Jangan sesekali ANGKUH, SOMBONG, BONGKAK, RIAK dan TAKABBUR. Kerana semua pangkat, darjat dan kekayaan hanyalah daripada Allah swt.
"Mereka berbangga kerana mereka sebuah negara besar. Mereka terlalu taksub kerana Malaysia bukan tandingan mereka. Mereka memandang rendah lagu Negaraku kerana lagu itu adalah karya mereka.
Mereka membakar dan memijak Jalur Gemilang, kerana perasaan benci dan geram kepada Malaysia yang menciplak budaya, lagu, tarian dan merampas wilayah dan kepulauan yang kononnya milik mereka.
Apabila keangkuhan terlalu diagung-agungkan, maka air mata kesedihan lah pengakhirannya."
Indonesia patut berbangga dengan bangsa mereka, negara yang kaya dengan kebudayaan dan pulau-pulaunya yang membentang luas. Ayuh, kamu majukan lah tempat-tempat usang itu. Bukan hanya nak majukan Jakarta semata-mata.
Ada ratusan pulau yang terbiar sedangkan rakyat-rakyat mereka hanya dimomok dan dipergunakan. Kesian tengok ibu-ibu dan bapak-bapak melaungkan ganyang Malaysia sedangkan mereka ada yang tak sedar dengan kepicangan kerajaan mereka
Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Selepas kempunan untuk meraih pingat emas sukan SEA selama bertahun-tahun lamanya, stadium Gelora Bung Karno sekali lagi menjadi saksi tangisan air mata apabila dua penyokong fanatik mereka terbunuh selepas berasak-asak.
Di luar stadium ribuan penyokong membakar kaunter tiket kerana habis dijual. Di dalamnya pula, lebih 100 ribu para penyokong merah putih bersesak, bertolak, berasak, dan dan ada yang sanggup meloloskan diri. Keadan tersebut menyebabkan beberapa orang sesak nafas, terjatuh dan ada yang mati akibat dipijak.
“Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri," kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu. “Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal," katanya.
Banyakkan bersabar buat seluruh warga Indonesia. Warga Malaysia dengan rasa rendah dirinya ingin mengucapkan salam TAKZIAH atas segala musibah yang berlaku semalam. Semoga ianya menjadi renungan dan pengajaran yang amat bermakna buat kita bersama.
Apa yang penting semoga
hubungan silaturrahim kedua-dua negara akan sentiasa terjalin kerana kita adalah
rumpun Melayu yang bersatu. Tak Melayu hilang di dunia kan... (",)