G2M Superfriends

Monday, December 26, 2011

Kronologi 'KONSERT FENOMENA' 30 tahun SEARCH di Tawau




...::: 7:00 MALAM :::...

KOMPLEKS SUKAN STADIUM TAWAU- Kelihatan sekitar stadium sarat dengan kenderaan yang beratur panjang, mencari lokasi parking yang sesuai. Manakala anggaran ribuan peminat di luar sana telah mula sesak menanti tibanya masa untuk masuk ke pintu gerbang utama. Tidak dapat dipastikan samaada ada antara mereka yang datang lebih awal sebelum itu.

Situasi di luar stadium ketika ini dikawal rapi oleh pihak polis yang turut sama dibantu oleh bodyguard dan barisan anggota Jabatan Pertahanan Awam.


Kawalan keselamatan untuk masuk ke stadium amat dititikberatkan oleh pihak berkuasa. Beberapa syarat penting perlu dipatuhi oleh setiap hadirin sebelum masuk ke dalam. Tidak boleh membawa benda-benda tajam, keras, atau apa-apa saja alat yang boleh mencetuskan suasana huru-hara seperti pisau, besi, topi kaledar dan sebagainya. 

Alat seperti pemetik api dan rokok juga telah dirampas daripada poket setiap orang yang masuk demi memastikan keselamatan dan keharmonian sepanjang konsert terjamin. Seperti yang dihebahkan sebelum ini, kesemua jenis kamera dan video cam juga tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kerana itu adalah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung.


...::: 8:00 MALAM :::...

GAMBARAN DALAM STADIUM. Keadaan mula sesak dengan hadirin yang mula mengambil tempat di halaman utama padang. Masing-masing berusaha sedayanya untuk mendapatkan tempat yang paling hadapan bagi gambaran yang lebih jelas.

Para penyokong fanatik Search  kali ini kelihatan ada yang warga tua, yang muda, kanak-kanak, remaja, pacik macik serta ada juga yang membawa keluarga masing-masing

Itulah uniknya Tawau, daerah yang masih utuh dengan imej rocknya. Sebab itu ramai artis kelahiran Tawau sentiasa tampil dengan imej ber 'genre' rock seperti Yazer 'rock Steady', Mas AF2, serta Salmah Mentor. Bak kata Amy, Tawau layak digelar bandar "Rock n Roll City".



Saya sendiri bersama rakan dan para wartawan daripada media-media hiburan  kini berada di bawah pentas paling hadapan. Puas hati berada di lokasi ini, kerana dapat melihat artis dengan lebih jelas. Cuma terpaksa tahan telinga mendengar dentuman 'sound speaker' yang amat membingitkan. Seorang wartawan juga kelihatan telah diherdik oleh peminat di barisan hadapan kerana kelibatnya telah menghalang pandangan mata. (",)

Apa yang pasti, kawalan keselamatan anggota Jabatan Pertahanan Awam memang patut diberi pujian kerana mampu mengawal suasana dengan lebih tenang. Kelihatan anggota ini mula membuat  'perisai manusia' sepanjang hadapan stage. Bravo (",)

Keadaan mula bertambah riuh apabila juruacara mula tampil di tengah-tengah pentas sambil memperkenalkan serba seidikit info kumpulan Search.

Sorakan nama 'amy.. amy.. amy' mula dilaungkan berulang kali oleh ribuan peminat yang hadir.


...::: 8:10 MALAM :::...


Debaran yang dinanti-nantikan akhirnya tiba ke kemuncak. Acara pemanasan pentas mula dihangatkan dengan persembahan pembukaan oleh artis top kelahiran Sabah, Stacy. Beliau yang tampil dengan imej berbaju putih dan berambut perang, muncul dengan lagu hits nya 'Jahat' diikuti oleh 3 lagu yang lain seperti 'Sweet Child O Mine' dan 'Kasanova'.

 

Ternyata persembahan bertenaga Stacy tidak menghampakan. Rata-rata  hadirin yang hadir begitu terhibur dengan rentak muzik ini. Nyanyian vokal Stacy yang padu diiringi tarian rancak yang ligat mampu membawa 4 lagu tanpa henti.  Ternyata vokal Stacy yang dinyanyikan secara LIVE jauh lebih mantap dan lebih bertenaga.

Sekali sekala juga Stacy melaungkan 'aramaitee' sebagai perkataan simbolik untuk warga Sabah.


...::: 8:30 MALAM :::...

