'KONSERT FENOMENA SEARCH 3O TAHUN' diringi 'FIESTA TAWAU GEMILANG' bakal dilangsungkan pada esok hari 24hb Disember bermula pukul 8:00 pagi, sehingga 10:00 malam bertempat di Stadium Utama Kompleks Tawau. Pastinya sesuatu yang jarang-jarang berlaku di Tawau bakal dimeriahkan untuk hiburan bersama masyarakat Tawau di sini.
![]() |
| Ahli kumpulan Search di perkarangan Hotel Shervinton Tawau |
Selesai solat Jumaat, petang tadi bertempat di Hotel Shervinton Tawau (Lokasi tempat kumpulan Search menginap) telah berlangsungnya sesi pembahagian tugas untuk kesemua penulis-penulis bloggers jemputan untuk catatan konsert dan Fiesta Tawau ini.
Taklimat yang dipengerusikan oleh kak Maya (Local Coordinator Rockstar Entertainment) telah memberikan penerangan ringkas tentang gambaran yang bakal berlaku perjalanan sepanjang acara tersebut berlangsung esok. Puas hati jugalah dapat tugasan macam ni sebab saya akan berada di belakang tabir pentas untuk sesi temuramah dengan ahli-ahli kumpulan ini..
"Aisey, harap-harap menjadi lah... ahahaha (",)"
Ini adalah pengalaman pertama saya untuk bersama-sama ahli-ahli Bloggers Tawau yang jauh lebih berpengalaman dalam bidang penulisan dan pernah melaporkan beberapa aktiviti-aktiviti besar yang pernah dilangsungkan di daerah Tawau. At least dapat juga menimba ilmu sedikit-demi dikit daripada para penulis Otai ini.. Hehe
Oh ye, time taklimat tadi kan, sempat juga lah bersemuka dengan ahli-ahli kumpulan Search (Amy, Kid, Din, Yazit, Nasir) di bawah ruang legar hotel ini. Al-maklumlah, orang-orang Tawau macam saya ni jarang-jarang ada kesempatan nak tengok artis-artis secara LIVE. Wakakaka.. Janga gelak ya, itu memang hakikat. That's y jangan heran kalau artis-artis datang buat persembahan ke Sabah pasti malatop punya sambutannya. (",)
![]() |
| Amy tak menang tangan layan autograf peminat |
Selesai taklimat tadi, kesemua penulis-penulis jemputan yang hadir telah menerima pembahagian tugas yang saksama untuk melaporkan segala aktiviti dan suasana sepanjang acara tersebut berlangsung esok. So, bermula malam ini, kesemua penulis bakal turun ke venue utama (Kompleks Stadium Tawau) untuk melihat segala persiapan terakhir.
Apa yang penting, kitaorang dapat semua benda ini:---->
| Tiket Free |
| Pass Masuk Free |
| T-Shirt pun free |
Segalanya free. Ekekekeke. Korang janga jeles ya. Jangan risau, kesemua ini anda boleh dapatkan secara bayaran murah (RM25 je untuk tiket + RM25 untuk t-shirt)... Memang murah dan berbaloi-baloi. (",)
Kepada kesemua warga Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, dan Semporna, anda boleh dapatkan tiket-tiket dan t-shirt ini di 30 premis yang terpilih. [KLIK SINI]. Ianya masih terbuka sehingga petang esok hari.
Awal esok pagi sehingga lewat petang, warga Tawau jangan lupa ramai-ramai memeriahkan acara FIESTA TAWAU GEMILANG yang akan mempersembahkan beberapa acara menarik seperti nyanyian Search Idol, Tiru Gaya Search, Autoshow (Kereta, Motosikal, Lori, Basikal), Sound Blast, Persembahan kebudayaan dan Tarian Moden, Pameran dan Jualan Produk Tempatan, dan sebagainya.
Ok, selamat malam. Kita berjumpa esok (",)
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~





wahh..best lh jumpa amy....pewwwitttt...
peeewwwiittt (",)
bonggol unta yang ada di mana-mana
Aku menantikan gambar autoshow untuk lori.. Mesti gempak giler... :D
Wah dapat tugasan menarik tu.... Selamat bertugas :)
wahhh..seronoklah dapat tshirt free
utung lka madil..dpt semua percuma..ndak mengajak pun..klu gi makan durian mengajak pulak..wkakakakaka..madil bookingkn tiket satu untuk aku.....
Salam ^_^
pergh...search tuuuu..
dolu-2 minat gileerrrr ngan dorang..
skg,
paham-2 jelaahhhh....
heheheheheehe :P
k baii!
wah amy..bukan men spike lagi rambut dia..ai tu bunyi kata dh nk tinggl dunia hiburan..hehe
assalamualaikum dil...wah bestnya dpt berjumpa ngan kumpulan Search la....caya la dil antara blogger terpilih utk buat liputan...:)
mesti gempak punyalah konsert search nie..utk cikgu selamat brtugas dan berhibur ya!
Walaupun xdok tawau jrg juga jumpa artis...wah amy search...pewwiitt...
Di tawau seafood murah x? ;)
wow.. untung la org tawau..!!
wahh..amy earch!!
admin.. cam na maw beli t-shirt hitam search 2 ar? masih ada stok ka? sy tnyk di page Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau xda respon plak..
@Are_NeeF_Bai
t-shirt hitam tu maih ada stock.. bloeh rujuk dengan pengurus Rock entertainment, kak Maya.. bole juga dapatkan pada pameran Fiesta Tawau Gemilang tu