G2M Superfriends

Thursday, May 24, 2012

Kawan SEPERMAINAN

Dia la kawan sepermainan masa zaman kecil dulu. Dia jugalah teman membesar bersama. Tapi entah mengapa sejak akhir-akhir ini seakan ada jarak dan jurang antara kami. 

Sebenarnya masuk kali ini, dah hampir 7 kali kami terserempak di mana-mana. Setiap kali itu juga lah sapaan saya tidak berbalas, teguran saya tidak bersambut. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja si kawan ini selalu memaling muka jika terlihat kelibat saya. (",)

Lucu plak rasanya. Entah apa dendam kesumatnya sehingga jadi macam tu. Dia marah ke? Marah pasal apa? Dia merajuk ke? Merajuk pasal pa plak. Hahaha. Atau mungkin juga dia terdengar berita bukan-bukan pasal saya kawan-kawan lain. Aish, tergamak juga orang yang suka mengadu domba melaga-lagakan orang ni kan..

Lantak dialah. Janji dia puas hati dengan dunia dia, dan saya gembira dengan cara hidup sedia ada. Buat pa nak kusutkan fikiran. Saya pun banyak kerja lain nak buat. Yang penting saya dah cuba yang terbaik untuk menegur dan berbaik-baik. Kalau takda respon pa leh buat kan.

Betol tak.. hehe (",)


Kawan itu indah jika saling memahami dan maaf memaafi sesama (",)

36 comments:

~Sweet Honesty~ said...

kawan bukan seorang..ramai lagi yg boleh dibuat kawan..

Selamat pagi, cikgu..(^_^)

Aisy Nasiha said...

kecik ati bila org yg rapat bt cam g2... tapi kalau kita tak ada bt apa2 salah di dlm pengetahuan kita, biar aje lah dulu..lama2 sikit mesti tahu kisah sbenar..

Iffah Afeefah said...

Mgkin cikgu de rampas awek die x? Tgurla. Cube buat baik wlaupun org xkn layan

lme2 lmbutlah hati die

Lulu Caldina said...

mesti ada sesuatu yang tak kena ni..huhu

Pen Biru said...

adalah tu yg tak kena kat dia..bairlah..nanti dia malu sendiri

maszull said...

assalamualaikum cikgu ...mungkin ada sesuatu yg berlaku atau masalah yg lain kot...

cuba selidik dr teman2 yg lain mungkin akan dpt jawapan dr apa yg berlaku ini....setelah dpt n tahu masalahnya boleh lah dipulihkan kembali hubungan cikgu tu...

moga cikgu akan kembali berbaik semula dgn teman baik cikgu tu...

c'axoera ヅ said...

tgkkan kanak² ni teringat macam mana kita semua mula bertapak dari kecil hingga hari ni kan......what a life

Hanie Dew said...

aku faham perasaan tu. sbb aku pernah mengalami bende sama. takpela yang penting kita dah berniat baik.dah bg salam kalau takde respon apa bole buat =)

Kakzakie said...

Kakak rasa ada cerita tak baik yg dia salah faham... itulah masalah kerana tak mahu bersemuka... tak apalah cikgu..

anisalya said...

kalau dia tak nak ckp biarkanlah. ada enda la tu yg buat dia terasa. akan tiba masanya nanti dia akan buka mulut sendiri.

JunAina said...

Selagi tak berterus terang masakan kita tahu apa salah kita. Kawan yang baik adalah kawan yg sedia memaafkan.

Eye_nee said...

Hati dia tgh panas tu cikgu...Sabar jer dulu....tanpa sedar terkdg kata2 kita boleh melukakan...adu domba dari pihak lain juga mungkin menjd punca...Biarkan dia cool dulu...

Masz Sidek said...

inilah masalahnya dgn org kita... menilai tanpa menyelidik benar atau tidak... tak salah kalau terus bertanya daripada berburuk sangka... :'(

Mrs Lurve said...

sy pernah alami situasi nie, sedih n terkilan sgt..cuma mampu sabar dan berdoa, akhirnya Allah tunjukkan sapa yg salah, sapa yg benar..

