Labels: My Blog
Semasa blogwalking di Blog En. Ben Ashaari tadi, aku terkejut jap bila mana ada tajuk yang menarik perhatian aku...
Hmmm, bila aku amati betul-betul, wahh, rupanya entri tersebut ditujukan khas untuk blog aku yang tak seberapa ni. Hehehe.. Suatu penghargaan. Terharu sangat-sangat. Entri yang sangat ringkas tapi penuh makna bagi aku. Iya, bukan senang blog kita nak kena promote oleh Blogger terkenal ni.
Maaf, bukan nak memuji apatah lagi nak memuja. Jauh sekali nak mengampu.
Tapi secara jujur aku amat kagum dengan usaha Ben Ashaari ni sehingga menjadi antara blogger terkenal di alam maya ini. Seorang blogger yang rajin dan tabah..
Aku masih ingat lagi suatu masa dulu aku pernah bagi komen yang pedas dalam suatu entri encik Ben ni. Hehehe. Kalau aku tak silap tajuknya berkenaan kes murid pukul guru tu... Komen panas aku tu aku masih ingat sampai sekarang. Hehehe. Lucu juga. Alangkah jangkalnya aku dulu.
Biarlah itu menjadi pengajaran buat aku agar berkelakuan lebih baik dalam memberi pendapat. Tapi tu lah, en.Ben ni penyabar orangnya. Dia siap memohon maaf walaupun dia tak sebut nama pengomen tu. (padahal mmg slh aku pun juga mengomen menghantam tanpa usul periksa). Dia siap bagi entri yang panjang lagi untuk mengupas isu tersebut pada esok hari nya.
Itu lah kenangan aku semasa mula-mula menjinakkan diri dalam blogging dulu. Kini blog yang selalu aku caci dan hamun itu lah yang mengajar dan mendidik aku untu menjadi seorang blogger pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak encik Ben Ashaari. Banyak followers blog ini datangnya daripada ilham en.Ben ni. Thanx. Semoga terus ceria pada tahun 2011.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Posted by Gen2Merah | 6 comments
Labels: Catatan Kerjayaku , Diari Harian
Links to this post
Reactions:
Salam ceria. Alhamdulillah, setelah hampir dua hari kesunyian tidak beronline, akhirnya dapat juga buka Facebook dan Blogspot setelah dua hari ditinggalkan. Rindu rasanya.. Hehehe.. Very2 Thanx to my KPLI fren----> Salman Sah-----> sebab sudi memformatkan laptop gue yang terkena jangkitan selsema burung ni... Ngehehe.
Kesian aku, semalam selesai tamat perlawanan Piala AFF Suzuki, ingatkan nak ulas sedikit kejayaan Malaysia merangkul kejuaraan dalam blog ni. Tapi apa kan daya, laptop kena format. Hadapi dengan senyuman saja lah. Apa pun tahniah banyak-banyak buat warga 1 Malaysia yang banyak memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan negara kita. Semasa blogwalking tadi, banyak sangat rakan-rakan blogger's yang tulis entri pasal kemenangan Malaysia ni. Seronok membacanya. Then hari ini juga lah baru aku tau bahawa salah sorang kawan Bloggers ni adalah awek kepada penjaga gol negara semalam----> Khairul Fahmi Che Mat. [Klik sini].
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::................................................
Pejam-pejam celik rupanya hanya tinggal minggu ini sahaja lagi waktu cuti persekolahan. Minggu depan bermulalah sesi persekolahan untuk untuk sesi 2011. Pastinya rakan-rakan guru seluruh negara akan lebih bersedia untuk cabaran yang lebih hebat pada tahun depan. Selamat berjaya.
