"Orang kata bergurau biarlah bertempat. Jangan bergurau sampai nak menyusahkan orang. Agak-agak lah nak main-main kan".
Ok, sebelum saya kupas lebih jauh, baca dulu berita bawah ni---->
Kuantan- Seorang lelaki menumbuk sepupu wanitanya sehingga patah hidung kerana geram dengan wanita itu yang mengambil dompetnya sebagai satu gurauan
Sebelum kejadian, lelaki berusia 22 tahun itu pergi berjumpa sepupunya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai perabot di Raub, pagi semalam. Sebelum beredar, dompet lelaki terbabit telah diambil oleh sepupunya berusia 24 tahun tanpa disedari sebagai satu gurauan.
Kira-kira 12 tengah hari itu, wanita tersebut ke rumah sepupu lelakinya di Taman Raub Jaya untuk memulangkan semula dompetnya. Selepas memulangkan dompet berkenaan, mangsa yang hendak pulang telah dihalang oleh sepupu lelakinya itu, yang melepaskan tumbukan ke bahagian muka sepupunya selain menyepak dan menghantuk mangsa ke dinding, kerana dipercayai geram dengan gurauan itu.
Lelaki itu dipercayai terlalu marah kerana memerlukan kad pengenalannya untuk belajar memandu. -
Berita selanjutnya [
KLIK SINI].
Kredit to Lulu Pages
+++++++++++++++++++++++++++
Okey, saya nak komen panjang siket ye. Maaf lah jika ada yang terasa ya. Hehehe. Menurut berita di atas,
seorang lelaki melepaskan kemarahan kepada sepupunya kerana telah menyembunyikan dompetnya walaupun niat hanya untuk bergurau.
Terus terang bila saya amati kes ni, tiba-tiba saya plak yang naik angin dengan tindakan sepupu perempuannya yang bergurau tak bertempat ni. Iya bagi saya
dompet tu bukan untuk dibuat gurauan. Napa nak main-main dengan benda sensitif macam tu.
Kad pengenalan tu ibarat nyawa. Penting untuk di bawa ke sana sini.
Kalau kamu berada di
Sabah, tak bawa
kad pengenalan bermakna kamu boleh ditangkap masuk
'pusat penampungan' sebab kat sini banyak sangat
pendatang asing (PATI) yg tiada pengenalan diri. Silap hari kena hantar pulang ke
Indonesia atau ke selatan
Filipina.
Heeee~
Saya pernah sekali kehilangan dompet. Susahnya hati saya hanya
Allah swt yang tahu. Ke sana sini buat laporan
polis, buat laporan kehilangan di
Jabatan pendaftaran Negara (JPN), buat permohonan
kad ATM baru di
bank-bank. Kehilangan
wang kertas yang tebal berkeping-keping tu lagi lah menggelisahkan jiwa.
Tu belum lagi saya cerita kalau tengah bawa kereta tiba-tiba kena sama
polis Traffic sebab tak bawa
kad pengenalan dan
lesen memandu. Ataupun tengah asyik kekenyangan melantak makanan di restoran tiba-tiba takda
wallet nak bayar semuanya.
Cuba bayangkan bila kita dah penat lelah siang malam sakit hati gelisah tak tentu arah, tiba-tiba datang plak kenalan yang kembalikan dompet kita tu sebab dia sengaja nak ambil bergurau main-main.
Hamboiii....
Kalau kamu berada di situasi tu macam mana? kamu masih boleh senyum ketawa? Kamu boleh sempat kata kat dia "takpa its ok."???
Iya, Memang pun boleh. Ucap
Istighfar panjang-panjang, tu pun selepas kamu bagi pelempang dan penerajang kat dia...
wakakaka (",)
Mungkin tindakan si lelaki di atas ni untuk melepaskan kemarahan dia yang meluap-luap. Dia bertindak di luar batas pemikiran dia yang waras. Kalau kita berada di tempatnya jangan-jangan kita akan terbuat lebih teruk dari itu kot.. Tak kiralah kau lelaki ka pempuan, kalau amarah telah menguasai jiwa, apa-apa pun boleh terjadi. ~
Sepupu dia ni pun satu. Nak bergurau sembunyikan dompet orang tu pun pulangkan lah balik masa tu juga. Jangan lah sampai seharian orang gelisah susah hati baru U nak pulangkan balik. Itu dompet. Ada IC ada lesen, ada wang ringgit. Itu semua penting..
Nah kan tak pasal-pasl patah hidung... Hambek kau.... heeee~
Jangan mare.. (",)
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~