Aku, SPM dan Merdeka

Labels:

Reactions:  

This is my December
This is my time of the year
Give it all away 
Just to have somewhere to go to 
To have someone to come home to
 LP- My December Lyrics
  
Hari ini hari last tugas saya menjaga exam SPM. Bermakna berakhir jugalah penantian selama 3 minggu di sekolah ni. Takda lagi keboringan,  takda lagi nak ngantuk, takda lagi bersengkang mata, dan takda lagi  peluang untuk jeling dan juling budak-budak menjawab paper. Hehe. Owh yeahh, akhirnya bebas bercuti seperti biasa . Lepas ni saya lak bakal melalui hari-hari keboringan dok umah. Padan muke... Ngeeee~

Petang tadi bermacam ragam bermacam gelagat budak-budak ni meraikan 'KEMERDEKAAN'. Merdeka sebab berakhirnya pembelajaran mereka selama 5 tahun di alam sekolah Menengah. Bila dah cecah umur 18 tahun, fikiran dah lebih terbuka dan boleh berfikir secara matang untuk menentukan hala tuju kehidupan masing-masing kelak. Insya Allah.

Ya, seronok sebenarnya jadi cikgu ni. Dapat menyelami hati dan berkongsi pengalaman bersama murid-murid ni. Satu persatu kenangan lama zaman persekolahan akan terimbas kembali. Betapa indahnya saat suka duka bersama rakan-rakan  lama semasa persekolahan dulu.  

*Sehingga kini kawan-kawan sekolah dulu ada yang masih bercontact bersama, dan ada juga yang dah terpisah jauh. Paling terkilan ada juga kawan lama yang dah sombong dan saling tidak mengenali sesama. Itulah asam garam kehidupan (",).

Silih berganti, sebagaimana yang kita rasakan dulu, begitulah juga yang bakal dialami oleh calon-calon lepasan SPM ni. Merdeka selepas SPM memang lah menyeronokkan. Tapi yang tak seronoknya bila debaran menjelang hari result SPM keluar. Ahaa, konfom berdegup jantung tu. Samaada tangisan air mata kegembiraan mahupun kesedihan, keputusan itulah penentu hala tuju hidup masing-masing.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang kelak, tahniah anda boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ke Universiti, Institut Perguruan Guru (IPG), Kolej mahupun Matrikulasi. Bagi yang kurang bernasib baik, masuk tingkatan 6 adalah pilihan terbaik. 

Apa pun terpulanglah samaada ingin sambung belajar ataupun ingin terus bekerjaya, asalkan hidup tak susahkan orang kan. Semoga sentiasa menjadi manusia yang berbakti kepada  jasa orang tua. Insya Allah. (",)

 Foto ni saya curik drp FB seorang calon SPM yang saya jaga. ekeke
Seronok nak mengawas dorang suma ni. Spoting.  ceria dan heppi go laki. Ehehe. 
Semoga berjaya menggapai hasrat dan cita-cita yang diinginkan. 
Moga cemerlang dalam SPM ya.. (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Comments (41)

Owwh dah abis SPM..yer.. pas nie Cikgu boleh laa..enjoy..dan berjimba2 kan.. :)

[REPLY THIS COMMENT]

dulu sy pun lps spm.. seronok yg amat.. merdeka!! hihii tp lps tu stress dgn assignment kat ipt pulak.. hehee

[REPLY THIS COMMENT]

Selamat merdeka utk cikgu! hehe tak payah jaga SPM lagi..

[REPLY THIS COMMENT]

cikgu curikk!!!??!! ahaaahah


saya dah habis 1dec dlu.. sedih ada gembira pun ada :(

[REPLY THIS COMMENT]

anak murid lega..cikgu pon lega..selamat bercuti cikgu :)

[REPLY THIS COMMENT]

Alhamdulillah...selesai juga akhirnya...bukan murid2 je happy...guru pun happy kan...
semoga mereka semua berjaya...InsyaAllah

[REPLY THIS COMMENT]

wah...dah abis spm ke cikgu?....adik ipar dah abis lah ne...semoga semua ok...

[REPLY THIS COMMENT]

selamat bercuti cikgu

[REPLY THIS COMMENT]

Selamat bercuti Bro..

[REPLY THIS COMMENT]

cikgu sorg ni ceritakanlah berapa dpt spm dulu?hehe.. best la cikgu cuti skolah kan? tak jenjalan mana2???

[REPLY THIS COMMENT]

Yeay merdeka!!!!

boleh la cuti2 malaysia lepas ni cikgu.. kak citra pon sama lepas abes spm lost contact ngn kawan2 sekolah.. tp sejak ber fb 2thn lepas hampir semua ex-school mate akak jumpa balik happy rasa..