Tidak seperti sekolah lain yang masih bercuti, kami warga guru-guru SKBPT dah mula turun sekolah pun.. Hehehe. Kiranya cuti kami dah tamatlah. Semalam sahaja mesyuarat awal tahun, dan tadi plak sesi pendaftaran murid-murid tahun 1 dan pungutan yuran sekolah. Syukur lah Malaysia menang Piala AFF Suzuki. At least dapat berita menggembirakan daripada PM kita bahawa esok Jumaat adalah cuti umum.. Alhamdulillah, dapat lagi rest-rest kat umah... hehe..
Ok geng-geng semua, tak sabar nak memulakan hari persekolahan minggu depan kelak. Segala peralatan dan persiapan sekolah dah ready untuk dilancarkan... Mantapppp.. Insya Allah, azam nak pastikan 2011 adalah yang terbaik daripada 2010. Insya Allah amin..
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Salam semua kawan-kawan. Aku sedar kebelakangan ini aku susah nak update blog ini. Dah siap taip entri tapi tak boleh nak publish. Then paling hampa aku tak dapat nak blogwalking apatah lagi nak jejak balas kembali kawan-kawan blogger yang datang singgah ke blog ini.. Minta maaf semua. Ini semua berukben Selkom punya pasal. Lembap nak mam***. Hinggakan mood kita nak berblogging pun terbantut... Huhuhu..
Then satu hal lagi, aku perasan laptop aku ni semacam ja kebelakangan ni. Sometimes tiba-tiba plak 'hang' di tengah jalan. Pastu ada selalu ja ter restart sendiri.. Kalau nak loading mau hampir setengah jam, sempat lagi aku buang hajat di tandas.. Heran yang bikin panas... Huhuhu.
Patutlah----> Ada kawan cakap laptop ini kena serang Virus Selsema... Huhuhu.. Entah dari mana sumbernya virus ini datang.. arghhh..
Ok lah frenz.. Mungkin ini adalah last entri aku untuk kali ni. Sebab lepas ni nak hantar tempat kawan nak format jap. Nak refresh semula dan hapuskan semua virus-virus yang bersarang.. Mungkin esok baru kita dapat bersua kembali dengan nafas dan semangat baru. Yeahhh....
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Salam semua. Hahahaha. Nak tergelak aku baca peserta yang join segmen ni. Semuanya termasuk aku tak jumpa pun list 500 tu. Dah kena hidden oleh en. Ben. Silap kita semua tak alert benda tu. So, cara lain aku kira cara manual je. Hehehe. Jom
Ini jawapan dari saya k. Betul tak betul---> hantam saja lah
Soalan 1.
Daripada senarai 500 BLOG yang dikeluarkan tadi ... Sila beri nama blog yang mendapat no 10 , 100 , 200 , 300 dan 500 .. Dan jangan lupa , nak juga entri terkininya dan link kan ...
10. http://jantankeparatii.blogspot.com/ (SMS Penipu)
100. http://www.ardinihumaira.com/ (Rasamas)
200. http://cruelgurlz.blogspot.com/ (500 Blog)
300. http://izzaty2100.blogspot.com/ (500 blog)
500. http://sumimie-miau-miau.blogspot.com/ (1st Anniversary)
Soalan 2.
Apakah pendapat anda mengenai blog saudara Roy ( http://www.sisiberbeza.com/ )
----> Secara jujur, pada pendapat saya blog saudara Roy sangat simple dan selamba. Mungkin sebab saudara Roy masih baru dalam dunia blogging. Jika dilihat dari arkib, beliau mula tulis entri pada bulan lepas. Entri pun belum banyak. So, harap blog saudara Roy akan lebih maju selepas ini setanding dengan Blog En. Ben Ashaari..
Terima Kasih.
Nak gelak a.k.a nak termuntah kita bila terbaca protes dan bantahan pemain-pemain dan penyokong-penyokong Indonesia semalam yang memainkan isu laser punca kekalahan mereka di tangan Malaysia. Malah yang paling menyedihkan lagi, Presiden Indonesia Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sendiri dengan lantangnya memberi komen pedas dalam isu tersebut.
