Posted by
Gen2Merah
Labels:
Info Rencana
Salam buat semua. Sejak dari semalam ramai rakan-rakan yang ghairah nak share foto-foto wang kertas Ringgit Malaysia siri Baharu yang dijangka akan dikeluarkan pada Julai tahun 2012.
Memang menarik dan penuh dengan warna warni. Pertama kali ini juga lah dapat merasai wang tunai RM20 berwarna jingga ini setelah sekian lama dimansuhkan.
Paling menarik kesemua wang Polimer dan wang Kertas siri baharu RM ini ada ciri-ciri tersendiri yang melambangkan keunikan dan keharmonian negara tercinta Malaysia.
Wang Polimer RM1
"Sukan Tradisional"
 |
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia. |
Wang polimer RM5
"Hidupan Liar"
 |
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak. |
 |
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. |
Wang kertas RM20
"Hidupan Laut"
 |
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana. |
Wang kertas RM50
"Pertanian dan Teknologi"
 |
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam. |
Wang kertas RM100
"Keajaiban Alam Semula Jadi"
 |
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik. |
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
wahhhh...bangga betul la dapat duit baru nanti..hehehe
ndak sabar mo dpt duit baru owh.. duit syiling pun bru ka jgk??
mmg cantik pun.. colourful.. kan seronok kalu dpt duit byk2... hihii
mmg cantik pun.. colourful.. kan seronok kalu dpt duit byk2... hihii
tak sabar nak merasa pegang duit baru ni...:D
#wang kertas baru ni nampak macam duit saidina pun ada kan..hee~
wah,bagus ni..ada pembaharuan..like3..hehe..
Queen pun teruja juga dgn duit baru.. lebih menarik dan secara tak langsung mengetengahkan keunikan negara kita kpd dunia...
assalamualaikum dil...seronokkan tengok duit2 tu bermcm2 warna colorful betul nice...:)
KAlau la ada duit kertas rm100 tu 500 ribu keping... Syukur...
nama2 pun penuh makna..sayang pula nak berbelanja..
Duit syiling itu pun ditukarkah/ Macam ini kena cepat-cepatlah bank in syiling saya yang sudah penuh dua botol besar air mineral itu!
nak 100 sekeping..haha
cantik dan ada cerita pulak tu!
@Anne Nurain
ya, duit syiling pun baru (",)
dah nmpk kemajuan malaysia meningkat sedikit..hehe
akak ni kan, dah tak sabar rasanya nak guna duit baru heheh
Wanita suka mengumpat sulit dikapankan
rm20...exccited nyeeee....
akak pun dah tak sabar nak guna wang baru tu.....
p/s...wang kertas RM20 tu mmng menarik ....
lawa la duit baru malaysia ni..hehehe..
colorfull
lawa la
kn?
owh..br tau tiap keping tue ade tema die, hehe...
btw, dh add G+ gen2.. ^_^
cantik tu cantik, kalerful..tapi... hmmm takpe la..
tonjolkan identiti dan keunikan negara melalui wang kertas
duit br nie cantik dan colourful..tak sabar nak pegang!
tahun dpn..ada budak2 nk duit raya kaler kuning...hehe
rupanya ada duit rm20 sblm ni..tahun bla eh
lambatnya kuar duit baru tu. july baru kuar. tapi kan nape tak sume buat wang polimer. lawa sket. takan koyak. tapi aku suke duit RM 20. kaler cun giler.
aku kat kl lagi la. rindu ka tawau tu yang post pasal kampung tu. nasi bambong kat rombengan tu mengingatkan aku masa zaman sekolah menegah dulu selalu makan di situ. budak kinabutan ni tau..=p
Menarik!
Jom baca ni ~ Fridge Magnets - Cenderahati Mudah / Fridge Magnets - Easy Souvenirs
RM 20 kembali..hope susah orang untuk ciplaknya..
tak sabar nak guna rm20...hehe..
yang lain dah biasa guna... ^_^"
lawa kan cekgu!
unik dgn malaysia
simbolik je walau hnya di wang kertas :))
buat cenderamata je laaa
oh setiap duit ado tema nye sendiri...
nice! what a colourful money!
suka simpan duit..yg de no siri yg best..cantik ek..duit baru nie..sayang pulak kalau nk guna..huhu