Pok Amai-Amai said...

MSt kwn pompuan tu. Die jeles kot? Klu kwn laki yg bt mcm tu....err...nak klasifikasikan yg mcm ne eh?

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu cikgu.. ramai lg yg nk kwn dgn cikgu.. hihii

tp kan, mesti dlm hati kita tingin gak nak tau nape dia tibe2 berubah jd gitu..

QueeN TerataI said...

betul3!!! yg penting kita sentiasa berbuat baik dan bersangka baik dgn org walau bagaimana skali pun penerimaan mereka terhdap kita...

mungkin mg dia hanya sekadar kawan.. bukn sahabat hingga akhir hayat... :)

Dylla Abas said...

entri ni mengingatkan sy pada bekas teman sebilik masa belajar di perlis dulu..kes yg lebih kurang sama la..tiba-tiba je dia menjauhkan diri..tak tahu angin apa yg dtg..tapi sy malas nak fikir pun..biarkan jelah..asalkan kita masing-masing bahagia dengan cara masing-masing kan :)

hanginsepoi2 said...

kadang2 ego menguasai diri sendiri..hanya biarkan saja sehingga dia sedar sikapnya sendiri

aizamia3 said...

cuba amik masa jumpa face to face tanya dia ada masalah ke? kekadang perasaan kita aje tapi untuk kepastian takde salah kan jumpa dia.. ;)

Marya Yusof said...

As salam Cikgu,

Peliknya... Misteri sungguh kwn cikgu tu... Mungkin dia 'datang bulan' kot masa terserempak dgn cikgu...hik3

Takpelah, ramai yg nak kwn dgn cikgukan.... tengok tu komen kat atas tu semua syg cikgu :))

Akak rs cikgu seorg yg baik, melalui penulisan kdg-kala kita boleh mengenali seseorg itu, betul tak? Take care :))

Aien Alien said...

selamat tengahari bang...


kalau boleh bersemuka la nak tahu duduk perkara sebenarnya....moga2 ikatan persahabatan terjalin semula, biarlah kita mengalah walau tak salah...

anitadiana said...

cuba bersemuka,tanya apa masalah..takut ada salah paham...kalu kak ita bersemuka tu lagi bagus..kita tanya depan-depan..kekadang dengar sebelah pihak aje...

MamaEma said...

kemungkinan ada salah faham...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

akak penah gak lalui keadaan mcm ni..mgkin akak ada buat salah pdnya yg akak x tau..

cuba awak ajak dia berbincang..manalah tau tali persahbatan tu boleh disambung semula :)

msredcheesecake said...

MESTI SBB UTANG 2 HENGGET TAK BAYAR LAGI NI....

AmirFX said...

Mungkin betul dia tak perasan kot...

pena rozie said...

Sabar ajer la. Ade la tu yg tak kena...

Papa Mifz said...

manusia...susah sebenarnyer nak faham...

aimaniman said...

yg penting kita dah berusaha untuk merapatkan semula silaturrahim kan,.. pihak lagi satu x mahu, dia lah yg menjawabnya nanti di Sana...
jgn susah hatilah, mungkin kawan tu tengah tertekan ke, kita beranggapan yg baik2 jer

NOOR FATIN said...

ada la tu yg xkena kann.xbaikk kot buat mcm tu. kalau xnak kawan cakap aje laa

smg Allah bukak pintu hati dia utk bertaubat ;)

Citarasa Rinduan said...

thingks positif

adakah dia malu sebab kamu lebih berjaya darinya.?

delarocha said...

pelanduk dua serupa kot

cimöt said...

sangat mengerti apakah rasanya..
sangat tak suka!
sebab tak taktau apa sebab sebenar..
membuat diri ini tertanya-tanya..

lastly, ko-ko, aku-aku..lantaklah...

Aziela said...

True...kita teruskan kehidupan dengan iringan Alhamdulillah....

aimie amalina said...

huuu
mcm dapat ape rase je ape cekgu rase
tapi x pe,
kalau niat kite baik
insyaAllah dpermudahkan sillaturrahim tu kan ;)

biarlah ape org nak mengadu domba sekali pon

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...