Gen2Merah 2012

Labels:

Reactions:  



1.1.2012. Di saat mereka semua bergembira meraikan kedatangan tahun baru 2012 dengan azam baru dan dentuman mercun sana sini, saya masih duduk terlopong sambil membuka kembali entri-entri lama Gen2Merah yang pernah saya nukilkan sejak tahun 2010 sehinggalah ke hari ini.

Buka, baca dan tutup entri-entri lama ini, baru saya sedar betapa banyak kelemahan dan kegagalan dalam berkongsi tentang sesuatu. Saya akui saya sendiri pun memang malu nak baca satu persatu penulisan lama ini. Bila dah matang tentang sesuatu perkara, barulah kita terfikir mana yang perlu dikongsi, dan mana yang perlu kita simpan sebagai kenangan untuk diri sendiri. Tak perlu lah nak dedahkan apa saja hal yang remeh temeh.

Saya memohon maaf andai ada penulisan-penulisan selama ini yang pernah menyinggung kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang pernah kena tempiasnya. InsyaAllah persediaan 2012 akan lebih berhati-hati dalam menulis. Segala nukilan tentang gossip, cacian atau apa saja yang kurang entri yang kurang berfaedah akan di delete satu persatu dari laman usang ini. Insya Allah (",)

Terima kasih kepada mereka yang sudi menegur dan saling ingat memperingati sesama kita. Saya mengaku sejujurnya yang saya memang tak pandai nak menulis. Terima kasey daun keladi (",)

Selamat tahun Baru 2012... "Saya tak sabar nak datang sekolah..... lalala"



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Comments (41)

selama tahun baru & selamat mengajar kembali :)

[REPLY THIS COMMENT]

akak lagi la tak reti menulis..heheh..:)

[REPLY THIS COMMENT]

selamat tahun baru ^^

[REPLY THIS COMMENT]

kak pun kalau buat n3 yg kadang2 ada mention kat seseorang,rasa bersalah juga..bukan apa ,yg betul tu kita ,kena tegas,biarlah apa yg kita tulis ada isi,n berguna utk orang lain,takut juga orang anggap kita ni bagus sgtlah,riak la,nak bangga diri la..kadang2 nak cerita pasal family tu kak rasa patut ke tulis,tak nampak nak menunjuk2 ke..mcm2 rasa..kadang2 2/3x baca,tya kat suami,tya kat anak2 ok ke?

[REPLY THIS COMMENT]

dari situ la kita belajar...supaya lebih bagus lagi...

#selamat tahun baru 2012..dan selamat mengajar kembali...hee~

[REPLY THIS COMMENT]

assalamualaikum dil...yer la dil semua itu sesuatu yg harus kita pelajari agar menjadi lebih baik lg kan...

p/s selamat kembali mengajar semula cikgu..:)

[REPLY THIS COMMENT]

Selamat kembali bertugas..

[REPLY THIS COMMENT]

@cinnamon.com
betul tu kak... itulah perlunya kita minta pendapat org yang tedekat, sebab kdg2 yang kita tak perasan yang kita tulis selalunya boleh menyinggung seseorang

[REPLY THIS COMMENT]

Rasanya akak pun menulis hentam kromo cikgu. Suka hati nak tulis apa, lagi malu rasanya...huhu.

Apa pun tuliskan berblogging ya cikgu..:)

[REPLY THIS COMMENT]

salam.

kadang kita menulis terlalu mengikut perasaan sangat....saya pun ada terasa macam awak rasa...lepas ni nak kena semak balik la satu persatu...huuuu...

Selamat Tahun Baru 2012 ikhlas dari ANA :)

[REPLY THIS COMMENT]

ingatkan cikgu dh tukar template...kata nak tukar sebelum cuti lagi..ish..ish..

[REPLY THIS COMMENT]

tak ada silapnya blog ini..
kak ayu suka baca coretan orang2 y terpelajar

moga blog cikgu kekal selamanya
selamat tahun baru..

[REPLY THIS COMMENT]

samalah kita. saya pun banyak entri yang awal2 tu macam entri budak2 :)

[REPLY THIS COMMENT]

Ape kurgnye
y pntg sntiase cbe bri ilmu
tu da mmdai

[REPLY THIS COMMENT]

cikgu!
selamat tahun baru
terima kasih berkwn dgn saya cikgu

cikgu
doakan sy jadik cikgu jugak walau sy dah x dpt jadi cikgu asenye
hehehee

[REPLY THIS COMMENT]

Sebelum sy terjebak dgn dunia blog ni..sy x pernah sangka yg sy akan jadi seorang blogger..sy paling takut jika apa g sy cuba sampaikan nnt ditertawakan..atau apa yg cuba sy tulis lain pula tafsirannya..tp blom cuba blom tau kan..sy bertatih..merangkak..& hari ini, bila sy renung kembali..betapa sy bersyukur dikelilingi kelompok kwn yg saling menghargai..memberi semangat utk sy terus perbaiki kelemahan diri~

itu gunanya kwn kan..& terus yakin pada diri..apa yg dah berlaku, biarkan ia berlalu..fokus kita sekarang adalah utk hari ini & masa2 akan dtg~ all the very best cikgu!~ =)

[REPLY THIS COMMENT]

Takper bro.. Aku pun tak pandai menulis.. Asalkan orang faham apa yang nak disampaikan cukup lah rasanya... NWay, selamat tahun baru dan selamat bertugas kembali...