Namun sesuatu yang perlu kita ketahui, rupa-rupanya sebelum ini penyokong-penyokong fanatik Indonesia lah yang memulakan isu serangan laser ini. Pandai cakap, sendiri buat... apa daaa Indon. Banyak songeh. Sudah kalah baru nak melatah. Maknanya Indonesia perlu membayar harga yang mahal atas kebijaksanaan penyokong-penyokong mereka. Tahniah tahniah... Terima Kasih.
:::::::::::...........
Insiden ini dirakamkan ketika pertemuan Malaysia Indonesia pada peringkat kumpulan 1 Disember lalu. Pada pertemuan itu Malaysia telah dibelasah 5-1 oleh Indonesia. Video di bawah ini amat jelas dipaparkan pancaran laser melayang-melayang di muka penjaga gol Sharbinee Allawee.
------------>Wahai warga Indonesia, cuba lah lihat gelagat-gelagat penyokong kamu. Siapa yang mulakan dulu ya????
Sungguhpun kena pancaran laser beberapa kali sehingga diaibkan 5-1 oleh Indonesia, Malaysia tidak pula meminta perlawanan ditangguhkan, apatah lagi membuat bantahan dan protes besar-besaran macam Indon semalam.
Tahniah buat pasukan Malaysia. Macam tu lah baru bermain secara profesional. Kalah secara terhormat.
p/s: Iyalah, kita akui pasukan Indonesia adalah pasukan paling ter ter dan ter---> kuat di dunia. Tak boleh terima kekalahan. Kalah sebab kena pancaran laser ja.. hehehe
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
| Restoran Era Fajar Tawau |
Tak sia-sia keluar bandar semalam tengok bola di restoran Era bahagian Fajar Tawau. Daripada sorang-sorang tengok di rumah, baik keluar dengan kawan-kawan ke bandar. Meriah sikit. At least kemenangan Malaysia ke atas Indonesia memberikan sedikit kelebihan buat negara kita.
Seronok jugak tengok gelagat-gelagat orang Tawau meraikan kejayaan Malaysia semalam. Penuh emosi dan kesungguhan. Itu lah namannya semangat Satu Malaysia... Malaysia Boleh... Kita nantikan pertembungan kedua Final Piala AFF Suzuki di Indonesia nanti ya..
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
![]() |
| Apehal dengan ko ni Markus?? Ada-ada je.. |
Ketika kita warga Malaysia meraikan kemenangan penuh gemilang membelasah indoenseia 3-0 sebentar tadi, media-media Indonesia terus menyuarakan rasa tidak puas hati dengan memainkan isu "laser" sebagai punca kehilangan konsentrasi pemain-pemain Indonesia.
Tadi semasa searching Final AFF Suzuki di Google, terdapat beberapa Laman web sukan Indonesia yang memainkan isu laser ini. Penggguna Twitter Indonesia pula mengambil kesempatan dengan melemparkan berbagai macam cacian kepada pasukan dan penyokong-penyokong Malaysia. Alasannya, akibat insiden sinar laser, Indonesia kehilangan konsentrasi dan momentum untuk meraih kemenangan di babak kedua sehingga memberi kemenangan mudah untuk pasukan Malaysia.
Menurut laporan Kompas Bola Indonesia---> Sebelum adanya insiden laser, Indonesia bermain penuh disiplin. Bahkan pasukan"Merah Putih" hampir mendapat gol lebih awal hasil jaringan Christian Gonzalez, namun gol itu dibatalkan kerana posisi offside.
Hahahaha... ada-ada ja kalau dah kalah kan. Macam-macam alasan di beri. Kalau diperhatikan, jika pemain-pemain Indonesia terganggu pun akibat tindakan menghalakan laser ke mata penjaga gol mereka Markus, pengadil telah pun memberi rehat secukupnya selama 10 minit untuk kedua2 pasukan bertenang dan mengambil posisi masing-masing. So, alasan sebab laser tu langsung tak boleh diterima. Lain lah kalau terjadinya insiden pergaduhan ataupun ada serangan bom di situ.. Hehehehe.
