Hidup ini akan sentiasa diuji Sama ada kita suka atau tidak. Tidak ada manusia yang tidak terlepas dengan ujian dan dugaan kehidupan yang penuh warna-warni.
Allah swt menguji si kaya dengan kekayaannya, apakah ia bersyukur dengan membelanjakan harta kekayaan itu pada tempat-tempat yang diredhai Allah, ataupun sebaliknya ia menghabiskan pada jalan-jalan yang menyesatkan.
Allah swt menguji si miskin, adakah ia sanggup bersabar atas kemiskinannya dan redha terhadap takdir Allah swt. ataupun sebaliknya melalukan kemungkaran dengan mencari hasil duit dengan cara yang tidak betul.
Allah swt menjadikan seseorang itu kaya atau miskin tentulah ada hikmatnya.
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya.
Sama-sama kita fikirkan. Salam Hari Jumaat buat semua (",)


40 comments:
sentum selalu..hehe~ :)
Tazkirah hari Jumaat, untuk peringatan bersama ya cikgu... Terima Kasih....betul setiap yg cikgu coretkan...
betul..hidup nie tak selaunya indah...ada jugak pasang surutnya...
Simiskin dicipta utk menguji yg kaya. Sikaya dicipta untuk menguji yg miskin...
Miskin/kaya pasti ada hikmahnya...
Setiap kesukaran dan kesenangan adalah ujian untuk kita. Terpulanglah kepada kita untuk mentadbirnya...
Happy weekend, cikgu!
kesimpulannya..segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya yg tersendiri =)
salam gen2.. betul tu Queen sokong.. segala yg berlaku ada hikmahnya.. maka bersabar dan redhalah..
assalamualaikum cikgu...redha la dgn apa yg kita ada dan jgnlah kita menyalahkan takdir itu moga kita akan sentiasa mengingati Allah mahu pun dlm keadaan susah atau senang hanya dgn memohon dariNYA kita akan beroleh keberkatan dunia dan akhirat InsyaAllah...:)
Miskin atau kaya itu hanyalah darjat dunia semata-mata...keimanan dan ketakwaaan tidak diukur secara nisbah kaya atau miskin....Yg Kaya di uji sejauhmana keprihatinannya pd si miskin dan simiskin diuji tidak hanya menadah tgn pd si kaya...
jika dihadapkan dihadapan kamu sebuah dugaan, maka sabarlah dan bersyukur kerana ada hikmah disebalik aturanNya. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
setuju....yg kaya dengan masalah nya---yg miskin pun sama...yg penting kita redha akan kententuannya..amin...
Salam Pagi Jumaat banggg :D
yang kaya bantu yang miskin, manakala yang miskin pula harus jadikan yang kaya sebagai contoh positif untuk membangunkan diri...setiap yang berusaha pasti ada ganjarannya.. :D
ada yang miskin bila jadi kaya mula lupa diri. dan si kaya yang jadi miskin akhirnya insafi diri sendiri.
selamat cuti sekolah cikgu!
kita sbg hambaNya takkan pernah terlepas dari ujian. cuma kdg2 kita xsedar. tambah2 kalau diuji dgn kekayaan kan. huhu
;)
Allah uji kite dgn pelbagai cara kan?
tak kesah la cm mana pon
kite je kdg2 tak sedo
kite sdg diuji
huuuuuu
tapi malangnya ramai insan yg sukar menerima ketentuan Allah, ada yg miskin mengeluh kerana kemiskinannya..ada yg kaya mengeluh kerana org lain lebih kaya..
namun masih ada yang tidak bersyukur..
Allah uji siapa je yg DIA nak.. tak kira status.. kaya or miskin...
alangkah indahnya jika simiskin dan sikaya berfikiran seperti itu, malangnya simiskin biasanya tidak redha, dan sikaya pula sibuk menongkat langit,..
Dugaan dlm pcintaan juga cikgu
setiap dugaan ada imbuhannya
orang yang diuji adalah orang yang disayangi Allah..Allah tidak mahu orang itu terlupa akan wujudnya Dia...agar orang itu sentiasa mengingari dan mensyukuri setiap rahmat yang diperoleh
Besar ganjarannya bagi orang2 yang bersabar..
tiada satu manusia pun yg akan terlepas dari dugaan..kerana kasih-nya pada kita la, kita akan diduga dgn pelbagai cara :)
jadikan kekurangan itu satu semangat untuk terus berusaha mendapatkan yg lebih baik, namun kelebihan itu juga perlu digunakan utk jalan yg memberi manfaat.
singgah pagi... lum update lg ek :-)
qada' dan qadar TUHAN..
letakkan diri kita sbg hamba yg bersyukur, walo di tahap manapun kita berada~ =)
hee tazkirah y bermanfaat..
smua y berlaku ada hikmahnya..kita kena berusaha utk perbaiki apa y ptt..
selamat hari guru dan selamat hari lahir wpon dah terlambat..hukhuk..
tuhan maha kaya n adil kan...tidak menjadikan semua org kaya kerna utk membantu golongan miskin...kan cikgu?
setiap ketentuan dari Allah SWT pasti ado hikmah disebalik nyer kan...insyallah...
As salam Cikgu,
Walau apapun status kita kaya atau miskin... Kita wajib bersyukur padaNYA.. Allah telah berfirman, lebih kurang maksudnya; Jangan kata kamu beriman sebelum kamu diuji-Surah Al-Ankabut :))
Selamat Malam Cikgu :))
Bersyukur dgn apa yang dikurniankan selama ini..dan berusaha untuk menambahkan lagi..doakan..INSYAALLAH..
dalam setiap apa keadaan ingatlah Allah selalu bersama kita
maaf dah lama akak tak singgah sini, harap g2 sihat2 aja
setiap dugaan, ada hikmahNYA :)
kalau saya, mmg kena tunggu sampai saya betul² mengantuk baru boleh tido..kalau tak, memang susah nak paksa mata nie lena
rezeki masing² kann :)
Bersanga baik degn Allah dan berfikiran positif la selalu.
hoho..insomnia ni susah jugak kadang2..hilang nikmat tidur kan..?haha
Post a Comment