Bagi saya, bukan mudah rasanya untuk memberikan hadiah kepada seseorang yang berlainan jantina ni. Lebih-lebih lagi orang yang kita nak hadiahkan itu merupakan seorang yang berpengaruh, dihormati dan lebih veteren daripada saya. Itulah situasi yang saya alami semalam ketika seharian pusing bandar hanya untuk mencari sebuah hadiah yang sesuai. Pusing sana, naik sini akhirnya hadiah yang dicari-cari langsung tak terbeli.. Hehehe. Bingung.
Memang betul la saya ni bukan seorang lelaki yang romantik.. Hihi
Insya Allah selepas persekolahan kelak, saya akan kembali semula ke bandar untuk mendapatkan hadiah yang telah saya fikirkan sejak semalaman. Terima kasih atas pandangan daripada rakan-rakan dalam status Facebook saya semalam.
Esok 16hb Mei merupakan Sambutan Hari Guru yang bakal diraihkan di semua sekolah serata negara. Salah satu aktiviti tradisi yang bakal memeriahkan sambutan ini adalah sesi tukar-tukar hadiah antara guru. Cabut-cabut undi, akhirnya saya mendapat nama seorang cikgu yang bagi saya memang seorang yang hebat di sekolah. Hehehe
Ya, anjur sendiri sambut sendiri. ehehehe. Itulah namanya Sambutan Hari Guru. Sambutan yang meriah untuk menghargai diri sendiri. Tak perlu rasanya untuk meraih simpati mengharapkan orang lain menghargai kita. Hanya guru yang memahami situasi seseorang guru. Inilah masanya guru-guru untuk menghargai sesama sendiri.


42 comments:
sambut kat mana2 pun tak apa asal hepi. best tu ada sesi tukar2 hadiah.
tukar hadiah? cerr bagi tasbih ke..hehe..mana org penah bg lagi kan...hehe
kain ela. pompuan mesti suka. dah dekat nak raya nih
salam en gen 2. hee :)
lama jannah tak datang komen tak sini. sihat ke? jannah cadangkan bagi hadiah tudung atau kain baju. sesuai la dengan peringkat usia dia :)
utk cikgu pompuan..yg sesuai ialah tudung, kain utk baju kurung, jam tgn, telekung(ini yg bagus..selagi mana dia guna kita dpt pahala)..brgn elektrik..mcm2 pun boleh
Malam tadi anak kakak dah menangis nak membeli hadiah utk cikgunya tapi kerana ada tuisyen kakak kata malam ini baru pergi...
Dia ada 8 guru yg dia sayang so kenalah beli 8 hadiah katanya...
Ouh, ade sesi tuka hadiah antara cikgu juga ye?
Selalunye, cikgu lelaki nie jdk kegemaran. Bukan sj anak murid tp cikgu len gak. Heheheh. Tol tak?
sek lama sy bt mcm ni gak.. di sek baru ni thn lepas n thn ni pun xbt mcm ni...AJK klb guru crikan sponsor, tp thn lepas hdiahnya tah ape2...thn ni th ape lak...
Kita selalu terfikir2 bila nak memberi hadiah ni kan....tp selalunya bukan ukuran mahal murah hadiah itu jd keutamaan...Yg penting keikhlasan pemberian...
SELAMAT HARI GURU, cikgu gen2..Jasa kamu mendidik anak2 bangsa sangat mulia...Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kamu....
As salam Cikgu,
Selamat Hari Guru! Ucapan in advance... Kalau tanya saya biasanya org perempuan ni kalau nak hadiah bknnya memilih sgt pun, lg2 yg senior tu... Rasanya semua benda pun dia dah ada kan... kalau bg chocholate pun dah sgt happy rsnye... takpun bg kerongsang (brooch) ke... ok jugak! hehehe :)))
Biasanye cikgu lelaki ni jd penyeri...sebab xramai guru lelaki, betul tak cikgu Jumadil...?? :)
Selamat hari guru...
Kalau bagi keronsang pun ok gak... hehehe cuma cadangan jer..
itulah namanya hari syok sendiri..hehe
Selamat Hari Guru!
selamat hari guru... erm... bgs gk tukar2 hadiah tu, y ptg ingatan tulus ikhlas kan...
best nye ada acara tukar2 hadiah ni..bertuah kan jadi cikgu bila dihargai macam ni :)
wah bestnya..kmi pn mo hadiah jg ^^
tahun ne kami xda pla buat aktiviti tukar2 hadiah..huhu.. cuma acara sukaneka n makan2 sajalah yg kmi buat..
selamat ari guru yer cekgu!