Semalam serangan demi serangan bertali arus akhirnya berjaya menyumbat pesta tiga gol buat pasukan negara. Gol-gol pertama Malaysia dijaringkan Mohd Safee yang memanfaatkan umpatan silang Norshahrul Idlan pada minit ke-60. Lapan minit kemudian, Mohamad Ashari menambah gol kedua Malaysia dengan tendangan kencang yang menarik. Mohd Safee sekali lagi mengukir nama dengan gol ketiga hasil tandukan cantik yang menewaskan Markus.
Tahniah buat pasukan negara. Lepas ini pasukan Malaysia perlu berhati-hati apabila bertandang ke Indoensia pada 29/12 nanti kerana risau penyokong-penyokong fanatik Indonesia akan mengambil tindakan balas dendam. Memang kita dah agak reaksi penyokong-penyokong Indon macam mana. Apa pun, semoga pasukan kita mampu bertahan dan membawa pulang Piala AFF Suzki ini buat kali pertama.
Susunan pemain
Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat; Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Safiq Rahim; Mahalli bin Jasuli, Mohd Amirul Hadi Zainal, Amar bin Rohidan, Kunanlan Subramanian; Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali.
Indonesia: Markus Horison; Zulkifli Syukur, Maman Abdurrahman, Hamka Hamzah, Muhamad Nasuha; Muhamad Ridwan, Ahmad Bustomi, Firman Utina, Oktovianus Maniani; Cristian Gonzales, Yongki Ari Bowo.
Salam semua.
Kali ni nak join segmen En.Ben Ashaari plak. Selalu saja saya terlepas. Kali ni nak cuba hiburkan diri dengan segmen ini. Mesti seronok tu kan. Jom mulakan.
Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda
MyName is Jumadil atau lebih dikenali sebagai Gen2merah di alam blogging ini
bergelar Pendidik dan baru je mengajar selama dua tahun
Membesar dan bekerjaya di Tawau Sabah
Insya Allah cuba untuk memperbaiki diri ini untuk menjadi lebih baik kelak. Amin.
Tujuan Menjadi Blogger
Mula-mula berbeloging sekadar suka suki nak jadikan blog sebagai cerita pengalaman dan kenang-kenangan diri. Bila dah terlalu seronok, teringin plak nak jadikan blog sebagai platform untuk mencari kenalan seramai mungkin di seluruh negara di samping dapat berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.
Okey cukup tu je dulu. Sesiapa yang naik join segmen 500 blog ni boleh klik sini ya---> Ben Ashaari.com
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Assalamualaikum wbt. Tengah asyik-asyik terfikir apa nak entri nak tulis pagi ni, tiba-tiba lak terfikir contest yang aku belum tunaikan lagi.. Yeahh.. Contest "Aku dan Kaca Mata"---> Contest ini dianjurkan oleh Mohd Syafiq daripada blog Sandiwara Seorang Insan.
Syarat-syarat dia mudah je.
---> Menjadi follower Syafiq seikhlas hati yang mungkin. Follow dia, konfom dia akan follow balik. Cayalah. Dia memang blogger yang peramah.
---> Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original
---> Tinggalkan link anda di entri blog ini [sandiawara seorang insan] apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar blog anda
Hadiah-hadiahnya untuk para pemenang:-----> wow
Tempat pertama: RM 100
Tempat Kedua: RM 80
Tempat Ketiga: RM 50
Lumayan kan. So, saya nak pertaruhkan gambar ini. Penat juga nak cari picture yang memakai spek mata ni ek.. Akhirnya jumpa juga.
Gambar ini diambil semasa bulan Puasa hari tu di Jakarta Indonesia. Hahahaha... Gurau je, baju ja yang tertulis Jakarta, tapi lokasinya di restoran mamak je.. ngehehe..
So, saya nak tag 3 orang...
Ok, selamat bercontest...
