Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera buat semua. (",)
Ini adalah segmen terakhir dan segmen terpanjang yang pernah saya hasilkan untuk detik-detik terakhir tahun 2011. Selamat tinggal kenangan. Semoga kita buka lembaran baru 2012 yang hanya tinggal beberapa jam lagi. Happy New Year buat semua (",)...
Sebelum saya hurai lebih panjang, saya amat tertarik dengan satu syarat yang perlu dipatuhi dalam segmen ini..
"Lulu hanya mencari kejujuran dan orang yang benar-benar mahu blognya direview, berdasarkan isi kandungan entri itu nanti.."
Ya, insyaAllah entri ini adalah ikhlas, bukan pujian membodek atau segala-galanya. Harap jangan ada yang salah faham ya.. Ekekeke. Sebenarnya memang dah lama saya ternanti-nanti untuk segmen Lulu Caldina macam ni. Inilah peluang untuk saya menghargai jasa seorang blogger yang banyak membantu saya selama ni.
Lagipun Lulu Caldina kata ini adalah 'segmen terakhir' kerana mulai tahun depan, Lulu Pages bakal mempunyai 'sentuhan yang lebih baru'. Harap segmen ini akan menjadi kenangan terakhir yang terabdi dalam blog ini..
Hmm, ya memang kita semua akui Lulu Caldina adalah antara blogger ter'femes' kebelakangan ni. Punyai ribuan peminat dan pembaca yang sentiasa setia bersamanya. Sungguhpun entri-entrinya bukanlah bercirikan blog peribadi, namun apa saja yang beliau kongsikan akan sentiasa mendapat respon dan sambutan yang memberangsangkan daripada follower-follower setianya.
Itulah dia Lulu Caldina , punyai identiti tersendiri yang disukai oleh semua. Owsome.
"Ingat Biru, Ingat Lulu (",)..."
Ekceli saya lebih suka menggelar Lulu Caldina sebagai 'SIFU' kerana Lulu Caldina lah antara blogger 'femes' yang dah banyak bantu melonjakkan nama blog saya di alam blogging ini. Walaupun tak lah sekerap mana, namun saya yakin semua bantuan dan sokongan inilah yang banyak membantu menaikkan nama Gen2Merah selama ini.
"Harap kawan-kawan blogger lain jangan ada yang kecik ati yaaa. Nanti saya buat penghargaan untuk korang plak. Insya Allah (",).."
Orang memberi kita menghargai. Huraian di bawah ini adalah sumbangan dan bantuan Lulu Caldina kepada Gen2Merah sepanjang tahun 2011 ini. Terima kasih atas segala sokongan dan sudi menjadi tulang belakang kekuatan dan kemajuan blog picisan ini.
SUMBANGAN + SOKONGAN
Lulu Caldina kepada Gen2Merah
Sepanjang tahun 2011
......................................................
1. Lulu Caldina adalah blogger pertama yang beri saya AWARD
2. Lulu dah jadikan Gen2Merah sebagai 'Follower pilihan bertuah'
3. Lulu Caldina selalu bagi sokongan dan semangat pada Gen2Merah
4. Segmen-segmen anjuran Lulu Caldina banyak melonjakkan traffic, dan menambahkan jumlah followers saya
4. Lulu telah jadikan Gen2Merah sebagai '5 blog pilihan terbaiknya' untuk 2011
5. Lulu Caldina tak kedekut ilmu. Selalu layan pertanyaan saya dan kawan-kawan lain.
6. Lulu Caldina juga selalunya promosikan entri-entri Gen2Merah
6. Lulu Caldina adalah yang terawal like
'Fan Page FB Gen2Merah'
7. Lulu Caldina adalah yang terawal follow my Twitter
8. Lulu Caldina adalah yang terawal follow my 'Circle Google Plus +'
9. Lulu Caldina pernah hadiahkan saya DOMO... wakakaka.
Memain je. Gurau yaa (",) xoxo...
Cukuplah setakat itu dulu sumbangan Lulu yang sempat saya dedahkan di sini. Sebenarnya banyak lagi, tapi dengan line internet yang slow, saya tak dapat nak jejak kembali kesemua link-link tersebut. Huhuhu :(
Lulu Caldina
dan
Identitinya tersendiri (",)
...........................
