti...he..he

~SaL IjOu~ said...

mau cuba juga.jom!~ ^^

Che Rosliza Che mat said...

boleh cuba nanti...tq for sharing...

9n0L4 said...

niceee. slalunye org msti dulukan blanje utk bil² kan. :)

Dylla Abas said...

hmm..bagus juga ni..tapi memang kena disiplin la bila nak mulakan benda ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...