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Saya Blogger Sabah bah.....
Tadi semasa tengah asyik Blogwalking tadi, terperasan macam banyak sangat blogger-blogger yang dok buat entri-entri macam ni. Bila saya kaji source ni, ooooo, rupanya En. Azman Roslan daripada--> Blog Pilihan Malaysia sedang membuat kategori blog mengikut negeri. Hmmm, memang best sebab ini lah peluang untuk sia mendapatkan lebih ramai kenalan.
Ok jom kita mulakan ek... Salam perkenalan.
1.Nama anda - Gen2Merah ----> samaran dalam blog (",)
2.Status anda - Bujang lagi weh.. hehe
3.Cara hubungi - Facebook @ Email @ YM (madilpiero@yahoo.com).
4.Daerah- Tawau, Sabah bah..
5.Tempat tinggal -Tman Ria 3
6.Apa yang menarik di tempat anda - Di Tawau paling fames dan paling banyak kunjungan adalah Pasar Awam MPT, Pasar Rombengan dan Pasar Gantung. Kawasan tersebut menjadi tumpuan kerana harga barang dan makanan yang ditawarkan sangat murah dan jarang didapati luar kawasan Tawau..
Mekasih..
Oh ye, rakan-rakan bloggers dari Sabah yang nak join kategori ini bolehlah klik---> Blog Pilihan Malaysia ini ya. At least kita dapat menjalinkan silaturrahim dengan Blogger-bloegger lain serata negara. Mari kita cari ramai kenalan. Senarai sahabat blogger ini dijangka akan diterbitkan pada 1 Januari 2011. Selamat tahun baru..
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Selamat Pengantin Baru buat sahabat lama ku
Fatma
dengan suaminya
Otto Nick
Pada 25 Disember 2010 [klik]
Jln. Tg. Batu Laut, Depan Exxon Mobile, Tawau Terminal.
Alhamdulillah, akhirnya selamat juga kawan aku ni diijab kalbukan dengan suami pilihan hati nya. Fatma adalah rakan sekerja aku dulu semasa kami berkhidmat sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) di Institut Perguruan Tawau (IPTS) sejak tahun 2005 hingga tahun 2008. Dan sekarang ini beliau telah menjawat jaatan sebagai pegawai Poilis yang berkhidmat di Sarawak
Apapun tahniah diucapkan. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak dan cucu cicit yang soleh solehah. Amin
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Pelik tapi benar. Belum pun redha isu nahas kemalangan paling ngeri bas persiaran Thai baru-baru ini simpang Pulai-Cameron, kini kawasan yang sama sekali mengejutkan negara apabila giliran lori plak yang nahas terbalik.
Sebuah lori membawa tar jalan terbalik di longkang setelah pemandunya terbabas dan hilang kawalan semalam. Pemandu lori tersebut dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang sedang memotong dari arah bertentangan di KM7 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, tidak jauh dari lokasi kemalangan bas bertingkat yang mengakibat 28 penumpangnya terbunuh pada hari Isnin lalu.
Walau bagaimanapun di dalam kejadian semalam, tiada kemalangan jiwa setakat ini dilaporkan ekoran insiden itu. Agaknya kawasan tersebut kawasan berpuaka kot... hehehehe----> Gurau ek.. (",)wink
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
![]() |
| Malaysia ketika dibelasah 5-1 oleh Indonesia pada peringkat kumpulan |
Malam ini di stadium Bukit Jalil bakal berlangsungnya perlawanan yang cukup getir antara Malaysia dan Indonesia. Malaysia perlu menang di tempat sendiri malam ini kerana natijahnya, Indonesia begitu unggul di tempat sendiri. Berita kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada peringkat kumpulan sepatutnya di ambil pengajaran oleh pasukan Malaysia.