[REPLY THIS COMMENT]

@~SaL IjOu~

terima kasih ya.. panjang sungguh nasihatnya,, thanx so much (",)

[REPLY THIS COMMENT]

@aimie amalina

insya Allah, saya akan sentiasa mendoakan awak jadi seorang cikgu yang berjaya kelak.. Amin

[REPLY THIS COMMENT]

slmt thn baru..aiyuh kembali ke sekolah ayuh! hehe..

[REPLY THIS COMMENT]

selamat tahun baru 2012..moga tahun nie lebih baik drp sebelumnya..moga blog nie terus sukses...

[REPLY THIS COMMENT]

hehe..akak pun kadang rasa malu nak baca semula sesetengah entri lepas..nak kena delete jugak ler..wah! semangat tuh! selamat kembali ke sekolah ya..

[REPLY THIS COMMENT]

semangat seorang guru utk bersekolah ni...dan hamba pula serasakan malas hendak memulakan kuliah..huhu


sekurangnya penulisan lama itu sebagai kenangan

[REPLY THIS COMMENT]

selamat kembali ke sekolah cikgu :)

[REPLY THIS COMMENT]

wah..syoknye awk gen2.. dpt gi skool & jmpe bdk2 br & lame,hehe.. ^_^

[REPLY THIS COMMENT]

sy pun kadang2 segan nak baca entri sendiri yg lama2,tp semua tu kenangan,mungkin sy takkan delete..walaupun tiada perkongsian berguna,kadang2 sesebuah blog yg tulisannya menarik sy suka baca juga..:)

apa pun all d best cikgu!selamat kembali kesekolah juga..

[REPLY THIS COMMENT]

teruskan berblogging dengan menghasilkan entry yg dapat memberi perkonsian dari segi ilmu..kita belajar dari kesilapan lalu dalam menjaga adab susila bidang penulisan..

selamat kembali mengajar ...:)

[REPLY THIS COMMENT]

cikgu yg bagus ni.. mesti cikgu ni best mngajarkan... kiranya diantara cikgu2 fav student la.. hihii

selamat thn baru jugak utk cikgu.. smg tahun 2012 ni lbh baik dr tahun 2011 utk cikgu ;-)

[REPLY THIS COMMENT]

Hi gen2 merah..tq sudi singgah ikatankasihku...bertambah lagi rakan2 sy yg bergelar pendidik =)..
blog ni ok, smart!teruskan menulis ya!

[REPLY THIS COMMENT]

selamat tahun baru .. semoga tahun 2012 lebih baik drpd sebelumnya ^^

[REPLY THIS COMMENT]

Amboii..semangatnya dia nak pi sekolah.. kirim salam kat anak didik semua.

Salam tahun baru!

[REPLY THIS COMMENT]

makin matang la cikgu pasni..haha

[REPLY THIS COMMENT]

kalau tengok entri pertama ditulis memang kelakar lah...macan baru nak belajar buat karangan..hehehe...

[REPLY THIS COMMENT]

smgt sungguh cikgu nk g sklah
ank2 murid y mls nye

[REPLY THIS COMMENT]

hebak la...

slmt thun baru gen 2 merah.. nnti aku dtng tawau aku mau ko bawak aku jalan di sana.. blh? hhahahaa

[REPLY THIS COMMENT]

selamat kembali ke sekolah cikgu..!! moga2 tahun ni cikgu akan jadi cikgu yg lebih baik, lebih berilmu, lebih sporting (",)

[REPLY THIS COMMENT]

ekekke hadapi dengan tenang hari2 tahun baru nie ..
akak nie dah malas nak kerja bila dah cuti lamaeeee

[REPLY THIS COMMENT]

samo la den...azam tu byk,nak melaksanakan tu blom tahu lagi....hehehhee

[REPLY THIS COMMENT]

tgk pada entri lama..segan dah nak baca....komen pun zero saja...huhu

[REPLY THIS COMMENT]

selamat thn baru cikgu..
n selamat menjalankan tugas dgn baik

[REPLY THIS COMMENT]

selamat tahun baru cikgu=)sama la kiter..sama2 ada banyak kesilapan dlm menulis!mari kita perbaiki sikit sikit

[REPLY THIS COMMENT]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Great'Teacher'Gen2Merah

Daisypath Anniversary tickers