G2M Superfriends

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul dan Valentine's Day

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah pada pagi yang mulia ini di hari cuti yang sungguh menenangkan. Saya percaya buat mereka yang sayang kepada Rasulullah s.a.w akan mengambil peluang ini untuk banyakkan berselawat dan salam kepada Nabi junjungan kita sebagai tanda kasih dan rindu.

Semalam sahaja beberapa post menarik yang sempat aku baca daripada blog rakan-rakan mengenai kisah Sambutan Maulidur Rasul dan dan fakta mengenai sambutan Valentine's Day 14 Febuari. Tak cukup dalam blog, kawan-kawan dalam Facebook pun banyak yang tag gambar dan menghantar ucapan ringkas mengenai Maulidur Rasul ini. Meriah sungguh wall Facebook semalam.

Alhamdulillah, pada tahun ini jugalah aku dapat perhatikan budaya sambutan Valentine's Day di kalangan rakan-rakan seIslam dah semakin berkurang. Takda lagi ucapan-ucapan untuk 14 Februari ini. Mungkin media massa akhir-akhir ini banyak yang mendedahkan kisah dan asal usul perayaan ini kan. Syukur kesedaran kita sudah semakin meningkat.

Apa pun mari kita sama-sama raikan sambutan Maulidur Rasul ini untuk banyakkan berselawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

2 comments:

Ayuni said...

hm, valentine x smbut pun, wat buang ms n duit. klau nk berkasih syg, ari2 bleh, maulud nabi perlu sambut utk wat teladan diri sendiri...

AiDa AzRyN said...

Salam Maulidur Rasul.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...