Kita tidak perlu lupa kenangan lama iaitu Piala AFF Suzuki 2004 (Dulu dikenali sebagai Piala Tiger) di mana pada pertemuan pusingan pertama separuh akhir Malaysia menang 2-1 di tempat sendiri. Bagaimanapun kealpaan Malaysia akhirnya dirobek apabila Indonesia membalas dendam dengan kemenangan 4-1. ----> Indonesia akhirnya tumpas di tangan Singapura pada perlawanan akhir.
Apa pun mari kita rakyat Malaysia seluruh negara, ayoh bagi sokongan padu pada pasukan negara kita. Kita mestu menang di tempat kita malam ini.-------> malam ni tengah fikir nak nonton kat umah ke nak keluar nonton ngan member2 di Restoran..
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Ajal itu di tangan Allah. Sejauh mana pun kita lari even dalam bilik yang paling kebal pun, maut tetap menjemput kita. Sebagai pesanan buat semua terutamanya diri saya yang hina ini, semoga kita sentiasa memperingati tibanya hari kematian kita. Mungkin bulan depan, mungkin minggu ini, atau hari ini, malah mungkin selepas aku menaip entri ini. Sudah cukup ka amalan ku untuk di bawa ke sana. Ya Allah, ampuni dosa-dosa ku ya Allah.
![]() |
| Sebahagian anggota badan Allahyarham yang ditemui dalam perut buaya yang dibelah |
SAMARAHAN: Seekor buaya yang dikatakan membaham imam Kampung Roban, Kota Samarahan, beberapa hari lalu, menjadi tumpuan sekumpulan penduduk kampung yang membelah perut dan melapah reptilia itu, semalam.
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa, Sidi Samad, 66, dibaham buaya ketika menjala udang bersendirian dengan menaiki perahu di Sungai Samarahan, kira-kira 25 meter dari rumahnya, pada jam 6.40 pagi.
Buaya yang dianggarkan sepanjang hampir enam meter itu dikatakan membaham bahagian pinggang mangsa.
Kehilangan Sidi hanya disedari isterinya Dayang Salha Awang Sharul, 64, selepas suaminya tidak pulang ke rumah kira-kira jam 10 pagi, hari kejadian.
Beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian, turut melihat mangsa bergelut sebelum dilambung dan dihempas tiga kali oleh reptilia ganas yang kemudian menghilangkan diri di tengah-tengah sungai.
Difahamkan, beberapa penduduk kampung dilihat turun ke sungai menaiki bot dan turut membawa senapang patah, manakala ada yang melaungkan azan di tengah sungai sambil menurunkan mata kail besar yang kemudian dihanyutkan. Beberapa ahli keluarga mangsa turut membaca surah Yassin berdekatan lokasi kejadian.
Isnin lalu, selepas operasi mencari sebahagian lagi anggota badan milik mangsa serangan buaya, Sidi Samad, 66, di Sungai Samarahan, dekat Kampung Reban, di sini sejak Isnin lalu, gagal menemui sebarang petunjuk, seorang bomoh buaya terkenal di Simunjan di bahagian ini, menawar diri untuk membantu keluarga mangsa ‘mendapatkan semula’ anggota berkenaan.
Bomoh berkenaan, Chik Lebai Inu, 80, dikatakan berpengalaman dalam bidang berkenaan dan pernah menangkap beberapa buaya yang mengganas sebelum ini.
Ia termasuk menangkap buaya yang membaham seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari rumah Panjang Benat, Simunjan pada 2002 dan kejayaan itu berjaya mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara.
Sumber -BH
870 calon di Sabah dapat semua A
KOTA KINABALU 23 Dis. - Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini menyaksikan Sabah mencatat peningkatan 75 peratus atau 276 calon yang mendapat keputusan semua A.
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yusin berkata, seramai 870 daripada 37,078 calon PMR di Sabah berjaya memperoleh semua A, berbanding 594 calon pada tahun lalu.
Katanya, secara keseluruhan, tahun ini Gred Purata Sekolah (GPS) yang diperolehi adalah 3.06, berbanding tahun lalu sebanyak 3.08, sekali gus ia menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar di negeri bawah bayu tersebut.
