G2M Superfriends

Sunday, November 13, 2011

Esok jadi PENGAWAS SPM

Bangun tidur bangun tidur, akhirnya tibalah masa yang dinanti-nantikan. Insya Allah esok pagi saya akan bangun awal dengan sebuah pengalaman yang baru. Pengalaman untuk bertugas sebagai pengawas SPM. Yeaahhh. Tiga tahun berkhidmat sebagai guru, inilah pengalaman pertama saya untuk bertugas sebagai pengawas SPM selepas menjaga peperiksaan UPSR sebelum ni.  


Ekceli bukan semua guru yang suka menjaga peperiksaan SPM/STPM ni. Dah lah exam ni jatuh pada hari cuti panjang. Tempoh menjaga yang lama plak tu. Apa pun gua ambil peluang ini sebagai pengalaman baru. Nak rasa asam dan garam dunia pendidkan seperti yang ditimba oleh guru-guru berpengalaman sebelum ini.

Selalunya kalau di sekolah asyik nak hadap pelajar-pelajar sekolah rendah jak. Kali ini peluang saya untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar dewasa plak. Mana lah tau dapat jeling-jeling pelajar perempuan yang cantik-cantik . Wakakakaka.. Gurau yaa.... Jangan mare :p.

Oklah geng, jauh saya mengarut. Mari kita sama-sama doakan semoga adik-adik kita yang mengambil peperiksaan SPM ini dapat menjawab dengan yakin dan bersemangat. Moga apa yang dipelajari selama dua tahun ini akan membuahkan hasil untuk keluarga, agama bangsa dan negara. Ngeee~

Selamat berjaya buat semua.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

23 comments:

3no gr33ny said...

hahha..terkenalah tuan hamba..orang lain nanti sibuk bercuti..tuan hamba pula jadi jaga dalam dewan periksa..hihi

~hadapi dengan senyum yer~

Cik RoSs said...

Alahaiii..selamat menjadi pengawas peperiksaan SPM :)

p/s- dapat elaun kan...jadi pengawas peperiksaan.Bukan jaga kosong!ehehhee

DaHLia said...

selamat bertugas esok ya...
yang xbest time SPM ni period dia panjang2... nasiblah kalau ngantuk tuu :D

IntaNBerliaN said...

slmt jd pengawas yer cikgu.. hihi

whitecappuccino said...

Selamat mengawas! :) jangan tertidur tau!

Syakir Rahman said...

pergh...best giler....tgok muke masing2 time tgah wat exam...hahahah

||aLeaSaRa|| said...

owh cikgu jgn nakal2 tau!ingat lagi masa kite spm dulu2 cikgu pengawas lelaki asyik lalu kat meja kite je.mula2 buat tak taulah sebab dah mmg tugas dia kan.tapi cikgu tu siap dok diri tegak sebelah kite sampai kite hlg idea nak jawab soalan ngeee ^^

nasib baik cikgu tu hensem wink wink **

che mid said...

Selamat bertugas esok ya..

Titisan Hujan said...

tertido la dlm dewan tu cikgu
percayalah



hahahaha

Puan Kutu said...

selamat menempuh pengalaman baru buat cikgu..

selamat juga buat adk2 yg akan menduduki SPM. Gud luck!

AmirFX said...

Selamat bertugas bro.. Ehh.. Kalau ada gak awek yang cun pas2 gak la.. haha...

maszull said...

assalamualaikum dil...selamat bertugas menjadi cikgu pengawas peperiksaan yer.....

wah cikgu nak cari calon yer...heheheh...:)

Dylla Abas said...

jangan jadi pengawas peperiksaan yg kerek tau cikgu...

selamat bertugas!!

wan nurul hezrina said...

selamat menjalankan tugas cikgu=)ooo dah peksa ek bebudaknie..

YNA said...

tersalah komen plak tadi cikgu :)

yna x suka jaga exam sbb penat, huhuhu

good luck utk cikgu ya? :)

Izyan Masri said...

CIKGU CIKGU ! BORING TAK JADI PENGAWAS SPM ?

Prince Halilintar said...

slmt menjadi pengawas exam ye cikgu..jgn bg chance kat diorg nk tiru..haha;p

Kancil 8349 said...

good luck geng...kancil ndak dapat tawaran lagi...:P

THE LEKAT LEKIT STORY said...

amboi nak jeling2 awek spm yer.. nakal cikgu

Rtp Farra Arisha said...

hehe, pandai ya cikgu berceloteh di sini :) btw, all the best to all SPM candidates :)

Ezad Skytech said...

selamat menjalankan tugas sebagai pengawas...heee~

visitme@FaTiN cOrNeR said...

selamat bertugas!!

Hanie_Dew said...

jadila pengawas exam yang sporting.
dulu aku selalu doa dpt pengawas exam yg sporting. tak ganggu pelajar.

wei sambil menyelam minum air nampak. ada hati tu nak jeling girl student. =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...