G2M Superfriends

Thursday, May 17, 2012

Majlis Sambutan Hari Guru SK Batu Payong 2012

'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'


Riang Ria Warna Warni
Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat
SK Batu Payong
2012

-Padang Sekolah-



Agenda:

1. Nyanyian lagu Negaraku, sabah Tanahairku
2. Nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia'
3. Ucapan Hari Guru daripada Wakil Pelajar tahun 6
4. Ikrar Guru yang diketuai oleh Guru Besar
5. Acara senamrobik oleh guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan

6. Acara Sukaneka
- Isi air dalam botol
- Tiup Tepung
- Cari bola sambil mata tertutup
- Pecah belon lawan
(Kumpulan Merah)
(Kumpulan Biru)
(Kumpulan Kuning)
(Kumpulan Oren)

7. Acara Bertukar Hadiah antara guru-guru

8. Jamuan makan tengahari.

Majlis yang sederhana tapi meriah. Itulah gambaran Hari Guru 2012 yang dijayakan di sekolah saya semalam. Tinggalkan dahulu tekanan kerja sekolah yang berlambak. Pagi 16 Mei semalam guru-guru, staf sokongan dan murid-murid bersama-sama mengukir senyuman untuk menjayakan aktiviti-aktiviti sukaneka yang menarik untuk hiburan bersama.




























Lebih banyak gambar sukaneka [DI SINI], [DI SINI]

Dapat di rumput bilang-bilang
Menghisap bunga dengan mayang
Hati cemas menjadi hilang
Perut lapar menjadi kenyang

Terima kasih warga pendidik SK Batu Payong. Sesungguhnya 16 Mei ini lah wadah untuk semua guru-guru mengembalikan semangat dan karisma yang tinggi di samping menjalinkan ikatan ukhuwah silaturrahim dengan lebih erat sesama kita.

Moga kita berjumpa lagi Hari Guru tahun hadapan.

p/s: Sambutan Hari Guru 2011 di sini----> [KLIK

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~


45 comments:

IntaNBerliaN said...

wah bestnya.. meriah tu.. siap cikgu2 pun main.. :-)

fizafantagirO said...

meriahhhnya ,
SELAMAT HARI GURU kpd Gen2Merah :)

Jasa seorang guru tak terbalas .

tak de cikgu , tak pandai kami :p

Cik Diana said...

wah. bestnya. selamat hari guru cikgu. ;)

Aziela said...

Waahh..meriahhhhh... Memang nampak keriangan di sana sini. Untuk lebih meriah next year kan cikgu, apa kata setiap cikgu pancing anak2 murid untuk jadi cheerleader mereka? Cikgu2 kena kempen sebelum hari guru untuk tarik seberapa ramai anak murid untuk menjadi penyokong mereka. So, secara tak langsung, merapatkan silaturrahim anak murid dengan guru serta sesama anak murid juga...

Pok Amai-Amai said...

Meriahnye event Hari Guru. Ms sy skolah dulu, klu ade event Hari Guru, mst ada lori Mc D dgn Milo dtg bg free kat bdk2. Weeee~

Bestnya jadik budak skola. Hahahah!

Kakzakie said...

Seronok kakak tengok gambar-gembar - nampak meriah sangat. Mungkin itulah juga yg anak kakak rasa sebab sebaik kakak balik kerja banyak cerita disampaikan dgn airmuka ceria...

Sentuhan cikgu-cikgu membuat anak-anak gembira.

eiyja said...

selamat hari guru..! :D

intan_blur said...

slm cikgu..selamat pagi.. ;)
meriahnye smbutan hari guru kat situ..smoga semua cikgu yg beragama islam..sntiasa dirahmati.. ;)

~ yus ~ said...

meriah nampaknya sambutan hari guru di sekolah cikgu ya. Seronok tengok!

Elysa Sofia said...

Game isi air dalam botol mesti ada kan.hehe selamat hari guru :)

anitadiana said...

meriahnya cikgu..seronok tengok...

Pen Biru said...

teringat masa form5 dulu..hari guru, cikgu2 semua duduk relax aje..kitorg students yg arrange smua..semua psmbahan, students yg buat..dan cikgu2 jd tetamu..best nya masa tu

Mrs Lurve said...

tingat pulak zaman sek dulu, rindu pulak moments tue

cheqna said...

dulu2...game bowling buah kelapa kompem ada =)

Iffah Afeefah said...

Mentang cikgu. Bahasa bombastik

kagum sebentar cikgu dil hehe

aizamia3 said...

memang meriah sangat2.. ;) happening..