Menurutnya, Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu mencatatkan jumlah pelajar paling ramai mendapat keputusan semua A iaitu 67 calon dengan GPS sebanyak 1.08 dan 100 peratus lulus.
''SM Sains Kota Kinabalu mencatat jumlah kedua tertinggi iaitu seramai 49 calon dengan GPS sebanyak 1.15 dan 100 peratus lulus.
"Seramai 41 calon dari SM All Saints Likas turut memperolehi semua A dan terdapat enam buah sekolah di seluruh Sabah yang mencatat GPS di bawah 2.00,'' katanya di sini hari ini.
Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMAKK) 1.57, SMKA Inanam (1.67), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau (1.95) dan SM St. Michael Penampang (1.95).
Info: MyTawau Facebook
Semalam adik-adik PMR berjaya mendapatkan keputusan mereka masing-masing dengan perasaan suka dan duka. Tak terkecuali adik bongsu kami, walaupun tak lah secemerlang yang diharapkan, namu tetap bersyukur ke hadrat Allah atas segala penat dan lelah selama ini.
Kesian kepada seorang calon PMR ni. Dia dan ibunya belum sempat menunjukkan kepada ayahnya keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diambilnya di sekolah apabila dia mati dalam keadaan mengerikan, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.
KOTA BAHARU: Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, Khamis.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa,42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, telah dilanggar dengan sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa.
Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga, lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di lampu isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik.
"Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah telah diseret oleh lori berkenaan dan tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Jurucakap polis itu berkata kesemua mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu, termasuk pemandu lori hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran.
Ayah Aishah, Zakaria Muhamad, 43, pesara tentera berkata, anak dan isterinyabaru keluar tiga kilometer dari Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif sebelumterlibat dalam kemalangan itu.
Beliau berkata, ketika kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam KemTentera Desa Pahlawan berniaga sebagai pembekal pakaian seragam sukan dan guruanaknya memaklumkan bahawa Siti Aishah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1Cdalam PMR.
Katanya, beliau hanya menyedari kejadian itu daripada rakannya melalui telefon pada pukul 1.15 tengah hari dan berkejar ke tempat kejadian.
“Setiba di tempat kejadian saya mendapati mayat isteri saya sudah diangkat manakala mayat anak saya masih berada di bawah tayar lori yang terbalik dan sedang diangkat oleh pasukan penyelamat,” katanya yang kini menjadi pembekal pakaian seragam sukan di Kem Tentera Desa Pahlawan, tidak jauh dari situ.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. - BERNAMA
Sebagai perkongsian bersama untuk kita renungi. Info ini saya ambil daripada Facebook Group Teman baik Hati. Berhati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
5. Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
~HADAPI SEMUA DENGAN SENYUMAN~
Pagi tadi semasa dalam perjalanan menghantar adik lelaki aku ke tempat kerja, kami di lambatkan oleh suasasa kesesakan jalan raya yang panjang. Selalunya jem pagi takdalah seteruk ini. Nak rimas juga lah menunggu. Jam pun sudah menunjukkan hampir pukul 8.00 pagi---> waktu adik aku untuk punch card masuk kerja.
Nun jauh di sana kereta berderet panjang seperti keretapi. Aduhai, apa sudah terjadi di hadapan sana. Ada kes kemalangan jalan raya ke? Ataupun peronda buat sekatan jalan raya awal pagi ni. Dahlah lewat waktu nak ke tempat kerja ni. Then sampai di sebuah simpang bulatan tu baru lah perasan, rupanya air melimpah membanjiri jalan raya.
Oohho, paip pecah rupanya. Patut lah sesak panjang. Lokasi ini berlaku di simpang bulatan Lapangan Terbang Lama Tawau. Huhuhu. Nampaknya mati air lagi lah kawasan kami nampaknya.
