G2M Superfriends

Sunday, March 27, 2011

Selamat berpindah cikgu Umrah @ Kancil 8349

Orangnya hitam manis, tapi hensem iras Amitabh Bachan. Suaranya tegas bak halilintar. Peritnya agak boroi sikit tapi sudah cukup untuk menggambarkan penampilannya. Ngeee~. Memakai kaca mata, pakaian formal yang begitu rapi dengan tali leher dan nametag tak pernah lekang daripada baju. Itu lah dia cikgu yang bernama Umrah bin Manimbora. Seorang cikgu yang baru sahaja posting di SK batu Payong Tawau 7 bulan lalu. Kehadirannya telah banyak mendatangkan iklim perubahan di sekolah ini. Perghhh...


Sunguhpun masih baru, namun cikgu ini antara cikgu yang paling glamer di kalangan murid-murid sekolah ini. Murid mana yang tak kenal dengan cikgu Umrah Manimbora. Sebut nama guru ini pun sudah cukup menggerunkan kepada pelajar-pelajar yang malas buat kerja rumah. Namun bagi murid-murid yang rajin, cikgu Umrah adalah cikgu yang mereka nanti-nantikan kehadirannya di dalam kelas. Kerana cikgu ini adalah seorang guru yang begitu komited dan tegas dengan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan kerja rumah yang diberikan kepada murid.

Selaku guru kaunseling di sekolah, sudah ramai agaknya murid-murid nakal yang  menangis dan insaf dek mendengar nasihat dan tegurannya di bilik kaunseling. Jampi seranah apa yang dia guna kami kurang pasti sebab rata-rata pelajar bermasalah di sekolah ini sudah pun berubah sekelip mata selepas mendapat sesi kaunseling daripada cikgu Umrah. Hahaha.. 

Memang aura cikgu ini sungguh luar biasa hebat. Sungguh berkesan di jiwa murid-muridnya. Kehadirannya di sekolah ini umpama Ultraman Taro yang diutuskan untuk menyelamatkan sekolah ini daripada hanyut dengan serangan-serangan raksaksa berbahaya.. hihihihi (",)

Bagi pihak guru-guru dan pentadir sekolah, cikgu Umrah adalah seorang cikgu yang disenangi dengan kemesraannya. Sebut saja barang apa yang mau diangkat, cikgu ini pasti akan ringan tulang untuk menolong. Lihat sajalah, betapa banyak jawatan yang disandangnya dalam pentadbiran sekolah. 

Beliau seorang cikgu yang tak pernah mengeluh walaupun banyak tugasan yang perlu dipikul. Tak pernah menolak walaupun banyak arahan untuk membawa murid-murid mengikuti aktiviti-aktiviti luar. Harapannya cikgu ini cuma satu----> untuk mengambil pengalaman sebanyak yang mungkin di sekolah ini dengan ikhlas. (",)

Bagaimanapun tanggal 24 Mac yang lalu, sebuah titik bersejarah dalam sekolah ini bakal tercatat bilamana cikgu harapan nusa dan bangsa di sekolah ini bakal meninggalkan sekolah ini. Disebabkan kecemerlangannya selama 7 bulan, cikgu Umrah telah diarahkan berpindah ke sekolah lain di SK St Patrick Tawau atas arahan Pejabat Pelajaran Dareah Tawau

Sepatutnya beliau kena melaporkan diri di sekolah tersebut pada 21hb Mac yang lalu lagi. Maknanya bermula sesi persekolahan esok, cikgu cemerlang ini sudah tidak berkhidmat di sekolah ini lagi. Pastinya kehilangan sebutir berlian yang bernilai buat seluruh warga sekolah SK batu Payong Tawau especiallnya buat murid-murid cikgu Umrah yang sudah banyak berubah kebelakangan ini. Betapa hebatnya pengaruh cikgu Umrah ini ya. 

Buat warga SK St patrick Tawau, ucapan tahniah kami ucapkan kerana sekolah anda bakal menerima kehadiran seorang cikgu yang cemerlang. Nantikan kehadirannya esok di pintu pagar sekolah. Sambutan bunga manggar dan  paluan kompang di pintu pagar sekolah anda amat diharap-harapkan. Ngeeeee~

p/s: Hehehehehe. OK ka ayat-ayat ku Ums? Jangan ko marah ya.. Hehehe. Sekadar gurauan untuk hiburan bersama. Selamat bertugas di tempat baru ok. Jangan lupa untuk singgah-singgah jenguk kembali kami di sini jika ada masa terluang. Wassalam.