Selesai sahaja persembahan pembukaan daripada Stacy, para penyokong fanatik Search sekali lagi gamat dengan melaungkan nama 'amy..amy.. amy' sambil menepuk tangan berulang kali. Ketidaksabaran itu tidak mengecewakan, kerana juruacara tidak berceloteh terlalu panjang bagi memberi laluan kepada persembahan hebat yang dinanti-nantikan sebentar lagi.

"Okke orang-orang Tawau, terimalah persembahan kumpulan otai rock tanahair...... SEARCHHHH..."

Suasana stadium semakin riuh. Ribuan suara menjerit apabila melihat lima kelibat ahli kumpulan Search sudah mula mengambil posisi masing-masing di tengah-tengah pentas utama. Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazid bersedia untuk menghangatkan stadium dengan lagu pembukaan mereka.


 

Yazit 'the drummer' selaku ketua dalam kumpulan ini mula memukul 'double pedal' drum sebagai irama pembukaan diikuti oleh gabungan petikan gitaris-gitaris lead, rythm dan bass oleh Kid, Din dan Nasir. Maka terciptalah lagu 'Panggung Khayalan' sebagai lagu permulaan.  Amy yang tampil dengan imej berambut pendek muncul di tengah pentas dengan memakai pakaian ala 'casual soldier'. (betul ke nama baju tu? hantam ja ni.. hehee)



Selepas lagu pembukaan, Search sekali lagi menghiburkan para peminat Rockers Tawau dengan dendangan beberapa lagu yang rancak berentak 'banging' seperti "Gothik Malam Edan", "Fenomena" , "Serigala Segalanya", serta "Balada Pemuzik Jalanan".

Sedikit info mengenai lagu album "FENOMENA 1989". Untuk maklumat bersama, album ini selain popular lagu 'Isabella', Fenomena 1989'  juga  dikatakan pernah  menempah nama di negara Eropah melalui lagu ''Fantasia Bulan Madu” yang dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk “Feel the Pain”.


...::: 9:10 MALAM :::...


Selepas mendendangkan 5 lagu pembukaan tanpa henti, anggota Search kembali semula ke belakang pentas untuk persalinan pakaian, sambil menukar  ganti gitar dan alat muzik yang telah panas. Namun semangat para penyokong di bawah sana tidak henti-henti untuk memberi sorakan padu.

Masa ini kelihatan suasana dalam stadium semakin padat dengan kehadiran  gerombolan para peminat yang mencecah puluhan ribu orang. Dapat juga saya saksikan beberapa kelibat 'mat rock', 'mat metal', 'mat gondrong', 'skin head', 'abang grebo', 'minah punk', 'mak lampir', 'hantu mak Limah' dan berbagai-bagai spesis manusia yang menggerunkan sudah mula menonjolkan diri di tengah-tengah sorakan penonton. Eekekeke.. (",)


Tujuan mereka hanyalah satu, 'datang untuk berhibur bersama'. Setakat ini gelagat dan tingkahlaku para penonton masih dalam keadaan terkawal. Suasana berlangsung dengan aman dan harmoni tanpa sebarang insiden yang mencetus huru-hara. Rockers Tawau memang baik-baik belaka (",)



...::: 9:20 MALAM:::...

Amy bersama-sama keempat-empat anggotanya kali ini tampil dengan persalinan  baju yang serba ringkas dan bersahaja. Paling mencuri tumpuan adalah bassis mereka Nasir yang mengenakan pakaian 'singlet merah, serta 'skirt labuh' yang selalunya dipakai oleh gitaris kumpulan rock barat 'Papa Roach'.


"Buat fan-fan setia kami di Tawau. Kali ini kami akan membawa anda untuk sama-sama mengimbau kenangan lama, sebuah lagu lagenda yang pernah melonjakkan nama kumpulan Search di merata dunia". 
Laung Amy kepada peminat-peminatnya.

Iya, itulah dia lagu memori yang saya nanti-nantikan sejak dari tadi. "Lagu 'ISABELLA'. Sambil menghayun tangan ke udara, Amy bersama-sama puluhan ribu suara dalam stadium telah mendendangkan lagu syahdu ini bersama-sama. Saya fikir, nasib baiklah pemetik api tidak dibenarkan untuk di bawa masuk konsert ini. Jika tidak pasti panorama pemetik api yang menarik dan indah  boleh diperhatikan dari sudut kamera lensa ini. Hehe (",)

Mengimbas kenangan 80-an dulu, lagu Isabella telah melonjakkan album Fenomena sehingga terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia suatu ketika dulu. Betapa luar biasanya aura lagu ini. Lagu Isabella juga telah mengilhamkan terbitnya dua buah filem iaitu muzikal 'Fenomena' dan drama cinta 'Isabella'. Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy sendiri.

