Syafiq tersentak.
“Apa yang kamu termenung melangut tengok ke luar tu? Kamu nak balik tidur ya?” Cikgu Mamat mengherdik dari depan.
Pen marker dibaling tepat mengena dahi Syafiq!
Murid-murid lain ketawa.
Lucu melihat Syafiq yang mukanya kemerah-merahan menahan malu. Biar pun ini bukan kali pertama beliau disergah sebegitu, masalah pergaduhan antara ibu dan ayahnya di rumah amat merungsingkan diri. Syafiq sering termenung. Dan sekali lagi, menungannya mengundang malu.
“Kalau kamu tidak berminat hendak belajar, ambil beg kamu ini dan balik ke rumah. Peluk bantal busuk. Jangan serabutkan kelas ini!” sindir Cikgu Mamat.
Cikgu Mamat amat tersinggung dengan sikap Syafiq. Perbuatannya melabuhkan pandangan ke luar tingkap amat mencabar dirinya. Puas segala persiapan dilakukan untuk mengemaskan proses mengajar, anak muridnya yang satu itu tidak memberi perhatian. Lebih berminat dengan pemandangan luar bilik darjah. Rama-rama terbang? Kucing bergaduh? Siput babi? Entah apa yang si Syafiq perhati.
Kekecewaan Cikgu Mamat itu memang berasas.
Bukan sedikit masa yang diperuntukkannya untuk menyiapkan bahan mengajar.
Sekurang-kurangnya berilah perhatian. Masakan ia permintaan yang terlalu sulit untuk ditunaikan.
Namun kekecewaan Cikgu Mamat itu mungkin boleh dirawat bukan pada mengubah Syafiq, tetapi mengubah apa yang paling boleh diubah, yakni diri Cikgu Mamat sendiri. Syafiq perlu dibantu mengubah dirinya, namun Cikgu Mamat perlu membantu Cikgu Mamat mengubah Cikgu Mamat.
Bagaimana?.................
Untuk info bacaan selanjutnya sila [KLIK SINI]
Sumber copy : SaifulIslam.com dalam entri "Baginda Menyantuni Murid Yang Hilang Motivasi Diri"


46 comments:
cikgu penat sediakan bahan mengajar tapi ada murid2 yg penat dgn masalah parents yg berantakan. cikgu mamat ni kurang prihatin ni. meh, nak baling marker kat cikgu mamat pulak. hehehe...
banyak sangat masalah budak2 kadang2 tak terikut
garang juga cikgu mamat ni yer, sabar cikgu.... kesian syafiq, agaknya dia jadi mangsa keadaan dekat rumah mak ayah ada masalah, dekat sekolah kena marah dengan cikgu pula.
bukan senang nak jadi cikgu ni.. penuh dengan cabaran
cikgu zaman sekarang tak sama macam zaman dkna dulu..
cikgu dihormat...sekarang cikgu dimaki hamun mak bapak..ermmm :(
a'aa cubalah belajar menjadi guru yg mendekati murid.. perhatikan @ bertanya apa masalah dia.. jgnlah buat mcm tu.. malulah murid tu kan...
bila seorg guru dekati murid @ berusaha rapat dgn murid.. murid tu mesti akn rs seronok.. so, lama2 pasti dia akn sk pasti pembelajaran cikgu tu :-)
cikgu 2 dh bersungguh2 nk mengajar, mmg bertanggungjawab. tapi skrg tggjwb cikgu semakin byk,kena jgk ambik tau masalah murid di luar. byk murid 2, xhairanlah kalau terlepas pandang. Xgitu cigu gen2 merah? hehe...
ermm .. cikgu cuba tny elok2 apa masalah anak murid tu . kesian budak tu .. tapi tak boleh salahkan cikgu mamat jugak . penat dia sediakan bahan tu ..
kesian
Morning bang... ^_^"
Cikgu Mamat harus berusaha memancing pemikiran Syafiq untuk menyelami permasalahan dia...bukan dengan memerli.. Seharusnya PEKA... ^_^"
cuba selami dan fahami kenapa agaknya mamat berpelakuan sebegitu...
selalu jumpa cikgu yg perihatin ni dkt tv aje..
alam real belum pernah lg..
Rasa2 ada tak cikgu.
ada kut..
cikgu Juma la tu.
Kesian gak tgk murid tu...
alorrr, jgnla garang sgt cikgu mamat ni..
di antara ramai2 murid..mungkin ada yang lain dari yang lain..tak elok seorang cikgu nak marah murid yang bermasalah...akan jadi lagi bermasalah. pernah tengok filem hindi yang Amir Khan berlakon sebagai cikgu muzik tak?..
p/s ye la mmg jijik,tak tahu pula kat mana..dpt dr fb anak..
mmg selau juga mkn minum kat kedai mamak..tmpt yg kitorg mkn..bersih..islamik,ada surau kat atas restoran..hari jumaat tutup..
dah kenal dah mamak ni dgn kak.selalu berdua aje.dgn suami.
telur pun dia basuh tau..
tak semua mcm tu kan..
bukan senang jadi seorang pendidik!
hehehe...dua - dua xsalah.....cikgu sekdar menjalankan tugas....murid pula terkesan dengan pergaduhan ibu bapa....