[REPLY THIS COMMENT]

selamat bercuti dan berblogwalking :)

[REPLY THIS COMMENT]

leh rehat2 pas ni

[REPLY THIS COMMENT]

selamat merdeka utk budak2 spm dan utk cikgu juga..:)

[REPLY THIS COMMENT]

nsib baik dpt jga spm kan tuan hamba...kalo tidak mati kutu dok umah cuti2 ni..yer dak?

[REPLY THIS COMMENT]

assalamualaikum dil...wah dah merdeka la pelajar2 yg mengambil peperiksaan SPM...

mesti semuanya legakn sbb segala yg dipelajari dah dikeluarkn dr otak masing2 dan semoga semuanya berjaya nanti...:)

[REPLY THIS COMMENT]

Dil,
Selamat Bercuti!!
Salam Merdeka :)

P/s: Saya 14 dec baru abis

[REPLY THIS COMMENT]

@FIFIEY LYCHEE MARATION
ehehehe... SPM result saya dulu boleh lah cemerlang.. ekeke..
Cuti2 ni cadang nak jalan2 juga.. tengoklah macam mana kan.. ehe

[REPLY THIS COMMENT]

merdeka utk pelajar dan cikgu..
anak saudara saya belom merdeka lg....last paper 14 DEc.

[REPLY THIS COMMENT]

selamat bercuti cikgu. nanti tanda kertas exam ke?

[REPLY THIS COMMENT]

sian kat cikgu..baru nak dapat merasa cuti lah ni yer...MERDEKA!!!

[REPLY THIS COMMENT]

@eLL

ehehehe.. belum layak lagi utk tanda kertas exam.. ehehe

[REPLY THIS COMMENT]

boleh la berjalan2 lepas ni... bercuti la cikgu.... ^_^"

[REPLY THIS COMMENT]

terkenang2 masa ambik periksa SPM 19 tahun lepas tp lagi best masa ambik keputusan...yeyyyy...

[REPLY THIS COMMENT]

mesti boring giler kan jg budak exam..hehhehe..akhirnye penantian tu dah berakhir dgn jayanye...pastu selamt bcuti ye cikgu..hehhehe

biasala cikgu..selagi kite bkwan..selagi tu kite mengalami pelbagai kerenah..;)

n cikgu yg sporting..ank2 murid2 pun ceria.. ;)

[REPLY THIS COMMENT]

selamat semuanyer eyhhh :)

[REPLY THIS COMMENT]

cikgunye pon msti sporting!

^^

[REPLY THIS COMMENT]

jadi pengawas peperiksaan pun mesti turut terasa tempias 'kemerdekaan' tu kan..hehehe :)

teringat zaman2 ambil SPM dulu..siap lukis contdown timer kat slip periksa..masih simpan sampai sekarang ni buat kenangan (",)

[REPLY THIS COMMENT]

cgu skola menngah rpenye

err ipg tu institut pendidikan guru hehe

[REPLY THIS COMMENT]

rindu kenangan form 4/5 dlu.. serius keindahan yg x blh dpt kt mane2..

[REPLY THIS COMMENT]

aduh, teringat mase sy amek spm dlu.

ahaha. rindu amat..

[REPLY THIS COMMENT]

*Sehingga kini kawan-kawan sekolah dulu ada yang masih bercontact bersama, dan ada juga yang dah terpisah jauh. Paling terkilan ada juga kawan lama yang dah sombong dan saling tidak mengenali sesama. Itulah asam garam kehidupan (",).

suka ayat ni..
betul.. dulu ada kawan yang agak rapat tapi bila dah berumahtangga, terus jadi invisible.. macam tak pernah kenal.. sedih rasanya..

[REPLY THIS COMMENT]

haha..tetipu la..ingt dye yg spm,,rupa nye pengawas spm..huhu

[REPLY THIS COMMENT]

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

[REPLY THIS COMMENT]

budak2 abis SPM seronok giler kan kan..haha

[REPLY THIS COMMENT]

akhirnyaa..hee

boleh la cuti yea..:)

[REPLY THIS COMMENT]

sokong komen aizamia tu.. mmg ada yg jadi mcm tu.. dulu masa kat sekolah mmg kawan rapat.. tp bila dah kahwin dan mungkin kehidupan dan senang atau mewah.. kita dipandang sebelah mata ajer.. mcm x pernah kenal.. mmg sedih.. padahal dulu punyala makan sepinggan, tido sebantal tau.. begitulah keakrabannya.. tp sekarang terasa begitu jauh.. mungkin pangkat dan harta menjadi penghalang... ntahlah...

[REPLY THIS COMMENT]

buudak spm dah merdeka la.. .. :)

[REPLY THIS COMMENT]

buudak spm dah merdeka la.. .. :)

[REPLY THIS COMMENT]

cikgu skolah ek?

[REPLY THIS COMMENT]

huuuu~~~~aku ingat hari kemerdekaan. hahahahahha...

[REPLY THIS COMMENT]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Great'Teacher'Gen2Merah

Daisypath Anniversary tickers