SELAMAT HARI GURU, .. kegigihan mu dalam mendidik tidak akan dilupakan...Jasa kamu mendidik anak2 bangsa sangat mulia...Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan cikgu....
apa-apa hadiah janji iklas...jambangan bunga pun ok juga..
selamat hari guru gen2..ada puisi khas untuk untuk adik akak ni, jangan lupa baca tau
hadiah untuk guru kelas dak Kakak dah ada tapi hadiah untuk cikgu2 yang mengajar mata pelajaran kelas dak Kakak tak sempat beli.. ralat rasanya..
selamat hari guru buat cikgu gen2... terima kasih cikguuuu!
kemeriahan tak penting. penghargaan lebih bermakna.kan.
bagi telekung ke. ok kan. hehe
selamat hari guru cikguuu!! ;D
best jadi cikgu...asal hari guru jer..confirm banyak hadah dapat...anak i dah mintak dah nak beli hadiah...
bestnye jadik cikgu kan..ade org celebrate..
PATUTLAH ANAK2 KAK ESOK TAK NAK PG SEKOLAH..SBB DIA KATA CIKGU AJE YG MAIN,BUDAK TGOK AJE..
YE LAH KAK BGTAU KAT ANAK,NI AJELAH MASA CIKGU NAK SERONOK2 PUN.
SELAMAT HARI GURU ..GURU JUMADIL.
Wah best,macam2 aktiviti ada.Selamat hari guru untuk cikgu..:)
seronok para cikgu dapat dihargai oleh ank2 murid ye..SELAMAT HARI GURU..
salam cikgu, anak2 dara sy dah beli hadiah2 utk hari guru diorang ..bajet lbh mahal sikit katanya sbb nk bg hadiah pd guru tersayang....kalau dah ada guru tersayang , apa jd guru yg kurang disayangi nih cikgu?, so kena tgk pada hadiah yg cikgu2 dapat dari anak2 murid lah ye...patutkah ? memang nak bg semua guru mana mampu kan...sekadar teringatkan masa sy sekolah dulu..hehe, tp tak bg pon kat cikgu2, takut ada yg berkecil hati x dapat..hah! alasan sy tu..
Semalam dalam keletihan balik kerja sempat juga melayan anak2 keluar membeli hadiah sempena hari guru esok. Anak yang besar berderet2 hadiahnya almaklumlah dah besar dan dah pandai berfikir sikit berbanding adik yg masih kecil.
Malam nie baru akak nak shopping hadiah Hari Guru untuk anak akak. Kalau nak nampak grand kan cikgu, boleh jer hadiahkan pinggan mangkuk ke, tea set ke, periuk non stick ke...heheheheheheh. Kotak besarrr tu...
@[PCL]
salam sahabat PCL.. ya, soal seseorang guru itu dapat hadiah atau tidak sebenarnya bukan lah ukuran... rasanya tiada istilah guru2 utk berkecil hati..
Kerana jiwa murid2 itu selalunya tulus, ikhlas dan jujur..
murid2 lebih cenderung utk menghadiahkan sesuatu kepada seseorang guru yang lebih berkesan di hati mereka..
Sambutan hari Guru tahun lalu saya langsung tak dapat hadiah sebijik pun daripada murid2 melainkan hanya kad2 ucapan yang ditulis sendiri..
memang mula2 nampak terkilan, akhirnya saya sedar betapa perlunya seseorang guru untuk menjiwai hati murid di samping mengajar dalam kelas..
Guru yang baik, adalah guru yang mampu memberi kesan yang mendalam ke atas perubahan anak-anak didik mereka..
assalamualaikum cikgu dil...wah seronoknya acara bertukar2 hadiah ni pasti cikgu dpt yg best nyer kan...
selamat hari guru cikgu dil...:)
meriah sambutan hari guru di sekolah sahabat..seronok sangat =)
susah jugak ni cikgu.. nk bg hadiah apa yer... emmm kalu bg pasu pun ok kot.. alaa pasu yg jenis buat perhiasan dlm rumah tu...
Selamat menyambut hari guru! Lama gak dah meninggalkan alam persekolahan.. Dulu2 biasa bagi bekas bunga jer untuk cikgu2.. Tak kira cikgu perempuan ataupun cikgu laki2.. haha..
xromantik takpe cikgu
bole blaja
datang lawat cikgu lagi...=)
memang sebuk cikgu...risau saya nak exam x lama lagi...tapi x sempat nak hadam semua modul...minggu ni sebuk dengan hari guru...then nak buat persiapan Kem bestari solat minggu depan..asgmen kissm pun kena siapkan...sakit pala dah saya ni...mana dengan sakit hati lagi..haha
selamat hari guru..moga terus semngat mendidik anak bangsa..tak terbalas rasanya jasa guru..best jugak tukar hadiah ek..
jam kat rumah tepat jam 12 malam. So akak jadik org pertama yg wish "Selamat Hari Guru" buat gen2 merah :D
Selamat Hari Guru
bagi tudung saje=)senanag.benda yang dipakai setiap hari.kalau melayulah.
Post a Comment