Luahan cikgu Umrah tentang perpindahannya ke sekolah baru telah ditulis oleh beliau dalam blognya "Kancil 8439"------> [klik sini] "Facebook"-----> [klik sini]

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, March 22, 2011

Memori ambil result SPM

Assalamualaikum dan salam keceriaan. dup' dap' dup' dap', rupanya esok 23 Mac 2011 berakhirnya penantian adik-adik yang ambil SPM tahun 2010 kerana keputusan bakal diketahui esok. Wah, pasti berdebar-debarkan. Kalau pelajar-pelajar berdebar, guru-guru mereka lagi lah gelisah tentang prestasi pencapaian pelajar-pelajar mereka ni. Soal meningkat dan merundum prestasi sesebuah sekolah terletak pada keputusan anak didik mereka esok hari.

Oh ye, alang2 cerita pasal SPM better aku nak kongsikan sedikit kenangan dulu masa mula-mula nak ambil result SPM. Ngeeee~.
.......................................................................................................

~Masa ni tahun 1998 ye... (",)~~


Bila dengar ja berita malam tu esok boleh ambil keputusan SPM di sekolah, malam tu terus aku gelisah tak menentu tu. Rancangan faveret aku selepas berita itu langsung takda selera aku nak tengok. Fikiran ku cuma menjurus kepada peristiwa yang bakal berlaku esok hari.  

Takut, gelisah, risau, tidak yakin, demam, gelabah, seram sejuk semua bermain dibenak fikiran malam tu.. Kalau boleh nak ja suruh Kementerian tangguh keputusan SPM itu daripada diumumkan.  Ngeee~. Dahlah kat umah ni ibu bapa aku meletak harapan yang tinggi untuk melihat keputusan aku esok. Uwaaa.. abislahh.
~Pagi esoknya~, selepas solat Subuh, aku baca surah Yassin berdoa semoga result yang bakal aku ambil nanti akan membawa kemenangan kepada diri selepas berhempas pulas belajar selama 5 tahun belajar di sekolah Menengah ini.

Awal paginya, aku bersama rakan-rakan seangkatan a.k.a seumur bergerak ke sekolah bagi mengambil result SPM yang sedia menanti di bilik guru. Pastinya guru-guru kami sudah bersiap sedia dengan senyuman meleret-leret di sana. Satu hal lagi, tidak seperti student-student lain, aku tak bawa parenst aku sebab malu kalau mereka tengok result aku yang tak seberapa nanti. Serah kat rumah  ja nanti ok lah kan. Sama je.. hehehe.

Di depan pagar sekolah, hanya Allah ja yang tahu betapa berdegupnya jantung ini. Rasa tidak yakin semakin ligat menghantui diri. Terkenang aku cara aku menjawab SPM tempoh hari. Gayanya macam tak mungkin aku boleh capai keputusan yang baik. Apa pun yang penting lulus lah kan.

Gagal bermakna tiada ertilah kita bersekolah selama 6 tahun sekolah Rendah serta 5 tahun di sekolah Menengah. Aku tak sanggup nak ulang ambil semula exam SPM. Tak sanggup tak sanggup.. Hehehe. 
Aku nak masuk Universiti beb.. uwaaa (>.<)

Back to the point. Sepanjang langkah aku ke bilik guru itu kan, ramai plak kawan yang menyapa ucapan tahniah pada aku. Pelik? Apehal ni? aku jadi pelajar terbaik SPM ek? Terkejut juga. Tiba-tiba hilang rasa berdebar yang melampau-pampau aku tadi dek pujian-pujian mereka ni. Apa pun aku cuma diam membisu. Namun senyuman tetap berbunga-bunga dalam hati. Hihihi (",)

Ohhhoo, waaa Alhamdulillah.. Rupanya di sebuah sudut papan kenyataan sekolah, sudah terpampang pun senarai pelajar terbaik SPM untuk tahun 1997. Wahhh, nama aku masuk dalam ranking "top 10" terbaik di sekolah masa tu.  Yang aku tak lupa, hanya aku dan seorang pelajar perempuan yang berbangsa Melayu dalam list tu. Selebihnya pelajar-pelajar Cina.

Guru kelas dan beberapa guru matapelajaran lain mengucap sekalung tahniah. Alhamdulillah, aku cemerlang SPM beb. Syukur sangat-sangat. Tak sia-sia aku belajar selama ni. Apa pun kejayaan ini bukan hanya daripada usaha aku seorang. Tapi atas inisiatif guru-guru aku yang komited, kawan-kawan yang tidak lokek ilmu, ibu bapa dan adik beradik aku yang banyak bagi sokongan mendoakan siang malam. Yang penting, tanpa keredhaan daripada Allah, tak mungkin aku dan kita semua akan berjaya seperti ini.