Hanie Dew said...

memang betul sederhana tapi meriah la. dah lama tak main sukaneka ni.

cinnamon.com said...

hari gembira cikgu2 smlm ye..

semlm anak2 kak semua tak pergi sekolah..sbb skrg tgh exam..jadi mereka metelaah buku di rumah..kak gurunya..ganti guru2 yg sedang meraikan hari guru.

Rtp Farra Arisha said...

wah, meriah sambutannya! bagian yang paling seronok bila sambut hari guru adalah saat bermain sukaneka! i love see the teachers join in such sukaneka. :)

Kasih Salina said...

salam kenal..singgah n follow sini juga..meriahnya sambutan hari guru di sekolah cikgu..cikgu2 seronok dan anak anak murid pun seronok..selamat hari guru juga buat cikgu..

NOOR FATIN said...

meriahnyaa. betapa rindunyaa sambutan hari guru kat sekolah dulu2. huk huk

dee said...

Happy teacher's dayy!

:)

out of topic, cikgu ada migrain jugak?

Masz Sidek said...

meriah dan seronok sbb masa nilah anak murid dpt tengok gelagat2 cikgu2 mereka... hehehe :P

QueeN TerataI said...

teringat pula zaman sekolah dulu.. masa sekolah menengah dulu bila ada sambutan hari guru confirm Queen akan ambil bahagian untuk buat persembahan... rindunya kat sikgu2...

lieynanilaz said...

buat outdoor ya...bestlah sebab boleh mengeratkan silaturrahim...:)

Aien Alien said...

.:SELAMAT HARI GURU:.


meriah sambutannya...dibuat secara outdoor lagi bebas dan meriah, muka penuh dengan tepung tu siapa ek? HAHA. malam tadi cikgu ma msg suruh tengok muka abang gen2merah penuh tepung...gosip2..hihi

Dylla Abas said...

sy suka lagu Kami Guru Malaysia...2 mlm lepas masa sy saja nyanyi-nyanyi lagu tu, tiba2 terasa sebak..sedih mengenangkan guru2 yg dah lama sy tinggalkan..moga hidup mereka sentiasa dirahmati Allah selalu...

p/s : n to u too abang..may Allah bless u always (",)

aimaniman said...

rasanya hari guru lebih pada hari guru ss.. sebabnya, guru rangka aktiviti, guru kena jalankan aktiviti, guru pungut duit, guru buat jamuan makan2 sendiri, guru kendalikan acara sambutan, guru juga yg ambil bahagian, walaupun ada murid2 yg turut serta tapi tanpa cikgu yang bersusah-payah, Hari Guru tak mungkin dapat disambut,.. kesiankan cikgu...

Hanie Dew said...

thanks ya.tak harap menang. dpt listed pun dah syukur. saingan sgt hebat.fuuhh..

maszull said...

assalamualaikum cikgu dil...seronoknya sambutan hari guru kat sekolah cikgu...selamat hari guru ye...:)

Adylia Qarissa said...

Selamat hari guru dkna ucapkan dan tahniah kerana menjadi pendidik ;-)

Ayuni said...

meriahnye....

whitecappuccino said...

meriah sambutan hari guru kan? seronok!

Eera Shera said...

siap ada sukaneka lg tu..byk dpt hadiah x ckgu?

Ezad Skytech said...

nampak sangat2 meriah ni...cikgu2 pun join sukaneka..:D

TF said...

selamat hari guru..masa hari guru la dapat tengok cikgu-cikgu join acara sukaneka..huhu..memang berbakat.

AmirFX said...

Terkenang gak zaman kecik2 dulu sambut hari guru... Tiap2 tahun bagi pasu bunga kat guru.. haha..

anisalya said...

masa ni cikgu2 blh release tension kan?

anisalya said...

masa ni cikgu2 blh release tension kan?

anisalya said...

masa ni cikgu2 blh release tension kan?

Aida78 said...

wah banyaknya taniah ni cikgu boleh buka kedai pas ni...

MamaEma said...

semua cikgu sporting yer...seronok ada games camni

Jue said...

aku sgt suka hari guru sbb slalu terbabit dlm pape aktiviti diaorg buat ! rindu kenangan lama!!

PariPariPutih said...

owh happy belated teacher's day G2merah :)

OH MY ENGLISH!!!!! http://paripariputih.blogspot.com/2012/05/oh-my-english.html

Puan Kutu said...

meriah juga sambutan hari guru disekolah cikgu.masani la cikgu dan murid nak habiskan masa bersama.acara sukaneka tu best kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...