Salam hari Isnin yang ceria. Semalam tengah belek belok profile FB, saya menerima sebuah emel. Wahhh, blog Gen2Merah terpilih sebagai medium penulisan untuk mempromosikan daerah Tawau sempena berlangsungnya KONSERT FENOMENA SEARCH 30 tahun pada 24 Disember ini bertempat di Kompleks Stadium Tawau. Terima kasih buat kak Maya selaku pengurus konsert (Blog Puadede) atas jemputan ini.
PERASAAN ANDA TERPILIH MENJADI PENULIS BLOG
"KONSERT SEARCH"
Sebenarnya tak terlintas dan tak pernah terfikir pun untuk membabitkan diri dalam penganjuran even besar-besaran ini. Penyertaan yang saya hantar tempoh hari pun sekadar suka-suka untuk hiburan semata. Tak sangka terpilih plak untuk menjadi penulis sambilan untuk persembahan ini. Heee...
Antara suka atau tak, tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sebaiknya. Lagipun ini lah peluang untuk memanfaatkan cuti-cuti yang sedia ada dengan aktiviti penulisan tentang sesuatu event yang berlaku di Tawau.
Daerah Tawau merupakan lokasi yang terperosok sembunyinya di hujung peta Malaysia. Saya pasti mungkin masih ramai warga Malaysian yang belum arif tentang kewujudan pelbagai suku di daerah ini. Itulah perlunya peranan bloggers picisan Tawau untuk sama-sama mempromosikan daerah ini kepada umum. (",).
Kemunculan Search selaku band tersohor tanahair ke daerah Tawau ini adalah salah satu alternatif yang membanggakan bagi membuka mata pencinta seni tanah air betapa Tawau adalah lokasi yang sesuai untuk mendapatkan peminat yang ramai.
KISAH KENANGAN KU BERSAMA 'SEARCH'
Sungguhpun generasi hari ini lebih cenderung dengan rentak hiburan moden seperti k-Pop, rap dan jiwang segala, alunan irama Rock tetap menjadi siulan khususnya anak-anak muda daripada warga Tawau. Dan Kumpulan Search tetap dengan imej dan peminatnya yang tersendiri sehingga ke hari ini.
Terkenang saya semasa zaman kanak-kanak tahun 80-an dulu. Masih terngiang-ngiang dalam ingatan, ketika ketiadaan cikgu dalam kelas, baik pelajar perempuan mahupun lelaki suka mengetuk-ngetuk meja sambil mendendangkan lagu paling top zaman itu iaitu------> lagu Isabella.
![]() |
| aura Isabella |
Generasi zaman persekolahan kami dulu. Penuh dengan suka duka. Betapa hebatnya pengaruh rock kumpulan Search pada masa itu.
SEJARAH KEDATANGAN 'SEARCH'
KE DAERAH TAWAU
Itu kisah lama tahun 80-90an. Zaman ini bakal merubah segalanya. Lagenda yang pernah menggegarkan industri hiburan tanah air dan negara seberang suatu masa dulu kini bakal membawa memori tersendiri di bumi Tawau pada 24 Disember nanti. Saya sendiri pun kurang arif bila pertama kalinya kumpulan lagenda rock ini tampil julung-
Daripada sumber rakan-rakan terdekat, ada yang kata Search mula menjayakan konsert sulungnya di sini pada tahun 1987. Ada pula dengar-dengar kata mereka bermula pada tahun 1994. Entahlah, saya sendiri pun bingung. Malas nak selidik-selidik. Janji Rock.. Ekekeke.. :p
Selepas kejayaan Search di sini, muncul pula beberapa band rock lain yang membuat persembahan di daerah ini seperti kumpulan Wings, May, Amuk, Ella, Def gab-C, dan lain-lain rockers lagi. Tawau terpilih kerana di sini lah lahirnya generasi-generasi rock yang masih kekal sehingga ke hari ini. Oh yeah..
Beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan Search sentiasa tampil di Tawau dengan beberapa konsert hebat sebagai menghargai jasa peminat-peminat setia mereka di sini. Tawau Bloggers Group, selaku medium hebahan daerah Tawau sentiasa memberi pendedahan untuk konsert ini. Sila rujuk sejarah kedatangan Search di Tawau dalam entri yang ini. [Official Page Konsert Fenomena Search 30 tahun].
Tawau si Bumi Peladang. Kita berjumpa di sinun nanti ya.
Saya akan dapat T-Shirt dan tiket free untuk konsert ni.
Betul kan Kak Maya.. Hehehe (",)
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~








Sy suke entry dan kajian cikgu. Syabas. Tp kan cikgu, taip hati2 ye sbb ada ejaan yg terkehel. Heheheheh!
@Fara
ye ke? ehehe.. thanx fara sebab mengingatkan... (",)
Otai rock nie.. haha.. Zaman kiterang dulu2 suka pakai seluar bell bottom..
Assalamualaikum.
Lamanya tidak berkunjung ke sini. Amboi tuan, sudah jadi pengulas konsert pula ya. :)
Wah tahniah cikgu.. maju lagi se tapak.. Search mang the legend
suka la tu band rock p sabah =)
ske lagu isabella
nk try nynyi xmmpu
assalamualaikum dil...wah bestnya dpt jadi penulis sambilan utk persembahan kumpulan Search ni moga dpt melakukn tugasan tu dgn baik yer...:)
tahniah cikgu..lagu2 search mmg best..:)
tahniah..bukan calang-calang orang terpilih sbg promoter ni =)
malas nak selidik-selidik...janji rock... hahaha..kelakar la awak ni...
baguslah...berpeluang nak buat entri berkaitan tempat sendiri dan otai rock kita....search...
nanti buat la entri baru..sumbat gambar pakai T-shirt free tuuu...hehe..
cikgu pergi ker??
p/s :: thanks cikgu..:)
p/s :: sabar itu separuh daripada iman..:)
http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/intro-please.html
tahniah ye..jgn sia2kan bakat~ ;)
wahhh otai rock ni
cepat je update..hehehe adik aku pon habis hr ni exam dia
merdekamerdekamerdeka !!
Ada soalan bocor tak cikgu ?
HAHAHAHAHHAHA
cikgu gi keee..?
banyak lagu kumpulan ni meninggalkan nostalgia pada diri ai.. terutama pada lagu isabella (pernah kena ejek kat sekolah pasal lagu ni..) hehehe...
huyooo bestnye :D