Hanya satu yang saya most respect dan kagum dengan Lulu Caldina, sungguhpun dia seorang yang cantik manis, tapi jauh dari sudut yang lain dia seorang yang suka 'merendah diri'. Lihatlah, dia tak pernah nak mengada-ngada nak dedahkan gambar dia posing-posing segala. Hanya gambar-gambar di bawah ini sajalah yang selalu tertera di mana-mana entri dan laman sosial beliau yang lain.
"THE MYSTERIOUS"
OF Lulu Caldina
.....................
Berselindung disebalik gambar doodle yang comel, mungkin saya dan kesemua follower-follower masih tertanya-tanya siapakah agaknya admin disebalik Lulu Pages ini. Siapa nama sebenarnya, tinggal mana, kerja apa, umur berapa, belajar kat mana, statusnya, dan macam-macam lagilah. ngeeee~
Sejak saya jadi pembaca setia Lulu pages since 2010, sehingga kini saya masih tak jumpa-jumpa jawapan yang diharapkan. (",)
Lulu Caldina tetap nak rahsiakan identiti diri, gambar, asal usul, kerjaya dan latarbelakang keluarganya. Sekali sekala kita hanya disajikan dengan minat dan hobi Lulu yang suka memasak dan peminat setia pasukan Chelsea yang tak best tu. Ekekekekeke.... (",)
Ya, itulah dia Lulu Caldina, punyai identiti tersendiri yang misteri dan disukai oleh semua peminat-peminat setianya.
Kalau nak tahu serba sedikit pasal Lulu Caldina:------
a) Boleh rujuk huraian yang di jelaskan oleh akak 'HANIS AZLA' ini. [KLIK SINI].
b) Juga kaji selidik yang direview oleh Lulu Caldina sendiri [KLIK SINI]
c) Ataupun 'Cabaran 30 Hari' yang dicatat oleh Lulu Caldina sendiri [KLIK SINI].
d) Boleh juga ikuti kisah 'Rahsia Hati Lulu' yang diluahkan oleh Lulu Caldina Sendiri. [KLIK SINI]
d) Boleh juga ikuti kisah 'Rahsia Hati Lulu' yang diluahkan oleh Lulu Caldina Sendiri. [KLIK SINI]
Koleksi
HEADER-HEADER
Lulu Pages
................
Alang-alang ini segmen yang terakhir oleh Lulu Caldina, baik saya kongsikan bersama header-header yang pernah digunapakai oleh Lulu Caldina sepanjang dia berkecimpung dalam dunia blog. Ya, saya kan pembaca setia. Itu sebab saya ada banyak koleksi dan info-info pasal blogger kegemaran saya ni.. Ekekeke.. Jangan mare yaa semua. (",)...
[KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS]
Ok lah semua. Panjang betul segmen kali ini. Ekekeke. Jangan je ada yang muak baca. Hehehe. Maklumlah, semangat terakhir untuk tahun 2011, sebelum membuka semangat yang baru untuk tahun 2012.
Menjelang tengah malam 2012 ini, saya berharap sangat dapat jadi top 5 kena review oleh Lulu Caldina sebagai kenangan manis dan yang terakhir untuk tahun 2011 yang bakal ditinggalkan. Kalau tak terpilih pun 'its ok', cukuplah sumbangan dan sokongan Lulu Caldina selama ni.
Pasti lebih ramai follower-follower setia Lulu Caldina yang lain ternanti-nanti sokongan daripada Lulu plak kan.. ekeke. Ok Terima kasih banyak-banyak.
Orang selalu pesan, "Jangan masuk tandas pada pukul 11:59 malam pada 31/12/2011 kerana anda akan keluar daripada tandas pada tahun hadapan. Hehehehe. Senyumm...
SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU 2012
BUAT SEMUA
![]() |
| Ikhlas daripada Gen2Merah |
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~




















































































