Ikhlaskan diri

Labels:

Reactions:  

Bayangkan situasi seperti ini. Mungkin ia pernah dialami oleh kita termasuk diri saya sendiri.. Ngeee~

Andaikata seseorang pekerja telah diperhatikan oleh majikannya, pasti dia akan melaksanakan tugasnya dengan penuh teliti dan berhati-hati supaya tiada kesalahan yang akan membuatkan dia ditegur apatah lagi dipecat. 

Tetapi bagaimana pula dengan pemerhatian daripada Yang Maha Mengawasi, Maha Mencipta, Maha Mengetahui segala yang zahir dan batin. Berhati-hatikah kita di sepanjang pemerhatian-Atau lupakah kita pada hari perhitungan untuk amalan-amalan buruk kita?

Oleh itu buat diri saya terutamanya, marilah sama-sama perbaharui niat. Ikhlaskan diri ketika bekerja. Bukan hanya mengharapkan pujian dan anugerah keduniaan. Kerana sebesar mana sekalipun amalan itu, jika tidak diniatkan kerana Allah, sia-sialah ia ibarat debu-debu yang berterbangan.

“Beribadahlah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, maka, sesungguhnya Dia melihat kamu.”

Alangkah indahnya kan hidup ini jika semuanya diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Comments (36)

Salam Cikgu!

Buenos Dias! Good Morning!

Tazkirah yang sangat menyentuh hati... Tujuan hiup kita mencari redhaNya bukan redha manusia :)

[REPLY THIS COMMENT]

terima kasih atas ingatan...laksanakan sesuatu kerana allah...

[REPLY THIS COMMENT]

Morning bro... Semoga menjalani segala ibadah dengan keikhlasan...

[REPLY THIS COMMENT]

buat keje time bos ade je?he3... tu hipokrit namanya... tak pun nak bodek bos kononnya dia rajin keje..hampeihh..

[REPLY THIS COMMENT]

sebab manusia rasa mereka tak nampak Allah...jadi sukar untuk mereka ikhlaskan diri berbanding majikan yang mereka nampak secara zahir di dunia...

[REPLY THIS COMMENT]

assalamualaikum cikgu dil....semoga kita semua akan sentiasa ikhlas dlm melakukn sesuatu pekerjaan yg diberikn pada kita...:)

[REPLY THIS COMMENT]

buat kerja bila diperhatikan ada dua jenis.. sifat pertama mungkin nk perbaiki diri kita.. sifat kedua org yg perhatikan tuh nk amek kesempatan lepas tanggungjawab kat org lain..yg neh kes naya~
*suasana skolah mmg camtuh*..hehehe..

tapi tazkirah neh sgt menyentuh sanubari saya.. InsyaAllah.. sama2 lah kita berubah kearah kebaikan..

[REPLY THIS COMMENT]

salam cikgu...
ye..ape jua yg kite lakukan kene la ikhlas kerna Allah..tu lagi afdhal dr kite nak amik keredhaan kerana manusia..sbb ramai yg mcm nih. redha kerana manusia dr Allah

[REPLY THIS COMMENT]

Morning cikgu..
niat itu mesti selaras dengan usaha kan..kalo niat betul dan disertakan dengan usaha pasti setiap benda yang dilakukan itu berkar dan bermanfaat..

[REPLY THIS COMMENT]

Allah maha Melihat. tapi tetap jugak kita leka. masyallah :)

[REPLY THIS COMMENT]

Dan kerana ikhlas itu merupakan barakah bg setiap rezeki...

Tq utk N3 kamu yg sgt bermanfaat ini....

[REPLY THIS COMMENT]

ikhlas niat kita mudah lah perjalanan kita, insyallah.

thanks en gen2 same2 mengingati :)

p/s : dah dapat ker parcel tu? ke tak dpt lagi? risau pulak jannah

[REPLY THIS COMMENT]

salam..

kadang2 kita tak sedar yang Allah sentiasa memerhatikan kita? wuu.. lepas ni kalau nak buat sesuatu yang buruk yang org lain xnampak, ingatlah, Allah sentiasa ada..

semoga kita sama2 terhindar dari melakukan perbuatan yang mungkar :)

[REPLY THIS COMMENT]

terima kasih mengingatkn ..

[REPLY THIS COMMENT]

terima kasih mengingatkan banggg...hehe..


ikhlas dalam segala hal.. ^_^"

[REPLY THIS COMMENT]

IKHLAS..tq cikgu becoz of reminder...

[REPLY THIS COMMENT]

betul la tu. kadang2 jengkel je dgn bos yang dok menengok je kita buat kerja. tapi kita tak terfikir YANG MELIHAT dari atas sana.

[REPLY THIS COMMENT]

alahai hakak ngah buat kerja sambil2 berblognie dik.hikhik.camnonie??tp betullah kata ko dik kalau iklas kerjapun kita buat ngan mudah n tekun.rasanya dalam banyak2 kerja jadi suriumah mmg hakak akan iklas 100%.hikhik

[REPLY THIS COMMENT]

bagus entry nih...menyedarkan...

[REPLY THIS COMMENT]

tu yang selalu kita lupa...tapi sebelum kerja sudah pasang niat macam tu...insya Allah akan berkerja untuk - Nya

[REPLY THIS COMMENT]

kadang2 tanpa sedar diri sendiri pun tak terlepas dr buat benda macam tu.. kekekekeke

[REPLY THIS COMMENT]

keikhlasan menjadikan segalanya mudah.segalany berpahala.

[REPLY THIS COMMENT]

betul.hmm.susah utk sesetgh org tu
buat sesuatu ikhlas sepenuh hati.
harapnya kita sentiasa berubah ke arah kebaikan

[REPLY THIS COMMENT]

slalunya lupa yang ada yang Memerhati.tu la mslhnya,

[REPLY THIS COMMENT]

dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah ...

betol tak cekgu ;)

[REPLY THIS COMMENT]

dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah ...

betol tak cekgu ;)

[REPLY THIS COMMENT]

bila kita ikhlas, semuanya pasti mengembirakan dan diberkati :)

[REPLY THIS COMMENT]

walau apa pon kerja yang dilakukan kita..niatlah kerana Allah..jangan samai mahu melakukan perkara baik tetapi mendapat dosa dek kepentingan diri sendiri

[REPLY THIS COMMENT]

comel beg sekolah anak murid cikgu..:)

kerana kita selalu melupakanNYA kita selalu tak sedar DIA memerhatikan kita..:)

[REPLY THIS COMMENT]

suka bha dgn kata2 cikgu..:)

p/s :: cikgu xpndai bwk motor?? huhu..

[REPLY THIS COMMENT]

susah rasanya nak dapatkan feel macam tu

[REPLY THIS COMMENT]

kalau kita ikhlas dalam apa jua yg kita lakukan..insyaallah, hati kita pun senang...

[REPLY THIS COMMENT]

sesungguhnya kerja yang iklhas dapat rezeki yang halal

[REPLY THIS COMMENT]

thumbs up!!!

[REPLY THIS COMMENT]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Great'Teacher'Gen2Merah

Daisypath Anniversary tickers