Melihat masalah dari segenap sudut.... Itu yang sepatutnya...
kesian... dua2 sy kesian... budak tu dan cikgu dia... tp sy paling kesian kan budak tu... kat rumah masalah parents... kat sekolah cikgu marah dia tanpa usul periksa... huhuhu...
Sy sebenarnya tak berapa fasuh dgn persekitaran di sekolah. Terutama di antara guru dan murid. W'pun sempat mengjaar sekejap tapi apa yg sy nmpk hanya cikgu2 yg lebih byk merungut dari ikhlas hendak membantu. Malah lebih suka duduk berlonggok dan membuat perbandingan yg mane lebih bagus dan yg mane tidak. Itu yg menyedihkan sy. Tapi itulah...sy org luar. Sy mmg tatau apa2. Org kate, berat mata memandang tapi berat lagi bahu yg memikul kan?
membaling marker pen..adakah ini penyelesaian yg terbaik?...menuntut keikhlasan dalam pekerjaan..bukan kah ini suatu amalan...mengapa kepenatan itu yg dipersoalkan sedangkan punca termenung dan merenung jauh keluar tingkap tak pernah Cikgu Mamat tanyakan...
Cikgu mamat, cer tanya kenapa dia ak fokus dlm kelas, cer selidik, betul ke dia malas? Atau ada masalah lain?
jd cikgu mmg kena byk b'sabar..tahan je la karenah anak2 murid smua..huhu
jadi cikgu mmg perlu byk bsabar cuma part balik marker tu x bape agree..rotan tangan xpe haha
#aku x click lg link tu jd x pasti tu cite real atau cuma cerita utk pgajaran hihihi..ade ms nanti aku p cekidaut hoho
tanggungjawab cikgu ni mmg besar....cikgu perlu betulkan diri sendiri dulu sebelum betulkan diri muridnya
sabar jela cikgu mamat huhu..camnie la situasi yg selalu berlaku..kesian jugak kat student tu
adakah cikgu mamat tu refer kepada kamu? hehe.
teringan kisah cikgu sunan waktu join BIG lepas...hampir sama kisahhya..cikgu mengherdik murid bermasalah tanpa usul periksa...
assalamualaikum cikgu ...garangnya cikgu tu betul2 membuat murid2 ketakutan kalau marah pun jgn lah buat begitu sekali kena ada caranyakan...:)
kalau zaman sekarang punya cikgu baling marker mcm tuh..esok sure kuar berita terkini pas tuh citer muka depan harian metro..kan?
honestly aku tak berapa suka part cikgu yg suke baling baling bende kat murid. tu marker. ada cikgu aku dulu baling duster. damn..
jadi pendidik mmg mencabar kesabaran. tp itu sudah jadi career dan profesionalism sbg seorg pendidik.
mcm cerita dlm link tu. buat andaian sendiri tak menyelesaikan masalah kan.
tapi kekadang untuk budak2 gini,dorang maybe takleh fit in dalam classroom learning...jadi bukanlah salah syafiq semata mata
terkesima
sy terasa cam cikgu mamat lak
nak tegur murid kene ada caranya,kan..biar berhemah..kalo kita teremo sekalipun, bg rasional balik dekat murid tu..~
alahai...
respon to ww: bukan incik suami yang rajin tolong2 isteri kat dapur, is yang ajin tolong dia kat dapur, masak xcekap lagi... jadi tolong potong bahan2 untuk dia, dia masak (^___^) kalau is xtolong lagi cepat dia masak, sebab dia sediakan bahanpun cepat... adeiii~ huhuh
Bagus entry ni, cikgu mamat pun perlu gak membantu cigu mamat..
Kasihan budak tu, del masalh keluarga erect ena kat dia..
sepatutnya guru perlu menyelidik dulu kenapa pelajar berubah sebegitu..setidak pon panggil murid tu sehabis p&p dan berbincang..cuba fahami murid..bukan dengan memalukan murid di depan rakan mereka..kelak motivasi mereka akan lebih merudum
As salam cikgu,
Hola!
Kesian Shafiq, kesian juga pd cikgu mamat... Dua-dua pun tertekan... Saya rs skrg dunia penuh dgn tekanan atau stress... Sb tu ramai yg bertindak diluar kawalan... Cikgu2 perlu ada kursus utk menangani stress, krn guru tugasnya mendidik... Didikan mereka memberi kesan pd hati pelajar walaupun sedikit... Begitu juga ibubapa... Pendek kata semua org perlu tahu how to manage their stress... Betul tak cikgu?
Psst...akak dah like FB kamu tau! Butang2 tepi tu semua akak dah tekan...hehehe.. Marya Yusof tu akak ler...hehehe... Buenas Noches! Good Nite! Teacher!
tugas cikgu mamat bukan sekadar mengajar,sebaiknya selami apa sebenarnya yg berada dlm pemikiran budak sepolos syafik..:)
sebagai seorang guru, kesabaran yang tinggi memang perlu dan guru juga kena selamai hati anak murid jugakan?...dah jelas2 mereka ada masalah..
besar tanggungjawab seorang guru ni sebenarnya...
duit mcm air.lajuu aje. itu lah bagi mereka yg meterealistik.ada duit ada segalanya..:-)
btw snf follower ke 1212.cunn lah!
tp aku tetap memandang hati dr wang ringgit berjuta :)
Jujur saya tak mampu jd guru, saya salute guru.
guru juga manusia biasa..
tapi guru perlu bijak menangani keadaan yang luar dari biasa²
Post a Comment