Hihihii. Ok adik-adik, esok ambil SPM tenang-tenangkan lah diri ya. Satu je point yang patut kita fikirkan, siapa rajin dia berjaya. Siapa yang berusaha lebih Allah akan bagi lebih kejayaan untuk diri kita. Itu ja. Kalau keputusan kurang memuaskan, kita muhasabah lah diri. Mungkin pengajaran buat kita untuk berusaha lebih gigih kelak.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, March 18, 2011

Kumpul setem---> hobi lama aku yang terkubur.

Assalamualaikum. Entah la apa mood aku pagi-pagi ni. Tiba-tiba jak sifat rajin aku muncul.(selalunya malas.. hihi). Tergerak plak hati nak kemaskan segala barang-barang aku yang berterabur di penjuru rumah ni. Ketika mengemas sambil terbatuk-batuk akibat habuk yang berterbangan, aku terpandang sebuah surat lama daripada yang terselit di sebalik fail. Namun bukan surat itu yang menarik perhatian aku, tapi setem yang terlekat kemas di penjuru surat itu.

On de spot aku terkenang kembali zaman awal remaja aku 80-an dan 90-an dulu. Iya, dulu aku adalah pengumpul setia setem-setem lama. Seronok bila kumpul setem sebab aku dulu suka menulis surat kepada kawan-kawan yang di kenal di surat khabar. Pendek kata sahabat pen-pal macam tu la.  Ngeee~. Tambahan pula tidak ramai rakan-rakan aku yang suka hobi ini. So ada peluang untuk aku minta setem-setem daripada surat-surat mereka yang tak terpakai lagi.


Sayangnya bila memasuki alam millenium tahun 2000, hobi suci murni ini kian terhakis secara pelahan-lahan memandangkan dunia persuratan telah digantikan dengan medium yang lebih canggih seperti emel. Tiada lagi surat-surat balas membalas daripada sahabat pen pal mahupun kiriman kad raya daripada orang jauh. Secara tidak langsung setem-setem tak dapat lagi dikumpul untuk dijadikan bahan koleksi peribadi.

Lihatlah keadaan sekarang. Tak main lah surat-menyurat kan. Orang cakap jauh di mata dekat di Facebook. Ngeee~. Dah ada handphone untuk sms bertanya khabar. Kini dunia persuratan semakin tidak popular di mata masyarakat. Ada pun jika nak hantar dokumen-dokumen penting ja yang tak perlu guna setem pun

Mana Album setem aku? huhuhu. Sayangnya album setem lama aku kini telah hangus bersama-sama barangan lain akibat musibah kebakaran yang menimpa kampung kami pada tahun 2006. Takda lagi kenangan. Tak sempat nak ambil foto album setem aku masa tu sebab aku mana ada kamera filem. Apa pun semuanya tinggal kenangan peribadi.

(,") .................. (",)

BAGI kebanyakan orang----> setem hanyalah kepingan kertas kecil yang ditampal di bahagian atas sampul surat. Tetapi bagi peminat hobi ini, mengumpul setem adalah sebuah hobi yang unik. Tanda, bentuk dan tebukan pada setem mewakili zaman serta perkembangan sejarah sesuatu negara.

Kita jangan hairan jika saya katakan mengumpul setem juga sebenarnya juga mendatangkan pendapatan lumayan kepada seseorang. Kisah dua generasi emas ini membuktiknan hobi mengumpul setem juga mendatangkan kepuasan dan pendapatan lumayan kepada diri sendiri.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, March 8, 2011

Matanya lebam cikgu !!

Suatu pagi di kelas Pemulihan SKBPT, seorang murid saya tidak hadir. Untuk kepastian saya bertanya kepada rakannnya yang tinggal bersebelahan rumah dengannya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya: Ayub, napa si 'Kitom' tak datang sekolah hari ni?

Ayub: aaa cikgu, Mata si Kitom lebam cikgu.

Saya: Laaa... Macam mana matanya boleh lebam macam tu?

Ayub: Kemarin dia datang rumah saya mau pinjam mainan.

Saya: Pastu? Macam mana kau tau matanya boleh jadi lebam?

Ayub: Saya pun tak tahu cikgu. Lepas dia pinjam mainan, terus dia pulang rumahnya..

Esshhhh..., budak ni.... Kita tanya lain dijawabnya lain. Hahahaha. Budak 8 tahun. Layan saja lah..

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, March 7, 2011

Saya dapat gelaran pakcik.. Ngeee~

Orang cakap, kanak-kanak kalau bercakap memang jujur. Apa yang mereka lihat dan luahkan sebenarnya adalah melalui kata-kata hati yang tulus dan ikhas. Kanak-kanak selalunya memang begitu, telus dalam mempersembahkan kemahuan diri dan hati masing-masing. 

