Labels: My Blog
Alhamdulillah, sejak kenal dengan dunia blogging, ini kali kedua saya mendapat Award. Dan award saya terima kali ni datang nya daripada orang sama memberi saya Award pertama dulu iaitu Saudari Lulu Caldina. Terima kasih banyak-banyak Lulu atas pemberian ini. saya sangat menghargai.
Addicted Blog Award.
Wahh, Award ni yang betul-betul kena dengan saya. Adakah saya addicted dengan blogging? Yeeppp... sure 101%. Malah boleh saya katakan addicted saya pada blog melebihi tahap addicted saya pada Facebook yang tengah popular itu.
Sehari tak update, baca-baca entri sendiri dan blogwalking rasanya macam ada ja yang kurang. Blogging membolehkan saya untuk meluah apa yang terpendam dihati, dan sebagai tempat untuk berkongsi ilmu dengan semua rakan-rakan di alam maya ini. thanx again.
Seperti biasa, bila dah dapat Award tu, kena ada tugasan yang perlu diselesaikan. Tugasannya adalah seperti berikut.
1. Blog Lulu adalah blog yang pertama sekali saya akan buka. Asal buka Dashboard, pasti entries Lulu yang paling banyak keluar. Woww. Everyday update. Sehari hampir sepuluh entri yang beliau tulis. Thanx. Blog beliau penuh dengan informasi dunia terkini. Tak perlu susah payah nak buka laman web Berita Harian etc tu. Kat blog Lulu semuanya ada. Thanx Lulu.
2. Blog Lulu sangat simple dan menarik perhatian. Pandai Lulu menghias. Sejuk mata memandang. Tak terlampau over macam sesetengah bloggers pempuan yang penuh kelip-kelip bintang dan bnyk sgt animasi tu. Bikin berat nak loading tau.. hehehe. Jgn mare ya others.
3. Lulu seorang yang pemurah hati. Tu sebab hanya dia saja lah yang pernah bagi saya Award. Tengkiu-tengkiu so much.
4. Lulu seorang peminat pasukan Chelsea. Sedangkan saya peminat Manchester United (MU).. So, tak sabar nak tunggu match between The Blues dan The Red Devils ni. Ada lah nak di kutuk nanti tu.. Hehehehe. Tunggu taw.
4. Selain suka baca entrinya, saya juga suka tenung-tenung gambar Lulu ni lama-lama. Hihihihi.. Dia seorang yang cantik macam artis Bollywood. Tak caya cuba buka blog si cantik ini. (Lulu Caldina)... (",)
Teruskan berkarya dalam dunia blogging ni yaa... Thanx sudi jadi kawan dalam dunia alam maya ini..
TAG ORANG YANG BLOG NYA SELALU KETAGIH NAK LAWAT: 5 ORANG
Saya nak tag mmm:-
Kawan-kawan lain yang nak juga boleh ambil award ni ya.. terbuka kepada semua yang sudi dan menjawab soalan tu
Ok, itu je.. Sila terima Award ini yaaa.. Jangan lupa jawab soalan taw.. daaaa (",)
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~



thank award, nnti saya ambik... :)
Wah.. Thanx! t aida wat! :)
jalan blog makbed ekk.. dah tulis entree untuk awak.
waaa....ni kalu saye jd lulu bole koyak muntut kene puji lambung2....hehe