Orang cakap, kanak-kanak kalau bercakap memang jujur. Apa yang mereka lihat dan luahkan sebenarnya adalah melalui kata-kata hati yang tulus dan ikhas. Kanak-kanak selalunya memang begitu, telus dalam mempersembahkan kemahuan diri dan hati masing-masing.
Mereka hanya meluahkan tanpa segan silu, tidak memikirkan apa yang dimahukan itu mungkin sesuatu yang sensitif dan sebagainya. Berbanding orang dewasa yang lebih senang berselindung di sebalik kata-kata, sentiasa memikirkan betapa banyak benda negatif walaupun sepatutnya ianya dilihat daripada sudut positif juga.
:::::::::::::::::::++++++++++++++++++++++++++++++++:::::::::::::::
** Suatu pagi ketika saya singgah di Pra sekolah SK Batu Payong ** (",)
"Pakcik, pakcik mau ke mana". Seorang kanak-kanak pra sekolah menyapa saya dengan senyuman yang agak comel.
"Adik, bukan pakcik, itu cikgu lah. Lain kali panggil cikgu ya". Tegur seorang Pembantu Pra Sekolah membetulkan kata-kata murid tersebut yang baru belajar makna sebuah perkataan.
Saya hanya tersenyum, tetapi dalam hati tetap tertanya-tanya dengan gelaran yang diungkap oleh kanak-kanak itu.
Pakcik? Muka saya ni dah macam rupa pakcik ya?. Wah wah wah, dah tua rupanya ya.. hehehehe..
p/s: Bila lah aku nak kawin ni... Ngeee~ (",)
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

16 comments:
hehehe..pacek..pacek..
bila nak kawen?.. tet!... solan cepumas..
saya skrg kalau jumpa budak, saya bahasakan diri "ayah padlie".. takmo la pakcik2 or angkel2 nih hehehe
Entry terbaru padlie: Darah... Takutnye..
hehehe..
mmg budak2 suka panggilan pakcik
kak kedai..budak2 panggil makcik pd kak ayu
tak kisah pun..jgn tiak hoi!!! udahlah..
elnino moona ----> nanti la kalau pacek da cukup duet... ngehehe
padlie----> pa leh buat, dah itu gelaran yang kena panggil budak2.. hehe
budak2, camtulah...
Citarasa Rinduan----> hehehe... kan bagus kalau budak2 ni panggil abang.. sedap sikit.. terasa muda yang teramat.. hehe
Ayuni---> hehehe.. budak2... layan aje lahh.. ngee~
Dil...minta emak kau carikan kalau macam tu...aku yang dah kahwin nie pun masih lagi dipanggil abang....hehehe
Ums Niza----> kau memang lah ums. nampak hensem sepanjang zaman. Dah kawin pun masih ramai peminat. Hebat oo.. bagus aku minta tips dari ko ni ums... hehehe
hehee..budak2 mmg mcm tu..die iklas gile kalau ckp ngn kite..nasib baik die x panggil atuk kan?hehehe
Nazatul shima----> hahaha, kalau kena panggil atuk tu memang sedih la.. hihihii
hehe...pening dpt budak gtu..
budak2 memang macam tu..penah terjadi tahun lepas, anak kawan yg masih di prasekolah datang ke bilik guru dgn ibunya..tiba2 dia ckap kat akak
"makcik ni comey la!" hehe..eh! budak ni keletahnya mulut dia.
♥ LULU ♥----> budak2 lah katakan.. layan saja
whitecappuccino----> untung kita jadi guru. dapat tengok macam2 karenah kanak2
Post a Comment