Mereka hanya meluahkan tanpa segan silu, tidak memikirkan apa yang dimahukan itu mungkin sesuatu yang sensitif dan sebagainya. Berbanding orang dewasa yang lebih senang berselindung di sebalik kata-kata, sentiasa memikirkan betapa banyak benda negatif walaupun sepatutnya ianya dilihat daripada sudut positif juga.
:::::::::::::::::::++++++++++++++++++++++++++++++++:::::::::::::::

** Suatu pagi ketika saya singgah di Pra sekolah SK Batu Payong ** (",)

"Pakcik, pakcik mau ke mana". Seorang kanak-kanak pra sekolah menyapa saya dengan senyuman yang agak comel.

"Adik, bukan pakcik, itu cikgu lah. Lain kali panggil cikgu ya". Tegur seorang Pembantu Pra Sekolah membetulkan kata-kata murid tersebut yang baru belajar makna sebuah perkataan.

Saya hanya tersenyum, tetapi dalam hati tetap tertanya-tanya dengan gelaran yang diungkap oleh kanak-kanak itu.  

Pakcik? Muka saya ni dah macam rupa pakcik ya?. Wah wah wah, dah tua rupanya ya.. hehehehe..

p/s: Bila lah aku nak kawin ni... Ngeee~ (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, March 4, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/ 2011 Peringkat SKBPT



"1 Malaysia 1 Ummah" tema untuk sambutan Maulidur Rasul tahun 2011/ 1432H. Tanggal 4 Mac 2011 bersamaan 29 Rabiul Awal 1432H, Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Kelab Bahasa Arab SKBPT telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang sentiasa diraikan setiap tahun ini.

Sambutan kali ini berjalan seperti yang dirancang memandangkan dikhuatiri beberapa hari sebelum ini keadaan cuaca hujan yang turun tidak menentu. Alhamulillah berkat keagungan hari Jumaat, program keagamaan ini dapat dijayakan dengan meriah. 

Perarakan semua murid-murid dan guru-guru pengiring bermula seawal jam 7.30 pagi di mana semua hadirin akan berkumpul terlebih dahulu di masjid Nurul Hidayah, kg. Batu Payong, Tawau. Perjalanan perarakan kemudian bermula dengan berarak sambil melaungkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w menuju ke Dewan Serbaguna SK Batu Payong, Tawau.

Selain perarakan, berbagai-bagai acara dan persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid SKBPT kepada semua hadirin termasuk para ibu bapa yang hadir. Antara acara-acara yang dipersembahkan adalah seperti bacaan tadarus ayat-ayat suci al-Quran, persembahan nasyid pra-sekolah, persembahan bercerita, persembahan nasyid Shoutul nida', serta ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Roslan.

"1Malaysia 1Ummah". Semoga kita berjumpa lagi pada sambutan yang sama pada tahun hadapan. Insya Allah.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, March 1, 2011

Tabiat hon kereta

Saya masih ingat dulu masa mula-mula sekali bawa kereta manual. Lucu juga kalau dikenang kembali. Rasa gugup dan takut selalu ja menyelubungi diri. Maklumlah, gear manual dan automatik tak sama yo... Bawa kereta manual asal berhenti di persimpangan bukit ataupun di hadapan lampu isyarat pasti mati enjin. Tak terer sangat nak imbangkan pedal clutch dan minyak.hahaha..
Bila dah terjadi kes-kes macam tu memang selalu jadi mangsa kena hon kereta pemandu belakang la. Sabar sajala telinga menahan bunyi bingit hon. Kalau dilayan jadi kelam kabut kita jadinya.
Apa pun itu kisah  Saya  3 tahun yang lalu. Kini giliran aku plak duduk sebagai pemandu yang menghon kereta orang lain Hahahaha... Oppss, bukan balas dendam ok. Tapi demi untuk kesemalatan diri sendiri. Betapa pentingnya peranan hon kereta ni ya. Yola, pemandu yang kurang hajo mestilah kena rasa pengehon. Even anjing samseng yang bersantai di tengah jalan pun mesti kena hon. Bagi kejutan. Kalau nggak, tak pasal-pasal keta kita plak yang kena nanti. Hehe.

Ok, cerita pasal hon-hon ni, sebenarnya ada panduannya yang tersendiri. Hmmm, pernah tak kita masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon? Sebenarnya setiap hon itu cuba menyampaikan mesej kepada anda. Berikut adalah makna disebalik bunyi hon kereta:


1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

Hehehe. Itulah dia panduan hon mengehon ni untuk panduan kita bersama agar tiada salah faham. Aku saja aku nak buat entri pasal hon-hon kereta ni. Maklumlah, semalam tiba-tiba plak giliran hon kereta aku tak berfungsi langsung. Huhu. Berjangkit-jangkit dah kerosakan kereta ni tau. Bikin panas. jangkal rasanya bawa kereta tak boleh hon. Sabar sajalah. Terpaksa main jerit dalam kereta ja kalau ada pemandu depan buat hal. Hehehe...

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...