Sehinnga entri ini ditulis, bekalan air paip di rumah kami masih lagi terputus. Waduh, kena berjimat cermat sepanjang hari ni. Tak boleh makan banyak, nanti buang air takda bekalan air untuk basuh.. Hehehe
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Sesuatu yang menarik di Tawau Sabah adalah bahan mentah dan makanannya yang sememangnya murah. Salah satu makanan yang menjadi tradisi dan bualan orang-orang Tawau adalah Nasi Bambong.
Nasi Bambong boleh didapati di mana-mana warung belakang Taman Tikus dan di sebelah atas pasar awam Tawau. Nasi Bambong boleh dipilih dalam dua jenis samaada nasi Bambong telur ataupun nasi Bambong ikan. Selain telur dan ikan, nasi itu juga dicampur dengan sayur, tempe goreng, sosej @ tauhu, sedikit sambal serta semangkuk kuah sup.
Zaman berzaman, dari aku kecik sampai lah ke dewasa ini nasi ini tetap menjadi pilihan warga Tawau di sini terutama mereka yang bekerja di sekitar kawasan bandar ni.
Kenapa dinamakan nasi Bambong? Ekceli bambong menurut bahasa pasar Tawau adalah orang yang tak bekerja atau dalam kata lain penganggur. Jadi nasi bambong adalah merujuk kepada mereka-mereka yang kurang bajet untuk makan di bandar Tawau ni. Kebanyakan pelanggan yang order makanan ini adalah para pelajar dan mereka-mereka berpendapatan yang rendah
Betul ke makan nasi Bambong ni Murah? of course lah murah sebab harga dia memang berbaloi-baloi. Dulu zaman aku sekolah nasi ini hanya dijual RM1 je. Pastu disebabkan ketidaktentuan ekonomi, nasi ini naik pula kepada RM1.50 seterusnya RM2.00. Ada juga gerai yang jual RM3.00. Tapi ok lah kan. Syukur sebab rasanya tiada tempat lain yang jual makanan murah macam ni.
Ok bro, saja nak promosi nasi Tawau ni kepada kawan-kawan. Kalau datang Tawau singgah-singgah lah mencuba ya. Hehe
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Rahsia SURAH AL-FATIHAH.
1. Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar senantiasa
mengingati kita.
* Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.
2. Untuk penyakit yang agak tenat.
* Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi
dengan menggunakan air tersebut.
3. Untuk penyakit mental.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut
pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.
4. Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,
* Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.
Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang
sakit itu.
5. Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.
6. Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.
* Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari
“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.
INSYA’ ALLAH perkara-perkara yang disebutkan di atas berkesan dengan
beberapa syarat:
* Percaya dan yakin bahawa Surah Al-Fatihah adalah “penawar” yang terbaik
untuk segala-segalanya.
* Baca Surah Al-Fatihah dengan khusyuk.
* Tawakal kepada Allah.
* Guna Surah ini hanya untuk niat yang baik.
Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.
Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:
Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.
Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.
Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.
Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.
Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan
Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A’uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A’uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.
sebaik-baik penawar ialah ayat al-Quran.
Al Fatihah juga boleh dibaca semerta untuk hal-hal seperti meredakan kemarahan seseorang. Niatkan dalam hati untuk sedeqahkan surah itu kepada orang tersebut dan berdoa dengan Allah agar menghilangkan kemarahannya. bacalah Al Fatihah dengan ikhlas, insyaallah orang tersebut tidak marah lagi.
Begitu juga jika mahu suami atau anak ingat dan rindukan kita, sedeqahkanlah surah al-fatihah itu dengan ikhlas atas namanya dan pohon dengan Allah agar dimasukkan rindu dalam ingatan mereka kepada kita.
mudah-mudahan hubungan anak dan ibu serta suami dan isteri semakin kukuh, walaupun begitu, ayatul quran bukanlah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan syarak .
Harap dikongsikan bersama.
Sumber: Carian Google
Subscribe to:
Posts (Atom)

