 

Selain lagu Isabella, antara lagu romantis yang mereka dendangkan pada malam ini adalah lagu 'Rozana', 'Bisa', 'Kejora', 'Gadisku', 'Laila namamu teratas', serta lagu yang dipetik daripada almbum solo Amy 'Tiada lagi'.


...::: 10:00 MALAM :::...

Tayangan video mengenai sejarah kumpulan Search telah dipaparkan di skrin besar. Video selama beberpa minit itu telah memaparkan kisah suka duka titian perjalanan kumpulan Search sepanjang 30 tahun mereka berkecimpung dalam industri muzik tanahair.


Mungkin masih segar dalam ingatan kita, saat kumpulan ini menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar RTM yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang daripada bersiaran dalam corong radio saluran dan TV-nya.

Saat paling getir buat peminat-peminat, apabila Amy bertindak meninggalkan kugirannya saat mereka berusaha untuk merakam album terbaru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya. Kumpulan Search semakin di ambang perpecahan apabila Kid, Din dan Fauzi (pengganti Nasir) pula keluar daripada kumpulan itu, sehingga meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal.

Apa pun, semuanya tinggal kenangan. Tahun 2011 telah menyaksikan anggota-anggota kumpulan ini kembali bersatu sekaligus membuktikan Search adalah satu-satunya kumpulan 'band' yang paling lama bertahan dalam industri muzik selama 30 tahun.


...::: 10:30 MALAM :::...


"The guitar show"



Waktu ini Kid selaku gitaris utama, telah tampil selama 5 minit dengan alunan gitar solonya yang memukau. 'Irama petikan gitar' seterusnya disambung oleh abangnya Din diikuti oleh bassis solo yang dipersembahkan oleh Nasir. Manakala para peminat di bawah sana turut sama bertepuk tangan mengikut rentak irama melodi yang dialunkan.

Amy kemudian tampil ke hadapan untuk mendendangkan kembali beberapa lagu-lagu yang rancak selepas itu 'Langit Dan Bumi', 'Menara Kesesatan', 'Pelesit Kota' dan 'Pawana' serta 'Mentari Merah di Ufuk Timur.







...::: 10:50 MALAM :::...


Sebelum tibanya acara kemuncak konsert pada malam itu, Amy sempat berseloroh kepada para peminat terutamanya ketika dia memperkenalkan latar belakang keempat-empat ahli kumpulan Search termasuk dirinya sendiri. 

Menurut Amy, kelima-lima mereka ini berasal daripada tempat yang sama iaitu Johor Bahru. Apa paling menarik perhatian hadirin, bila mendapat tahu yang kesemua anggota kumpulan rupanya berbangsa Bugis. Hehehe. (sila betulkan kalau saya tersilap info). 

Sebenarnya suku Bugis adalah suku majoriti paling ramai di daerah Tawau. Mungkin info ini akan mendatangkan semangat kepada fan-fan setia mereka di daerah ini.

 


...::: 11:00 MALAM :::...

Pejam dan celik, hiburan rock yang menarik akhirnya menuju ke penghujungnya. Sedar tak sedar rupanya hampir 3 jam lamanya kumpulan Search beraksi di atas pentas. Konsert kali ini telah menghiburkan para peminat di Tawau dengan dendangan 20 lagu-lagu hits yang dipetik daripada album pertama mereka, "Cinta Buatan Malaysia", sehinggalah ke album terakhir "Gothik Malam Edan".




 
 


Buat peminat-peminat setia Search di Tawau, Amy telah berjanji akan kembali semula ke daerah ini pada konsert-konsert yang akan datang. Kerana Tawau adalah lubuk dan generasi rockers yang masih bertahan sehingga kini.

Sebagai menghargai jasa-jasa peminat yang hadir, kumpulan Search juga telah menghadiahkan beberapa cenderahati percuma kepada para hadirin di bawah sana seperi bola, pick gitar, dan kayu stick drum. Kelihatan juga gitaris Kid juga telah membaling t-shirt yang dikenakannnya kepada para peminat.


...::: PENUTUP :::...


SALAM TERIMA KASIH. Akhirnya selesai juga segalanya. Para gerombolan  peminat kembali ke halaman rumah masing-masing dengan kepuasan yang tersendiri. Ini juga adalah pengalaman pertama saya menghadiri konsert besar seumpama ini. 

