Petang tadi bandar Tawau jem sangat. Banyak plak kereta awal Isnin ni ya. Hmmm, yalah plak, hari pertama bekerja. Jumaat lalu kan orang kerajaan masuk gaji. Mungkin tak sempat nak berurusan pada hari bekerja, maka Isnin ini lah waktu yang sesuai.
Aku percaya selain mereka yang bekerja di bandar, rata-rata manusia yang memenuhi segenap inci bandar Tawau hari ini mempunyai tujuan yang sama macam aku-----> nak bayar hutang piutang or nak bayar saman kereta. Ngeeee~. Patut pun bank dan pos ofis sesak dengan orang.
Aku tak bawa kereta, sebab sengaja aku parking jauh-jauh. Hahaha.. Gila apa nak bawa keta time sesak macam ni di tengah bandar. Nanti macam hari tu sepuluh kali pusing-pusing tak jumpa parking. Last-last pejabat nak tutup. Better jalan kaki lagi. Cepat sampai. Sihat tubuh badan lagi tu. Hehehe.
Oh ye, dalam keadaan bandar yang hiruk piruk petang ni, terlihat juga aku seorang pakcik teksi yang baru lepas kemalangan. Entah apa kebenda yang pakcik tu langgar hinggakan bumper depannya rosak teruk. Pelik takda pulak kereta lain yang terlibat. Agaknya pemandu teksi ni eksiden sendiri kot. Pastu posisi kereta ni pun mencurigakan. Entah macam mana boleh terpusing sampai macam tu. Mungkin juga terlanggar tiang lampu tepi jalan tu. Tapi tiang tu ok ja pun. Takda bengkang bengkok. Hmm, jadi teka teki plak.
Apa pun, benda dah terjadi. Kesian jugak tengok pakcik tu seorang diri cuba memuungut sisa-sisa badan teksinya yang berkecai sana sini. Sekali sekala dia cuba untuk menganggkat bumper teksi yang terlepas ke bawah tu seorang diri. Orang ramai yang lalu lalang cuma mampu menengok je tak membantu. (Termasuk lah diri aku sendiri. Hihihihi).
Bukan aku tak nak bantu. Aku pun nak cepat masa tu. Banyak urusan kena selesaikan. Lagipun keadaan pakcik tu sihat walafiat alhamdulillah ja aku tengok. Sempat lagi senyum-menyum sorang diri. Agaknya nak cover malu kot sebab jadi tontonan orang ramai lalu lalang. Pakcik tu ok, takda pun darah berdarah mahupun patah mematah.
Sempat juga aku perhatikan kawan seteksinya yang datang menjenguk di situ tadi masa aku jalan berlalu menuju ke bank. Sekejap lagi datang lah kereta penarik tu untuk bawa teksi malang tu ke bengkel kan.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~






.png)
.png)