Terima kasih sekali lagi kepada Rockstar Entertainment atas jemputan dan keizinan membenarkan saya masuk secara pass percuma untuk menulis tentang event yang telah berlangsung. Juga jutaan 'tengkiw' kepada para penganjur, Tawau Bloggers, krew-krew konsert, pihak berkuasa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya. Maaf kalau ada nama yang tidak disebut.. (",)

Terima Kasih sekali lagi. Moga berjumpa lagi.

"BELIA TAWAU BENCI DADAH"

Kesemua idea penulisan dan foto-foto adalah hasil nukilan sendiri melainkan keizinan yang telah saya mohon terlebih dahulu daripada pemilik asal.

Catatan dan tugasan terakhir

 Gen2Merah
24 Disember 2011
7:00- 11:30 Malam



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

33 comments:

AmirFX said...

Fuyooo.. Amy Search mmg idola dulu2...

Lulu Caldina said...

memang terbaik ulasan ni.. tahniah :)

~SaL IjOu~ said...

Wah..terasa kemeriahannya baca entry ni~ ^^

30 tahun..mmg sgt lama.Tahniah buat kumpulan Search!~ & tahniah juga buat Gen2Merah..bejaya membuat ulasan
yg padat & menarik~ =)

Papa Mifz said...

Lengkap laporan nih ;-)

Yatie Awang said...

sesak stadium, agak2nya kalau ceramah agama sesesak ini tak???

Apa kata kita

IMANSHAH said...

mak aii

3no gr33ny said...

sibuk + seronoklah tuan hamba yer =)

Ezad Skytech said...

laporan lengkap ni...hee~

N'dninety said...

patutla smua view angle2 baik punya...rupanya jd org penting di event tu plak...SYABAS!

whitecappuccino said...

Wow!! ramainya penonton! mak ai! laporan terbaik!!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

tgk gambar pn rasa sesak nafas dah.. tak berapa minat dgn konsert..

MulutPayau said...

Laporan yg lengkap dan terbaik....

Fuhhhh.....ramainya orng...!!!!!dulu2 minat jugak ngan lagu isabella...

fiza said...

Perghhhh...detail tu kronologi nya ☺☺

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Konsert! Pasti sangat terkesan kan kalau tengok live!

mazda2992 said...

madil...mcm bluih tahan ayatmu tu bercerita pasal konsret tu..ko mmg staring,bah senyap jak bah ko mentang2 dpt pulus konsret hahahahah nasi penyet la malam ni madil

Iffah Afeefah said...

wowwww cikgu g konsert


errr ske amy search gak

Hanie_Dew said...

giler ah..liputan ko tersangat la detail.ingat plak seklai ngan minit tu...

maszull said...

assalamualaikum dil...wow bestnya dpt tengok konsert Search secara live tahniah pada dil sebab berjaya melakukn tugasan yg telah diberikan...:)

NOOR FATIN said...

search, sangat lagenda!! :)

ashrafi said...

Pengulas terbaik!

Puan Kutu said...

peewitt at last terselit gambar cikgu.hehe..apapun mmg power konsert ni,yg membaca pun terasa kemeriahannya..:)

IntaNBerliaN said...

wahhh seronoknya cikgu pergi tgk konsert eserch... sy mmg minat dgn search ni.. lagu2 dorg seme best2.. !

QueeN TerataI said...

wah seronoknya... entri ni kan.. yg x pergi tgk konsert ni pun rasa mcm ada kat konsert tu.. :)

Jue said...

Pergh details giler ko punya vite utk konsert neh..hihi
Btw beb, aku suka gambo yg dr bhgn blkg stacy.stail giler. Ko shoot?

marionette.life.goes.wrong said...

ahhh!! punya siok.. dapat rasa tu 'aramaiti' feel!!!

MaryaYusof said...

Wah, cikgu da tukar profession jd pengacara muzik ye...heheee...search mmg best dr dulu, kini & selamanya ;)

MamaEma said...

perghh..hebat betul penangan SEARCH ni..

anitadiana said...

terbaik...........janji rock..kak ita minat ne...zaman dulu-dulu..zaman rock lah kan...

Miss Nadya said...

ala..jeles nyer..:)

p/s :: jom ber domain..:)

~Nana BamBam~ said...

wahhh.....memang happening kat sana ekk


entry diberi pon detail dari kul 8 sampai la penutup..huhuhuhu


:)

Kancil 8349 said...

cayalah geng...ndak dapat aku tengok...

Nisa Greennnpanda said...

wah... sy xpenah gi consert, hehe...

btw, same la, thanks gak coz sudi jd kwn blogger sy.. ^_^ hepi new year to u too, gen2..

Ct Mawa said...

wah..best nye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...